Bunyi kayu-kayu meledak di mamah api. Sebuah perkampungan telah terbakar. Xoranta baru saja pulang daripada mengembara melihat tubuh-tubuh manusia yang disula di tiang kayu tajam menembusi daripada dagu tembus ke tenggorokan. Posisi mereka melihat ke langit. Air muka mereka menyedihkan. Ini adalah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan sadis.
Siapakah yang sanggup melakukan semua ini? Xoranta meredah masuk ke kampung yang sedang kebakaran. Bahang yang panas membuatkan diri Xoranta bermandikan cecair. Dia tidak peduli. Sana sini dia melihat rumah-rumah yang telah pun dijilat api yang marak. Tiada seorang yang selamat daripada kejadian ini. Semuanya telah menemui ajal mereka di pancang di tiang-tiang kayu.
Xoranta pada ketika ini baru berusia 14 tahun, melutut menyembah bumi dan air matanya mencurah-curah jatuh membasahi wajahnya apabila dia melihat salah seorang yang menjadi mangsa kekejaman ini ialah ibu dan bapanya sendiri. Imej ini telah melekat di memorinya. Buat selamanya.
Pada hari penuh kehitaman itu. Daripada sudut jauh dia melihat seorang lelaki, tidak, ia adalah binatang buas. Itu lah gelaran yang harus di berikan. Berdiri tidak jauh daripada Xoranta. Sedang leka memancang mayat mangsanya.
"KAU!!!!!" jerit Xoranta daripada kejauhan. Teriakkan itu telah menarik perhatian lelaki bertubuh besar galah. Lelaki itu meletakkan tubuh yang baginya umpama barang ke tepi. Dia berjalan ke arah budak lelaki berusi 14 tahun tersebut.
Xoranta cuba berundur namun langkahnya mengeras. TAdi dia begitu berani.Sekarang dia menjadi penakut seperti tikus. Apabila lelaki itu semakin hampir dengannya. Mata Xoranta membesar. Orang itu adalah orang yang dikenalinya.
Lelaki itu tersenyum lantas terus melompat terbang.
DOROROROROROROO...........
<><<><><><<>><>
Masa kini.
"Selagi aku tak bunuh lelaki itu, aku tak akan berhenti!" Xoranta melibas pedangnya. Musuhnya adalah Rega. Rega mengingatkan dia pada seseorang yang sudah lama dia dendami. Seorang yang menghantui hidupnya sejak daripada dulu.
Rega dengan mudah menahan mata pedang Xoranta dengan lengannya. Tidak cukup tajam untuk membuat dagingnya terbelah.
"Kau bukan pengguna pedang" kata Rega.
"Kau diam!"
Xoranta melibas dengan laju. Setiap libasan dan asakan daripadanya ditempis dengan mudah. Rega menumbuk ke depan. Angin kuat umpama taufan keluar daripada buku limanya. Membuatkan dinding bangunan pecah dan terbang. Xoranta membenamkan pedangnya kebumi menjadi sauh supaya angin yang kuat tidak melayangkan dia.
Daripada belakang muncul, Lily Valentine bersama pedang rapiernya melompat ke arah Rega.
"Memanjang!" ucap Lily. Pedangnya terus memanjang cuba menusuk Rega. Rega cuba menempis seperti dia menempis pedang milik Xoranta namun kerana rapier bermata halus dengan senang ia menembusi kulit Rega lalu terus memanjang, dan meliuk menembusi kulitnya lain seperti jarum yang di jahit pada kain dan akhirnya melilit tubuh Rega seperti ular.
"Ini barulah pengguna pedang." puji Rega. Dia tidak mampu bergerak. Dirinya telah terkunci.
"Kau! Jangan kacau perlawanan aku!" marah XOranta pada Lili Valentine.
"Kalau kau tak mampu beri saingan pada musuh maka ini bukan perlawanan kau." perli Lily Valentine.
"Jadi kau nak kata aku tak cukup kuat?" Xoranta terasa tercabar. Pedangnya mula menyala, terdapat alur cahaya bergerak daripada puncak mata pedang menuju ke pemegangnya lalu corak alur itu terus melalui ke kulitnya dan sampai terus ke bahagian bawah matanya. "Aku tunjukkan pada kau, aku jauh lebih kuat daripada semua orang di sini." Xoranta mengangkat pedangnya tinggi-tinggi. Dataran tempat mereka berpijak mula bergegar.
"Nanti. Apa yang kau nak buat?" Lily Valentine resah.
[Xoranta. Ini bukan masanya untuk itu!] suara Ratu Dwiyana memberi amaran.
"Reality Creation!!!"
Permukaan lantai mula terbelah dan berpecah sana sini, daripada tanah muncul beberapa makhluk humanoid yang besar bangun daripada dalam tanah seperti seseorang yang baru terjaga daripada tidur. Tubuh mereka juga mempunyai alur cahaya yang sama seperti Xoranta. Mereka mula berdiri, dan tinggi mereka menggunung. Xoranta sudah tenggelam dalam dunianya.
Lily Valentine melihat tepat ke wajah Xoranta.
"Kau?"
<><><><>
Xoranta semasa kecil. Dia melukis sesuatu pada kertas. Watak seorang lelaki bertubuh sasa. Senyuman besar dan berpeluk tubuh.
"Xoranta apa yang kau lukis?" tanya rakannya.
"Ini? Dia ni wira keadilan! Makhluk paling kuat. Tak ada siapa boleh melawan dia!"
"Siapa namanya?"
"Kapten Keadilan!!"
...
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.