Apabila dunia baru sahaja kehilangan permata mereka. Matahari menjadi segan bersinar, permukaan tanah menjadi malap. Terdengar sayup-sayup suara-suara mergastua melaung perlahan. Burung-burung semuanya terbang rendah berputar di satu kawasan dengan ramai sekali. Kejadian di lihat oleh penduduk-penduduk di sebuah lembah di daerah Gargantua.
Seorang lelaki berikat kain di kepalanya, menutupi dahinya yang sedang bercucuk tanam, meletakkan cangkulnya ke bawah. Beberapa penduduk lain termasuk anak kecil berlari-lari melihat daripada jauh burung-burung pelbagai jenis dan rupa terbang membentuk seperti pusaran puting beliung.
Lelaki tadi terdiam dan berasa sedikit kagum. Tiba disisi lelaki ini seorang wanita bertopeng burung dan memakai jubah besar.
"Xoranta, nampaknya dunia telah menyampai satu berita malang. Permaisuri Fairy telah mati. Kestabilan sudah tidak ada lagi. Capai senjata mu, dunia perlukan kau."
Xoranta hanya diam sambil memerhatikan fenomena aneh yang dilihatnya.
Di satu kawasan yang lain, di sebuah hutan batu-batu pancang dengan suasana yang gelap dan mengerikan. Seekor naga putih sedang beradu tiba-tiba membuka matanya. Dia melihat kelangit sebelum dia menjerit dengan ngauman yang paling kuat sekali.
"Aku memang dah lama nantikan panggilan ini!!" jeritnya sebelum dia membuka mulut seluas mungkin, satu bulatan magis bercorak geometri muncul di hadapannya dan sekelip mata mulutnya mengeluarkan cahaya dengan besar, menembusi bulatan magis dan terus membakar menara batuan di hadapannya sehingga batu itu cair lebur. Naga putih itu kemudiannya mengepak terbang menuju ke angkasa.
Seorang wanita berambut pendek dengan memakai penutup mata sebelah menyandarkan laras senapang jarak jauh. Dia melihat ke langit seolah mampu melihat. Langit kelihatan suram dengan awan gelap berkepul-kepul. Udara yang menyapu pipi terasa membawa satu nostalgia yang menyedihkan.
Capitol, Verlin City
Lily Valentine berjalan dengan langkah laju, diikuti oleh beberapa pengikutnya yang juga berpangkat besar. Mereka tidak terkejar mengikut langkah besar fuhrer mereka. Di dalam Capitol, di sebuah ruang bawah tanah, terdapat sebuah dewan makmal yang luas dengan dinding serba putih. Di sana sini penuh dengan segala mesin dan wayar-wayar berselirat.
"Ishval!" panggil Lily Valentine. Daripada dalam hutan mesin itu muncul lah seorang lelaki tua kepala botak dengan pakaian makmal yang serabut. Tersengih saja dia melihat kemunculan pemimpin besar Gargantua.
Orang-orang yang berada di kiri dan kanan Lily Valentine melihat Ishval mula mengangkat kening. Lelaki ini pada mereka sungguh kurang ajar. Namun memikirkan pangkat Ishval lebih tinggi dan fuhrer tidak langsung menegur sikap lelaki tua ini. Mereka hnya mampu mengutuk di dalam hati.
"Ya?" Ishval merenung wajah wanita di hadapannya.
" Apakah kau menerima khabar?"
"Khabar mengenai apa fuhrer ku?"
"Khabar buruk. Calamity sudah terlepas."
"Fuhrer ku usah risau. Kajian aku bertahun-tahun sudah sedia untuk aku keluarkan. Aku cuma perlukan lampu hijau saja dari fuhrer. Selepas Bukan saja Calamity, sesiapa saja yang cuba menentang pasti akan tersungkur sujud pada fuhrer."
"Pastikan ia benar-benar jadi."
"HAHAHAHAHHAHAHAHAHA." Ishval ketawa berdekah-dekah. Dia terus ketawa tanpa peduli siapa di hadapannya. Lily Valentine sudah masak dengan sikap lelaki tua ini, lalu dia pergi meninggalkan lelaki itu dengan tawanya.
Di sebuah pelabuhan. Melati, Lica dan Gambit yang turun dari pelantar kapal. Tiba-tiba Melati terasa panas di tengkuknya, segera dia menyentuh lalu mengeluar loket dari dalam baju. Loket itu bercahaya hijau malap.
"Kenapa?" tanya Lica.
"Petanda buruk." jawab Melati dengan wajah muram.
Lica hanya mendiam diri.
<><><><><><>
Dan apabila permata itu sudah lenyap dari muka bumi ini, bumi kehilangan sinarnya. Duhai si permaisuri yang selalu disayangi. Kini hilang lenyap kerana perbalahan dua insan yang saling mencintai. Mereka telah terpedaya, dek kerana perangkap yang telah direncana oleh kejahatan...
Akid melutut ke bumi. Seutas loket bercahaya terang berada di lantai sebelum cahayanya hilang. Akid terus gapai lalu di sarung ke lehernya.
Dan tidaklah permaisuri itu hilang sepenuh dari bumi ini melainkan dia telah menjadi seutas loket. Loket ini jelas sekali mempunyai hikmahnya. Bahkan hanya satu orang saja yang layak memilikinya.
Akid berdiri tegak. Matanya bersinar terang berwarna merah.
Loket masa. Memberhentikan proses Akid untuk mencapai teras seterusnya. AKid masih kekal dalam teras Laki.
Akid menyentuh loket di lehernya..
"Sampai masa, kita akan bertemu lagi cintaku.."
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.