Akid mencabut helmet di kepalanya.Mempamerkan wajah serba buruk. Rosetta melihatnya dengan pandangan sayu. Wajah Akid tidak lagi serupa seperti asalnya. Dia tidak sangka Akid akan melakukan sejauh ini demi mendapatkan kuasa dan kekuatan. Apalah yang difikirkan oleh Akid. Tugasnya untuk memikirkan hal berlawan sudah lama habis. Kini sepatutnya tugas itu di tangan para fairy sepertinya.
Mata Rosetta melirik ke arah skrin yang terpampang. Jeritan hiruk pikuk manusia dan bangsa lain di Alamria bergema-gema. Nampaknya, mungkin ini perkara yang para Elders tidak mahu memberitahunya sebelum ini. Namun mungkin itulah harganya untuk memerangkap si makhluk yang merbahaya di atas muka bumi ini. Pengorbanan mungkin harus dilakukan.Dalam kes ini, penduduk Alamria menjadi korban.
Tak. Apalah yang difikiran olehnya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kaedah ini salah. Para Elders melakukan kesalahan besar. Alamria adalah tanah yang harus dilindungi oleh fairy. Bukan seharusnya mereka lakukan binasa ke atas tanah tersebut.
Berhadapan dengan dia adalah Akid. Dia adalah harapan kepada Alamria. Ya. Semenjak daripada dulu lagi dia adalah faktor Alamria terus kekal bertahan. Hari ini dia cuba untuk melindungi tanah tempat dia lahir. Wira Alamria. Sudah pasti dia harus melawan seseorang. Seseorang harus menjadi musuhnya di atas ini.
"Katakan la kalau kau berjaya menewaskan aku diatas ini. Apakah kau akan melepaskan orang-orang ku jua?" tanya Rosetta. Nasib penduduknya lebih dihiraukan.
"Matlamat aku ialah melindungi Alamria. Jika mereka membahayakan Alamria. Aku penggal kepala mereka semuanya."
"Dari dulu lagi aku kagum dengan keazaman kau Akid. Malah sehingga hari ini, semangat itu membuatkan aku terus jatuh cinta dengan kau."
"Diam kau. Kau jangan sebut mengenai cinta, walhal kau sedang mencabut nyawa-nyawa orang di Alamria!"
"Kau tahu apa kesilapan kita? Para fairy sanggup membunuh penduduk Alamria demi menyelamatkan orang-orangnya. Kau sanggup membunuh para fairy demi menyelamat oran-orang kau. Dan Elvey sanggup mengorbankan seluruh jasad di dunia ini kerana berfikir diaharus menyelamatkan kerajaan lamanya. Nampak persamaan ini Akid? Kita semua pentingkan diri. Apa beza kita dengan Elvey? Kita semua berada di dalam ideologi yang sama. Sekarang ini, siapa jahat antara kita? Adakah Kau, Aku atau Elvey?"
Akid terdiam. Rosetta menggunakan pedangnya terus memukul meja batu di sisinya sehingga hancur dan pecah. Cahaya kehijauan tidak lagi naik ke atas. Akid sedikit terkejut dengan tindakan wanita itu.
"Aku akui perkara yang telah aku buat ini adalah salah. Namun aku faham kenapa para Elders menggunakan cara ini. Sebagai seorang ratu, aku harus menyebelahi mereka. Sebagai seorang wira, kau harus menyebelahi orang-orang kau Akid. Di sini, berdiri kita disini sebagai simbol kepada tanah masing-masing. Siapa sahaja yang masih berdiri di menara ini kelak bakal menentukan nasib orangnya." kata Rosetta panjang lebar. Tiada jalan kembali lagi. Mereka harus bertarung berdua. Ini lah takdir untuk mereka.
"Ayuh Akid! Kita habiskan disini! " Rosetta ajak beradu.
Akid melompat terbang ke arah wanita itu. Bersedia untuk menumbuk sepadu mungkin ke arah wanita yang pernah menjadi kekasihnya walaupun sebentar. Rosetta membuat isyarat tangan, seketika kemudian Akid terpelanting ke belakang tanpa dapat menyentuhnya.
Akid tahu magiknya Rosetta ialah menguasai masa. Gara-gara itu dia boleh mengundurkan pergerakan Akid kembali mundur.
"Aku adalah Rosetta, ratu fairy yang menguasai masa. Di menara ini, makhluk kecil seperti kamu tidak mempunyai peluang menyentuh ku." ucapRosetta dengan suara yang kasar dan bergema. Matanya, seluruh tubuhnya termasuklah sayap besar mengeluarkan cahaya keemasan, melihat Akid dengan pandangan angkuh.
<><><><><><><><>
Di bahagian Surgania yang lain di mana pasukan Alamria yang berjaya masuk ke Surgania melalui Gate System berpusu-pusu cuba membantai pasukan fairy. Antaranya yang masuk terlebih awal ialah kaum cacako dengan tunggangan amukah mereka. Namun anehnya setelah mereka berjaya membunuh makhluk berkepak itu, musuh bertukar menjadi boneka.
"Ada sesuatu yang tak kena."ucap Badik.
Caji menghampiri Badik. Caji merupakan salah seorang pemimpin cacako yang mempunyai kemahiran tempur yang hebat.
"Nampaknya kita tidak berlawan dengan musuh sebenar" ucapnya.
"Dengar tak jeritan dan suara bising-bising daripada arah menara? Apa yang berlaku di sana?" tanya Bunga.
Nadim menutup matanya sebentar sebelum dia membuka dan wajahnya kelihatan pucat dan berpeluh. "Aku tak pasti apa yang dah jadi, tapi fairy berlawan sesama mereka."
Semua orang kelihatan terkejut dan berasa aneh.
"Kalian makhluk daripada Alamria! Kehadiran kalian memang satu kurniaan dari langit." suara seorang wanita daripada langit muncul, beberapa pasukan berkepak juga muncul bersama. "Saya Sorbet. Ketua Pengawal Surgania. Keadaan di Surgania sedang kacau bilau sekarang.Pihak musuh telah berjaya menembus masuk dan cuba menghancurkan Surgania dan Alamria secara total."
"Nanti dulu apa maksud kau? Kami mendapat khabar katanya ratu fairy Rosetta sedang merencana mengorbankan Alamria untuk membunuh si jahat Elvey." kata Badik.
"Ya sebelum sempat kami masuk ke gerbang portal untuk ke sini, aku melihat begitu banyak cahaya muncul dari langit cuba menyedut nyawa kami. APa maksud itu?" ucap tentera Alamria yang ada disitu. Para tentera lain semuanya mengiyakan.
"Itu kerana rancangan orang-orang Elvey telah berjaya. Dia berjaya memperdayakan ratu kami membuka pintu bulan. Ia adalah ritual untuk memberikan hayat kembali kepada sang penerima. Elvey menggunakannya untuk kembali muda. Dengan syarat ia perlu mangsa korban yang banyak."
"Siapa yang mencipta hal yang keji macam tu?"
Sorbet sedikit tunduk. Dia sendiri faham ia adalah kejam. "Ia adalah fairy. Namun ia adalah sistem lama yang tidak dipersetujui lagi selepas itu."
"So sekarang kita nak berlawan dengan siapa?" tanya Asrar.
"Kami berharap sangat kalian boleh menumpaskan para Elders kami. Tolonglah, kami sanggup melutut dan merendahkan martabat kami kerana berharap kalian mampu menyelamatkan Surgania daripada hancur." ucap Sorbet, dia terus melutut namun beberapa orangnya cuba menghalang perbuatannya.
"Nampaknya tak ada jalan lain. Aku dah lama tak berlawan secara serius." Merah meletup-letupkan jarinya. Mukanya serius.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.