Elvey memiliki 2 buah buku yang dikatakan sangat berkuasa untuk menumbangkan mana-mana kerajaan di atas muka bumi. Disamping tubuhnya tidak lagi setua dahulu, memiliki kekuatan seperti mana seawal waktu mudanya. Dia bersedia melancar agendanya untuk memusnah dunia secara total agar dunia ini suatu hari nanti akan mengundurkan sejarahnya, mengundurkan masa, dan pada ketika itu Elvey percaya mereka akan kembali ke masa lalu di mana zaman kerajaan fairy masih menguasai dunia, dan ratu fairy kekasihnya masih ada.
Demi mencapai matlamatnya itu, tangan-tangannya, terdiri daripada raja-raja Gelap tidak lagi membuat kerja secara selindung dan bersembunyi. Mereka kini lebih berani dan agresif dalam melaksanakan impian Master mereka. Mereka terdiri 7 Raja Gelap ini memulakan kempen secara besar-besaran, melaksanakan perang paling besar yang di hadapi dalam sejarah dunia.
Dan demi menghalang rancangan Elvey dan tangan-tangannya daripada melakukan kemusnahan terhadap dunia.
Para calon Arcana, wakil fairy berkumpul di tanah Gargantua, mereka ingin mencapai kesepakatan untuk memilih siapa di antara mereka diiktiraf menjadi Truly Arcana yang bakal memperoleh kuasa untuk menjatuhkan Elvey. Hanya 3 sahaja yang layak untuk memiliki kuasa tersebut. Mereka harus berebut dan harus menghadapi ujian besar untuk mendapatkan kerusi Destiny, Order dan Chaos.
Adakah Akid mampu memiliki kerusi Destiny? Siapa pula Pesaing Akid dalam kedudukan Roda Destiny? Siapa pula 7 Raja Gelap yang lain, selain daripada Melodi, Sang Mata, Agnes Waterhouse dan Kapten Dororo?
Volume 7 kelak pasti menjadi kisah pertembungan antara para Arcana dan 7 Raja Gelap.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiaSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.