Bab 3.1 Code

1.2K 146 41
                                    


Akid duduk di salah sebuah bangku panjang di kawasan taman rekreasi di Kota Verlin, di sebelahnya adala Lica. Mereka duduk di bawah teduhan sebuah pokok di panggil Kastura. Pohon yang setiap helai daunnya umpama jerami, dan berwarna ungu dan merah jambu. Menjadi kan ia seolah bertona dari gelap ke cerah.

Mereka telah selesai pertemuan antara para calon Arcana dan wakil fairy. Membincangkan mengenai ujian yang harus dilalui oleh calon Arcana sebelum dinobatkan sebagai Arcana yang benar.

"Akid, kau akhirnya betul-betul datang ke mari ngaw...aku dengar..Cahaya merupakan seorang ratu fairy yang baru. Aku..aku ucapkan takziah atas kematian dia ngaw." Lica serba salah untuk berkata apa-apa mengenai Cahaya. Dia takut Akid akan berasa sedih.

"Aku lah yang membunuhnya Lica." Akid meraup wajah. 

Lica terkejut besar. Mulutnya terbuka luas. Tiada suara keluar daripada kotak bunyi di kerongkongnya.

"Kami berlawan sesama sendiri. Masing-masing terpedaya dengan permainan Raja Gelap. Kebanyakan masanya kerana salah aku sendiri. Aku terlalu bodoh mengikut emosi. Adakah aku ini jahat?"

"Akid, kau tak jahat. Aku percaya pada kau. MAcam kau katakan, kau orang terpedaya. Helah musuh itu licik. Mereka berjaya memerangkap kau ngaw.  Kau orang tak ada pilihan lain."

"Tapi kalau aku tak tikam dia, dia takkan mati. Semuanya kerana aku."

"Aku tak tahu apa yang telah berlaku ketika itu, tapi kematiannya kau tak boleh undur kembali untuk hidupkan dia. Kau harus melihat masa depan. Bawalah harapan Cahaya seperti yang kau kata pada lelaki rambut bawang tadi. Ngaw." nasihat Lica, sempat dia mengutuk Xoranta.

"Terima kasih Lica. Kau buat aku lega sikit."

Lica tersenyum. Wajahnya menjadi merah sebelum dia berdehem. Membuangkan perasaannya jauh-jauh.

"Oh. Akid ada benda penting yang aku nak bincangkan dengan kau.  Ngaw." 

"Apa dia?"

"Masih ingat tak di Kota Gaia kita menemui sebuah bilik penuh mesin aneh di istana Lord Jibin?"

Akid angguk kepala. "Mesin tu pakai teknologi Gargantua kan?"

"Yes! Dan Tulisan yang digunakan ialah tulisan Onoang, bahasa fenix."

"Ohh."

"Kau tak terfikir sesuatu yang aneh Akid? Ngaw."

"Erk apa dia yang aneh?" Akid menggaru kepala. Dia tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Lica.

"Semenjak kau datang ke sini kau tak nampak apa-apa?"

"Aduh Lica, kau buat aku jadi pening. Aku baru je sampai. Tak tengok apa-apa."

"Fenix kan hanya tinggal di Alamria. Kaum kami tak dibenarkan keluar ke mana-mana. Tapi yang aneh kenapa semua teknologi Gargantua pakai bahasa fenix sebagai programming code mereka. Ngaw Persoalannya, pasti pencipta teknologi mereka ini orang yang ada kaitan dengan fenix kan? "

Akid terdiam. 

"Oh." Dia sudah menangkap apa yang Lica cuba terangkan padanya.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now