"Puan, boleh kah kita mempercayai penduduk Alamria menentukan nasib Surgania?" tanya Souffle. Mereka, Sorbet, Souffle dan sekumpulan pasukan fairies terbang menuju ke sebuah kawasan berbukit-bukit. Lokasi terakhir, tempat paling penghujung di Surgania. Daerah Ruang.
"Kita tak boleh. Tapi.. aku mempercayai dia. Dia merupakan calon Arcana. Sama seperti Rosetta katakan. Dia mempunyai kebolehan untuk membalikkan keadaan. Kita harus yakin padanya. Jika tak, segalanya akan musnah." jawab Sorbet. "Dialah satu-satu harapan kita."
<><><><>
Dunia Surgania berpecah seribu. Plat tanah sana sini terangkat. Umpama ikan-ikan melompat-lompat ke permukaan lautan. Kilat sambung menyambung. Gegaran bumi berterusan. Akid melutut tangannya menyentuh tanah. Nafasnya tidak sekata, dadanya seperti dihempap dengan gunung besar.
Sukar dia menewaskan salah satu raja gelap. Kekuatan antara mereka memang berbeza sama sekali. Dengan kudrat yang masih ada, dia belajar untuk kembali berdiri. Matanya masih terpancar api semangat yang masih membara. Dia tidak akan pernah mengaku kalah. Walaupun sekali.
Melody ketawa melihat lawannya itu masih mahu menyambung perlawanan. "Saat ini, Surgania sudah hampir hancur. Rakan-rakan kau, semuanya sudah tewas budak. Semangat kau, tak mampu mengubah semuanya. Semangat kau semuanya bakal terkubur"
Akid kemudiannya berteriak kuat. Suaranya bergema di seluruh langit.
"Aku tak akan jatuh di sini! Kubur aku dan rakan-rakan aku bukan disini!"
"Kalau begitu buktikan!" Melody mencabar. "Rakan-rakan kau dah tewas Akid! Rakan-rakan kau semuanya sudah lama mencium tanah!"
><><><><><>
Caji berlari-lari, Dia melihat separuh tubuhnya mula berpecah. Satu membentuk personalitinya yang lain. Personaliti itu menyeringai ke arahnya. Terus membelah tubuh Caji. Lelaki cicak itu menjerit. Tubuhnya pecah dua lagi. Kini ada berempat. Masing-masing saling menikam dan membelah. Kesakitan terus dirasai Caji. Jumlah mereka menjadi banyak, daripada 2 kepada 4 dan 6, 20, 100, ribu-ribuan. Semuanya saling mencantas seperti ada satu pesta gila di situ.
Keadaan dunia sebenar, seluruh anggota tentera Alamria kelihatan seperti orang gila. Menjerit sana sini. Berlawan dengan musuh imaginari mereka.
Dua elders fairies, Hi Utsuri dan Ki Utsuri berdiri dengan megah tanpa apa-apa kecederaan melihat musuh mereka yang sudah masuk ke dalam alam khayalan. Seluruh pasukan cacako dipimpin Caji dan lain. Semuanya tumpas dengan mudah sekali.
<><><>
"Tak...ini tak..adil.." wajah Badik berpeluh. Hanya dia seorang di dalam kumpulannya yang tinggal. Seluruh pasukan tenteranya semuanya bertukar menjadi kotak daging. Ini termasuklah Ling-Ling, Maburok, Mabilog, Maya.
Fairy berbentuk orb terapung-rapung di sekitarnya.
"Kamu telah di suci kan." ujar fairy tanpa wajah.
Badik sedar dirinya kini telah tidak mempunyai magik lagi. Dia tak rasakan apa-apa melainkan seperti seseorang yang berada di dalam minda kebas.
<><><>
Merah dan Jebat turut tersungkur di tanah. Jebat mengerang sakit. Tubuhnya tidak mampu menahan untuk menanggung kekuatan yang sangat besar. Akibatnya Jebat menjadi lumpuh buat sementara waktu. Merah pula, dia tidak mampu melawan Soragoi seorang diri.
<><><><><>
Elder Fairy bernama Kumonryu kelihatan sangat gergasi. Tiada siapa berani mendekatinya. Pasukan Madam Tiara tampak berputus asa tanpa melawan. Menara di belakang fairy tersebut masih kekal berdiri teguh.
<><><>
Rentap dan Nadim kelelahan. Setiap kali apa yang mereka cuba lakukan. Mereka ditimpa nasib malang dan hampir meragut nyawa mereka sendiri. Seluruh tubuh mereka sudah berdarah sana sini. Kini mereka berdua mengacung senjata sesama mereka.
"Nadim, aku tak sangka aku mengacung senjata ke arah kau. Jangan ambil hati." ujar Rentap.
"Celaka lah fairy ni. Aku sendiri tanpa mengawal tubuh aku, ia bergerak sendiri."
Kini semua harapan-harapan untuk menyelamatkan Surgania sudah pun terpadam. Pasukan Alamria tewas secara total. Ternyata Elders Fairies bukanlah calang-calang musuh. Tidak ada satu pun yang tumbang di tangan pasukan Alamria. Pulau Surgania mulai hancur. Sedikit demi sedikit datarannya terhakis dan jatuh ke lautan. Kelak hanya beberapa minit saja lagi, Surgania bakal lenyap daripada peta dunia.
<><><><><>
Akhirnya Sorbet menemui dirinya lagi satu di sebuah puncak gunung. Sorbet bersedia untuk akhiri semua ini.
"Cukup sampai disini." ucap Sorbet melihat dirinya yang lagi satu.
"Jadi kau datang untuk buktikan siapa antara kita yang palsu?" tanya Sorbet sang gelap.
"Tak! Aku datang untuk selamatkan Surgania!"
"Wahai Sorbet penjaga Surgania. Hanya berbekalkan lagi 10 minit sebelum Surgania hancur segala total. Cubalah jika kau mampu melakukan hal mustahil ini. Jika kau menewaskan aku sekalipun. Masih ada Melodi yang bakal memusnahkan semuanya. Meletakkan kepercayaan kau pada makhluk kerdil dari Alamria merupakan keaiban yang paling memalukan."
"Kau lupakah, calon Arcana ada disini untuk menewaskan Melodi!."
"Heh. Hanya dia seorang? Mustahil"
"Tak! Kau bahkan terlepas pandang."
"Apa maksud kau!?"
<><><><><>
"Akid!! Semua dah terlambat!!! Rakan kau semuanya sudah tewas. Mereka gagal musnahkan menara! Sekarang, semuanya terletak di bahu kau! Mana pilihan kau akan ambil? Adakah kau pilih menara? atau aku? Membunuh aku, Surgania akan kekal hancur, memusnahkan menara, aku masih kekal disini menghancurkan segala isi-isi Surgania. Mana-mana pilihan kau ambil tetap sia-sia. Kau kini tinggal seorang!"
"Tak. Aku tidak berseorangan kali ini." Akid menggenggam penumbuknya. Asap hitam mula menebal sekitarnya.
"Mungkin dia terlupa dua calon yang bakal menumpaskan boss dia berada di tanah ini." muncul satu suara daripada langit. Lalu ia mendarat ke sisi Akid. Ia lengkap berpakaian perisai berwarna hitam berkilai, disamping mempunyai ekor menggeliat geliut dan tanduk memancang kelangit.
"Kau lambat." tegur Akid.
"Kehkeh, kau mesti cadang nak lari dari sini kan."
"Siapa kau?" tanya Melodi, suaranya cemas.
"Siapa?" lelaki berperisai hitam ketawa. "Akid, siapa kita?"
Akid tersenyum sebelum pandangan mereka berdua menghala ke arah raja boneka di hadapan mereka.
"KAMI ADALAH RODA ARCANA!!! RODA YANG AKAN MEMUTAR BALIK KEADAAN!!!!" teriak Akid dan Asrar bersama-sama.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.