Bab 2

1.4K 147 72
                                    

"Kenali tempat kamu wahai makhluk kerdil." Alunania memberikan renungan sinis kepada Xoranta. Pandangan seolah menghina si lelaki berpedang itu. Xoranta mendengus tidak puas hati.

Harmony ketawa serba salah. "Alunania..jangan lah tegas sangat." dia cuba memujuk Alunania yang ketika ini sudah mengeluarkan tenaga magik yang kuat sekitar tubuhnya.

"Kalau kau ada urusan dengan Akid. Berdepan dengan aku dulu." si fairy tersebut memberikan amaran.

Xoranta tidak memperdulikan amaran yang diterimanya. Baginya rasa benci kepada musuh jauh lebih penting daripada nyawanya sendiri. Dia mengangkat pedangnya setinggi mungkin. Terus dia menebas Alunania daripada hadapan.

Mujur lah wanita fairy itu memasang perisai gema, perisai tersebut berpecah menjadi serpihan cahaya, melantunkan bunyi dan tubuh Xoranta ke belakang.

"Kau berhasil memotong magik aku?" Alunania sedikit terkejut dengan kebolehan dimiliki Xoranta. Xoranta melompat laju, kali ini dia lebih fokus ke arah Akid. 

Alunania dan Harmony cuba menghalang akan tetapi pergerakan mereka terganggu. Seolah telah terikat pada bumi. "Grr." Alunania mengeram marah. 

"Aku ambil alih disini." ucap Ratu Dwiyana telah mengikat kedua fairy memberikan laluan pada Xoranta menyerang Akid. 

Peluang yang ada terus pedangnya diacu ke Akid. Sempat lelaki dewain itu menempis dengan tangannya. Namun beban yang kuat menyebab dia bergulingan ke belakang.

Xoranta menjeling ke arah Asrar. Asrar tersengih sambil mengangkat tangan.

"Aku bukan geng dengan dia." ujarnya menyelamatkan diri. "Kau boleh belasah dia. Silakan hehe."

Akid bangun daripada terus terbaring. "Kau ni dah kenapa!?"

Ratu Dwiyana berjalan ke arah mereka.

"Xoranta memiliki kelebihan untuk mengesan kehadiran Calamity."

"Cukup, Akid bukan Calamity! Lihat lah, jika dia adalah Elvey dia tak akan biarkan dirinya tumbang. Dia merupakan calon roda destiny." Alunania membela.

"Siapa kata dia adalah Elvey?" pertanyaan Ratu Dwiyanna mengejutkan semua orang. "Lelaki di hadapan kita ini sedang melalui jalan yang sama seperti Elvey lalui. Beliau bukan seorang calon Arcana. Dia akan jadi calon Elvey yang kedua jika kita tak tegah!"

"Berani kata macam tu pada Akid!?" Lica menyertai perdebatan. "Dia seorang yang baik!"

"Perjuangannya selama ini semuanya berpusat pada kepentingan dirinya sendiri. Budak ini patut tahu lebih, betul tak Akid si Calamity!?"

Akid terdiam.

"Kenapa diam? Benarkan? Ada pernah dia berlawan untuk tanah airnya?"

Benar. Selama ini semuanya kerana perjuangan peribadi. Menyelamat Bunga, menyelamat diri untuk ke masa depan, sehingga yang terbaru kerana Cahaya semata-mata. Bukan untuk Alamria.

"Seorang calon Destiny adalah orang yang meletakkan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Destiny adalah simbol harapan!" ucap Ratu Dwiyana. "Kau sudah tenggelam begitu jauh budak. Tenggelam di dalam kebencian, kesedihan, kekecewaan.  tambahan pula kau juga telah kehilangan orang yang paling dicintai. Itu sama lah seperti Elvey. Kesensaraan kehilangan gadis yang disayangi itu telah membawa dia ke lembah kejahatan. Lambat laun kau juga akan jadi seperti dia."

"Itu tak bermakna dia akan jadi macam Elvey. Ngaw!" tegas Lica lagi. 

"Gerak hati aku dan pedang Xoranta takkan salah."

"Aku tak peduli apa yang kau cakap! Akid katakan sesuatu! NNgaw!"

Lidah Akid bagai terkunci. Kelu umpama disimbah ais.

"AKID! DEMI SIAPAKAH KAU BERJUANG!?" jerit Lica lagi. Kali ini Akid tersentak. 

"Aku tak akan jadi seperti dia. Memang betul, selama ini aku lakukan demi kepentingan aku sendiri.  Aku tak kisah sama ada aku adalah seorang Destiny mahupun Calamity. Aku tak peduli dengan semua itu. Pedulikan apa yang aku fikir, pedulikan jika aku buat untuk aku ke tak. Tapi apa yang aku tahu, aku masih berdiri disini kerana harapan yang mereka berikan kepada aku. Harapan atuk, harapan Gulai, Harapan Cahaya, Harapan semua orang. Mereka melindungi aku, kerana mereka percaya pada aku. Aku akan terus hidup dengan kepercayaan mereka. Aku akan berjuang untuk mereka, bukan untuk daratan bernama Alamria, atau kampung tempat aku lahir! Atau dunia ini. Aku cuma...cuma mahu terus hidup supaya akhirnya kepercayaan mereka letakkan pada aku itu tidak sia-sia dan terkubur begitu saja."

"Satu ucapan yang mementingkan diri sendiri. Jadi kau tak berniat untuk melindungi dunia?" tanya Rati Dwiyana.

"Tak! Aku berniat untuk melindungi harapan orang yang aku sayang saja!"

Semua orang membisu. Lica, Melati mulut mereka terbuka luas.  

  Ratu Dwiyana ketawa memecah kesunyian. "Kau tahu tak apa yang kau sedang cakap ni?  harapan mereka adalah kau! Kau hanya berniat untuk melindungi diri sendiri!?" 

"Ya!" jawab Akid tegas.

"Kau melucukan hahaahahah" sang naga, Birussar ketawa besar. "Betul-betul aku terkedu mendengarnya. Ada orang berjuang kerana negaranya, tempatnya, kerana orang-orangnya. Kau berjuang kerana ingin kekal hidup!"

"Hmp. Sebuah pemikiran tak masuk akal. Kau pasti merindui orang yang kau sayang. Kau pasti mahu hidupkan mereka kembali dengan apa cara." ujar Xoranta.

"Jangan samakan aku dengan Elvey. Hanya kerana jalan cerita kami yang hampir sama, tak bermaksud aku akan bertukar menjadi sepertinya. Cahaya dan Ratu Tianna memilih untuk mengorbankan diri kerana pilihan mereka. Aku harus menghormati keputusan mereka. Itulah yang Elvey gagal fahami!"

"Benar kata lelaki tu. Mungkin tampak seperti dia pentingkan diri tapi, dasarnya lelaki ini berbeza. Elvey jauh lebih pentingkan dirinya. Elvey berjuang kerana perasaan cintanya sendiri. Elvey tidak memahami orang yang dia cintai. Lelaki ini pula sebaliknya. Jika lelaki ini mati, maka nampak seperti harapan rakan-rakannya yang menaruh kepercayaan pada nya hanyalah seperti omong kosong, tiada nilai. Dia ini memahami perasaan orang yang dia sayang.  " kata Kids sambil menolak cermin matanya mengenai batang hidung.

Gambit menggaru kepalanya. "Bila agaknya perdebatan ni habis ya?"

Xoranta kembali meletakkan pedangnya di belakang tubuhnya. "Aku akan sentiasa perhatikan kau. Aku tak percaya semua yang kau cakap." Dia berjalan membelakangi Akid.


Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now