Di sebuah padang rumput yang luas, Akid berdiri sambil melihat sekelilingnya. Kepalanya tertoleh kiri dan kanan. Dia mengigit bibir kemudian merengus. Perasaan menyesal tumbuh di lubuk hati.
"Akiddd" Lica berlari-lari membelah rumput lalang yang meninggi cuba mendapatkan rakannya itu. Di belakang Lica, Xoranta juga ikut bersama.
"Sesat ke?" sinis senyuman terukir di bibir Xoranta. Dia berpeluk tubuh.
"Kenapa korang follow aku?" tanya Akid.
"Kau ni ngaw! Tak tahu ke kau menempah maut." marah Lica. Akid menjeling pula ke arah Xoranta. Xoranta geleng kepalanya. Dia ingin mendengar jawapan daripada lelaki berambut terpacak itu.
"Bahaya tinggalkan perempuan seorang diri di tempat yang mereka tak tahu. So aku ikut dia." kata Xoranta.
"Kalau macam tu, kau bawak la Lica ni balik ke kota Batra. Sana ada para arcana dan fairy. Korang boleh berlindung di situ. Biar aku sorang-sorang je pergi ke Bandar Verlin. Aku mati pun tak apa. Bukan aku orang penting p..ouch." Akid menyentuh kepalanya yang telah disekeh kuat oleh Lica. Magik bayangan yang mengubah rupanya terjejas sebentar, menampilkan wajah buruknya sebelum menjadi rupa manusianya semula..
"Kau jangan cakap macam tu. Kau pun salah seorang Arcana juga ngaw! Kau dah dapat blessing daripada Argo Navis." balas Lica, "kau jangan tinggalkan kami." dia mencebik.
"Lica kau kena balik.." ujar Akid
"Akid!" Xoranta bersuara keras, Lica dan Akid tergamam.
"Aku nak ikut kau." Xoranta tiba-tiba menyuarakan hasratnya. Mata Lica membuntang. Tidak percaya.
"Kau bukan tak suka aku ke?"
"Ya, tapi kau bukan tahu jalan di tanah ni pun. Berbanding dengan aku. Aku orang asal di tanah ini. Nak tak nak kau perlukan aku."
Mata Akid menyepet. "Yeke ni."
"Kau dah kenapa? Kau perlukan aku!" Xoranta menjadi angin.
"Korang.."
"Aku tak perlukan kau, aku boleh pakai instinct aku cari Cahaya."
"korang.."
"Kau nak sombong dengan aku ye Akid."
"Siapa sombong mulanya?"
"Korangg!!!" Lica menjerit sekuat hatinya. Akid dan Xoranta berhenti berbalah.
"Tengok sana." Lica menunjukkan jarinya ke arah utara. Beberapa pasukan tentera berpakaian besi dan berwarna hitam seperti arang bergerak dalam keadaan berjaga-jaga. Pergerakan mereka aneh, tidak seperti manusia atau makhluk lain. Jalan mereka separa menunduk.
Mereka tiada senjata melainkan mengharapkan kuku mereka yang besar dan tajam. Rupa mereka tak ubah seperti raksasa. Kepala mereka lonjong ke atas, mata mereka merah. Gigi mereka pula seperti mampu mengoyakkan kulit tubuh yang tebal.
"Apa tu?" tanya Akid.
"Tentera Elvey." jawab Lica.
Xoranta memunculkan pedang di tangannya. Sekelip mata tangannya sudah menggegam kemas senjatanya. Akid pula melepaskan kain perasapia yang melilitnya. Wajahnya menjadi wajah yang hodoh. Lica yang melihat merasa kasihan.
"Aku tahu apa yang kau fikir Lica." ujar Akid. Matanya masih terpahat pada para tentera Elvey. Lica menolak mantel yang menutup lengan kanannya. Tangan besi terpampang.
"Kau bukan sorang mempunyai kekurangan Akid." ujar Lica. "Kita sendiri pilih untuk jadi begini." Dia mengambil sesuatu di kocek seluarnya lalu diletakkan pada telapak tangannya. Seluruh tangannya mula mengeluarkan jalur cahaya. "Sekarang, nasib dunia ini bergantung pada kita. Angkat kepala dan lawan!"
Lica melontar dirinya ke depan, di udara, di tengah-tengah kawasan musuh yang ramai itu, Lica menggenggam kemas buku limanya, lalu dia menghunjam tumbukannya terus ke kawanan musuh tersebut dengan pantas.
Letupan kuat terjadi, musuh-musuh berselerakan. Tercampak ke langit bersama, daun-daun lalan, tanah yang bertaburan. Akid tersenyum. "Lica kau tak berubah."
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasíaSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.