Bab 34.2 Satu Jam part 2

1.6K 179 32
                                    

Di menara abadi. Akid masing lagi bersedihan kehilangan satu-satu wanita yang paling dicintainya. Namun begitu tidak seperti dahulu, kesedihan ini hanya mampu dia simpan dan kurung di dalam hatinya. Tak guna untuk meratap. Yang mati kekal mati.

Tugasnya masih belum selesai lagi disini. Ada orang yang harus bertanggungjawab atas perbalahan antara dia dan Cahaya. Akid tidak pasti siapa, namun dia berdendam dan marahnya membara.

Dia berjalan menuju ke pintu gerbang menara. Apabila langkahnya menginjak keluar. Dia telah disambut oleh ribuan tentera fairy yang air muka masing-masing ibaratkan dahagakan darah. Kesemua mereka melihat Akid umpama mahu merobek terus tubuh lelaki dari tanah Alamria ini.

Akid hanya berjalan dengan tenang dan sedikit pun dia tidak rasa tergugat dengan ancaman di hadapannya.

"Aku tidak mahu bergaduh dengan kalian. Tapi apa yang aku mahu tahu ialah siapakah ketua kalian? Mengapa sampai Cahaya menjadi mangsa dan kambing hitam? Bawa aku jumpa dengan mereka!" Ucapnya ke arah semua fairy tersebut. Namun tiada satu pun menyahut.

Akid tidak ketahui bahwa para fairy ini merupakan boneka-boneka kepada Melodi.

"Jadi kalian berhasrat untuk melawan aku?" Akid sedar tawarannya tidak disambut. "Silakan!!"

Ribuan fairy terus menyerang Akid. Ibaratkan semut menghurung gula, mereka mengepungi Akid. Cuba membantai lelaki itu beramai-ramai.

Akid terus membuka langkah. Telapak tangan terhala ke depan. Asap hitam memancang terus menusuk ke arah fairy-fairy di hadapannya lalu mereka tertusuk umpama daging sate.

Lebih ramai lagi cuba menyentuh Akid.

Akid memutarkan tubuhnya. Aura gelap mula ikut berputar. Terus menjadi seperti kipas pengisar lalu memotong tubuh-tubuh fairy yang lain. Memancutlah darah keemasan daripada tubuh mereka. Suasana terus bertukar seperti gelodak air yang sedang di kacau.

Satu persatu fairy yang datang cuba memotong dan memenggal Akid ditumbuk, di penerajang dan di belah oleh Akid.

Mereka datang dan terus datang dengan jumlah yang banyak.

Akid terus berlawan sehingga tubuh-tubuh fairy yang tumbang itu sedikit demi sedikit menjadi bukit.

Aura kehitaman Akid terus menyimbat musuh yang bagai tiada kesudahan itu. Sedikit pun lelaki ini tidak menunjukkan lelah. Dia seolah menikmati perlawanan ini.

Gajah-gajah terbang pula muncul entah daripada mana. Akid tidak langsung peduli. Diambil belalai gajah itu di bawanya pusing umpama gasing lalu dilontarkan jauh-jauh gajah yang besar itu. Jatuh la ia berdebuk dengan gegaran yang kuat.

Beberapa fairy lain melancarkan magik mereka. Cuba mengikat Akid. Namun akhirnya Akid menghenfikan tindakan para fairy yang jahat ini dengan menusuk kepala mereka dengan asap-asap hitam yang rupanya seperti lembing.

Akid terus bertarung dengan segala kudrat yang ada.

Sehinggalah tanpa Akid sedar semuanya telah pun tiada , tiada lagi fairy yang tersisa.

Tepukan tangan kedengaran daripada jauh. Rupanya Melodi sudah lama memerhatikannya.

"Akid. Akid. Dulu aku pernah tertanya-tanya siapakah budak ini. Kenapa Lica selalu bercerita mengenai budak ini. Aku terfiki r lagi istimewa sangat kah dia? Apa je dia ada. Dia tak punya magik. Dan bila Gargantua masuk menyerang Alamria. Nama kau sekali lagi menjadi sebutan. Kau jadi wira mendapatkan Alamria kembali. Tidak cukup dengan itu, kau menjadi rakan kepada ratu fairy itu..

Kau umpama telah diberkati. Seseorang yang Ditakdirkan.

Tapi sekarang aku faham kenapa. Kau adalah calon Arcana. Ini bermakna kau musuh kepada tuan kami. Membiarkan kau hidup adalah bahaya untuk kami."

"Melodi aku sangka kau dah mati...tapi semua ini angkara kau? Kau adalah orang Calamity?" Akid terkejut melihat wanita yang dijumpai nya di Un Hana dulu masih lagi bernyawa malah paling mengejutkan ialah dia merupakan orang Elvey.

"Betul tu Akid. Aku adalah salah seorang tangan gelap Elvey. Yang merencana kemusnahan kehidupan di dalam dunia ini."

"Jadi kau la yang menipu Cahaya?"

"Betul Akid."

"Kau la yang bertanggungjawab atas semua ini!?" Akid semakin berang.

"Ya. Ini semua hasil daripada rancan.."

Belum sempat wanita fairy itu menghabiskan kata-kata, satu penumbuk hinggap terus ke pipinya lalu membuatkan fairy tersebut terhumban jauh dan bergulingan di atas tanah sebelum dia terlentang melihat ke langit. Wajahnya umpama tidak percaya bahawa baru saja tadi dia telah ditumbuk oleh seorang manusia biasa.

Melodi bangkit kembali ingin melepaskan kemarahannya. "Kau sedar tak aku siapa!!? Aku raja-"

Sekali lagi dia ditumbuk oleh Akid menyebabkan tubuhnya terseret ke tanah sejauh seratus kaki jauhnya. Debu-debu menaik ke angkasa.

Tubuh Akid mula mengeluarkan aura gelap. Daripada arah jauh asapnya umpama tombak-tombak yang tajam terus terbang menuju ke arah Melodi lalu menusuk dan merobek terus ke tubuh wanita itu.

Garghhh!!!

Melodi memuntahkan darah dek tikaman bertalu-talu daripada Akid.

Sedikit pun Akid tidak memberi peluang untuk wanita itu menyerang balas.

Ini adalah demi Cahaya.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now