"Lily Valentine, dia yang bakal memimpin seluruh dataran! Dia akan memakmurkan dunia!" para pejuang yang bersama-sama Lily Valentine melaungkan semangat sokongan mereka terhadap penguasa baru. Wanita ini memang istimewa. Musuh-musuh gentar dengannya. Tiada satu negara berani menentangnya.
Namun begitu, disebalik kejayaan Lily Valentine, dia terlibat dengan perjanjian bersama para Raja Gelap. Sampai masa, dia harus membiarkan dunia ini musnah. Itulah matlamat kumpulan mereka. Mereka harus akur dengan impian Elvey.
Buku lima bersalut besi kursani cuba mendarat di wajahnya, cepat-cepat dia memutar tubuh. Tumbukan Asrar tersasar lalu dia menumbuk tanah. Lantai berpecah-pecah. Mata Akid mula bercahaya biru. Tubuhnya bersalut ais. Kedinginan tubuhnya menukarkan seluruh tempat dia berpijak menjadi ais. Tangannya menghala ke hadapan. Berpuluh-puluh jaringan ais menjalar selaju peluru ke arah Lily Valentine. Wanita itu memukul sehingga hancur berderai, namun serangan Akid tanpa henti membuatkan dia terpaksa bergasak dengan serangan ais yang bertubi-tubi yang cuba menikam tubuhnya.
ONA CODA : WORLD PRISON!
Asrar menempik. Seluruh dataran bergegar. Muncul beberapa figura batu daripada tanah mengelilingi wanita jahat itu. Lily Valentine kelihatan cemas. Figura-figura itu mula melempar tali magis lalu mengikat Lily daripada pelbagai arah.
Daripada atas langit pula beberapa cincin besar mula jatuh satu persatu, mengurung Lily di tengah-tengah. Cincin-cincin itu bersusun meninggi sehingga menjadi menara.
"Lily, apakah impian kau?|" tanya rakan baik Lily sewaktu kecil. Entah kenapa Lily teringatkan kisah lama ini.
"Aku mahu melihat dunia ini aman. Tanpa perang. Tanpa orang perlu terseksa." jawab Lily sambil tersenyum.
"Kalau kau mahu dunia semacam itu, pertama kau perlu buat sesuatu yang orang tidak berani untuk ambil. Kau tahukan dunia yang idealis seperti itu tak akan mampu capai melainkan kau harus memusnahkan semuanya. Makhluk hanya akan membunuh kerana mereka lahir telah tahu mengenai bunuh, peperangan. Mereka tidak akan pernah belajar daripada sejarah, bahkan mereka mengulanginya. Kerana apa? Kerana mereka ia sudah tertanam dalam sifat mereka."
Tiba-tiba memori dia bersama Lechery mencelah masuk.
"Jadi bagaimana untuk hentikan itu?"
"Kita harus mula dengan kertas putih kembali. Dunia ini harus di reset kembali. Kerana mustahil kau mahu memutihkan kertas yang telah dinodai."
<><><><><><>
"Bagus Asrar, kau dah berjaya mendapatkannya!" puji Akid melihat kurungan cincin yang dilakukan oleh Asrar.
"Heh. Aku dah kata aku hebat dari..-!"
KLONK!!!! KLONK!!!! KLONKKK!!!
Asrar dan Akid masing-masing menutup telinga. Hentaman keras bertalu-talu daripada dalam cincin menara. Bumi bergegar kuat. Bunyi hentaman juga menyakitkan gegendang telinga mereka. Sedikit demi sedikit retakan kecil mula kelihatan daripada luar.
"Asrar! Buat sesuatu! Dia cuba memecahkan kurungan kau!" Akid memberi amaran.
ONA COD--
Cincin menara berkecai, angin deras umpama taufan berpusu-pusu mencampakkan serpihan-serpihan tanah, figura yang mengelilingi Lily Valentine mula hancur kerana terkena sebahagian batuan dan serpihan cincin-cincin gergasi tersebut.
Akid dan Asrar menahan diri daripada angin dan serpihan-serpihan yang datang ke arah mereka.
"GURAARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!"
Tempikan kuat umpama seribu guruh daripada Lily Valentine. Wanita ini masih belum mahu mengalah! Akid berdecih. Asrar juga turut sama.
"KOrang!" jerit Melati. Dia melompat turun daripada Birussar. Birrusar mula mendarat ke bumi."Kita harus lakukan bersama!" katanya lagi.
Akid melihat sekelilingnya.
Fatena dan Xoranta juga turut ada bersama.
"Aku harus akui, aku tak boleh tengok korang ambil kredit membunuh Raja Gelap. Aku yang sepatutnya lakukan ini! Jika tidak, aku tak akan mampu menentang 'dia' " ujar Xoranta.
"Ambil posisi masing-masing. Asrar, bagi kami atribute yang sama seperti kau beri pada Akid!" pinta Fatena. "Kita akan hajar dia. Kita akan tunjuk bahawa, Raja Gelap bukan lawan Arcana!"
Asrar tersengih. "Kahkah. Aku ingat korang akan berlepas tangan dan biar aku dan Akid lawan dia. Tapi well. Kalau korang insist nak lawan sekali. Mari kita settlekan. Kita tendang punggung dia sekuat hati!!!"
"MARI!!!!" jerit mereka beramai-ramai.
Para calon Arcana sudah berkumpul dan bersedia untuk menghajar si raja gelap!!
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.