BAB 4 Argo Navis

1.4K 151 27
                                    

Dewan Emas Molderina

Fuhrer Lily Valentine membawa para calon Arcana, guardian fairy ke sebuah ruang khas di dalam dewan emas tersebut, di dalamnya penuh dengan keserabutan wayar di sana sini, di samping mempunyai skrin besar terpapar di hujung atas kepala mereka. Tidak jauh daripada situ terdapat jua mesin-mesin yang mengeluarkan suara berdentum, meledap umpama bunyi jantung mengepam darah. Beberapa Mesin seumpama sebuah kotak besi dan gabungan biologi umpama seketul daging merah mengeluarkan asap putih nipis dan memenuhi segenap ruang. Berdekatan mereka terdapat beberapa pod yang bentuknya umpama kakun.

"Teknologi asalnya telah lama laput. Kami kuasakan dengan teknologi Gargantua." terang Ratu Lily Valentine sebelum mereka bertanyakan apa-apa.

Akid kelihatan tercengang. Begitu Melati. "Agak menjijikkan tempat ni." ujar Akid. "Ini tempat apa ya?"

"Argo Navis, sebuah pod simulasi yang dicipta oleh para fairy zaman terdahulu untuk mencari Arcana yang sesuai." terang Ratu Irisa. Ratu fairy yang kelihatan pendek dan tua dan mempunyai gaya rambut yang aneh, kembang dan tebal umpama bawang.

"Bagaimana ia berfungsi?" tanya Melati.

"Kamu semua akan masuk ke dalam setiap pod tersebut. Ia akan membawa kesedaran kamu ke suatu tempat di mana ujian sedang akan berlangsung. Tapi ingat ia adalah ujian yang sukar, belum pernah sesiapa pun berjaya melepasinya sehingga kini."

Wajah para calon masing-masing kelihatan memutih sedikit. 

"Namun jangan risau. Kami para pengiring akan assist kalian daripada dunia sebenar. Pihak Gargantua sendiri telah mempertingkatkan teknologi Argo Navis ini memudahkan kami untuk monitor kalian daripada sini tanpa kami juga perlu masuk ke dalam simulasi." kata Ratu Dwiyana pula.

"Benar, pada zaman dahulu, setiap calon gagal kerana mereka semua tidak tahu apa yang patut dilakukan seandainya telah masuk ke dalam simulasi bahkan kesedaran mereka juga terperangkap di dalamnya, membuatkan mereka gagal untuk kembali. Namun hasil penyelidikan kami, kami berjaya mengurangkan minima risiko sepanjang kalian selam ke dalam Argo Navis ini." sambung Lily Valentine. "Satu sistem tendangan membolehkan kalian sedar kembali sekiranya berlaku kejadian tidak diingini sepanjang kalian selam ke dalam nya."

Para Calon mengangguk kepala.

"Erkk aku ada satu soalan!" tiba-tiba Birussar bersuara.

Semua mata melihatnya.

"Pod tu kecik gila, macam mana aku nak masuk ke dalamnya? Agak-agak la korang ni. Aku naga." katanya.

Lily Valentine tersenyum kecil. Lantas dia memanggil orang-orangnya dibisikkan sesuatu. Tidak lama kemudian lantai bergegar, di sudut yang lain lantai menjadi terbelah dua, lalu muncul lah sebuah pod yang lebih besar daripada bawah lantai perlahan-lahan di naikkan.

"Kami memang telah lama menyediakan semuanya untuk para calon."

"Cara kau cakap macam kau bukan calon." tegur Raja Bearwang Jinx. "Kalau kau turut selam, siapa yang akan menjaganya?"

"Jangan risau, pembantu saya, Ishval akan menguruskannya."

"Bukan kah macam main tipu jika teknologi ini telah diuruskan dan dibangunkan daripada Gargantua kemudian dia turut mahu jadi calon?" sampuk Xoranta. 'Mengarut!"

"Heheehheeh." suara lelaki muncul daripada belakang secara tiba-tiba. Seorang lelaki tua, memakai kot putih berserambai rambutnya. Menyeringai saja. "Itu tak akan berlaku. Kerana Argo Navis adalah teknologi yang telah dilindungi oleh kuasa magik fairy silam. Apa yang kami tambah hanya umpama sebuah prop tambahan dan bukan pada akar simulasi. Sistem Argo Navis ini ternyata sukar ditembusi. Walaupun pada percubaan awal kami pernah teringin untuk godam sistem ini."

"Ishval. Kau terlalu bercakap banyak." marah Lily Valentine.

"Oh. Jadi inilah dia Ishval yang terkenal mencipta teknologi Gargantua. Pemacu kemajuan Gargantua." kata Kidz

Ishval menunduk sedikti tanda menghormati atas pujian diberikan.

"Sebuah teknologi jijik pada aku." kata Xoranta. "Aku tahu rahsia sebalik teras magik kalian!"

Ishval ketawa. "Haha. Tanpanya, kita bakal tidak mampu gunakan Argo Navis."

Xoranta terdiam.

Lica mencuit bahu Akid. "Akid, lelaki ini lah yang membangunkan teknologi Gargantua menggunakan bahasa Onoang. ngaw."

"Jadi kau rasa dia."

Lica angguk kepala. "Ini akan menjadi buruk sekiranya dia telah melakukan sesuatu pada Argo Navis nanti. Tiada siapa yang lebih mahir menguruskan Argo Navis ini berbanding dia. Bahkan para fairy sendiri tidak tahu. ngaw."

"Korang bisik apa?" tanya Melati. Pelik melihat Akid dan Lia bercakap secara bersembunyi.

"Awak, berada di dalam nanti sentiasa dekat dengan Akid. Ngaw"

Melati ketawa. "KAu ingat aku tak kuat ke Lica."

Lica tersengih. "Risau je la."

"Baiklah kalian para calon sila masuk ke pod masing-masing. Kalian akan melakukan selaman sebentar lagi." arah Raja Bearwang Jinx.

Makhluk bertubuh emas atau turut dikenali Raja Fairy Sang Emas memerhati anak buahnya Kidz masuk ke dalam pod. Masing-masing yang lain juga masuk ke dalam pod yang tersedia. Pod ditutup rapat dengan sebuah penutup lutsinar jernih.

Akid berasa sedikit gementar. Terdengar suara arahan daripada Ratu Irisa. "Pejamkan mata kalian." 

Akid mulai menutup matanya.

"Dalam kiraan 3,2,1.."

....

Akid sedar saja dia sedang terbang jatuh di satu ruang aneh, bersama jalur-jalur cahaya memanjang-manjang seolah menembak ke arahnya. Akid cemas cuba mengimbangin dirinya. Dirinya terus jatuh ke dalam ruang jalur cahaya berwarna warni.

[Dengar sini para Calon. Ini adalah Ratu Irisa. Apa yang ingin kami katakan buat masa sekarang ialah Selamat datang ke Argo Navis! Semoga Berjaya!]

Cahaya memutih bersinar terang sehingga mengabui pandangan Akid. 

Zup! Cahaya putih menyelebungi terus dirinya.

Ujian Arcana bermula.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now