Bab 22

991 81 25
                                    


"Kalian tengok, ada sesuatu yang tak kena pada tubuh Lily Valentine. Kenapa di dadanya terdapat teras magik?" tanya Ratu Irisa di saat mereka sedang melakukan pemeriksaan pada tubuh Lily Valentine. Terdapat batu teras merah yang melekat di atas dadanya.

"Aku pasti, ada sesuatu yang dilakukan olehnya. Dia mengubah suai tubuh sama seperti budak Akid!" jawab Raja Bearwang Jinx

<><><><>

Para calon Arcana mengepungi wanita raksasa merah tersebut. Mereka kini menjadi yakin untuk berlawan dengan Lily Valentine kerana atribut khas yang di lancarkan oleh Asrar pada diri mereka membuatkan efek magis musuh tidak berkesan pada mereka. Pun begitu, kekuatan Lily Valentine bukan hanya terletak magik khas yang ada padanya saja. Dia memiliki lebih daripada itu. Jika tidak, tiadalah dia diangkat sebagai salah satu daripada Tangan Gelap.

"Walaupun aku melaksanakan perlindungan ke atas korang, tapi korang kena berjaga-jaga, Jika mati disini maka kita tak akan ada peluang kedua." Asrar memberi amaran kepada yang lain. "Kerana itu aku tak mahu melibatkan korang untuk berlawan dengan raksasa ini."

"Jangan risau Asrar, kami takkan gelarkan diri sebagai seorang Arcana kalau kami larikan diri." ucap Akid sambil tersenyum. Pun begitu senyumannya tidak jelas kelihatan kerana rupanya yang seperti rangka tengkorak itu. Asrar menghala tangannya ke arah Akid. Cahaya mengubah tubuh Akid. Akid mendapat kembali rupa asalnya. Akid melihat tangannya, menyentuh wajahnya. Dia merasakan dia seperti menjadi manusia semula. Dia melihat Asrar dengan mata yang berkaca. Asrar mencebik.

"Jangan gembira sangat. Ia hanya terjadi di dalam simulasi ini saja. Lagipun aku scary tengok muka kau." ucap Asrar ringkas

"Korang, cukup dengan berbual. Kita perlu tewaskan dia dulu." kata Melati sambil mengarah jari telunjuknya ke arah musuh.

" hmp. Korang duduk sini dan perati saja." Xoranta meluru laju ke arah Lily Valentine yang bertubuh setinggi 12 kaki itu. Pedang yang berada di tangannya itu di lontar daripada jauh, ia berputar seperti kipas sebelum ditempis oleh raksasa merah tersebut.

Ledakan besar terjadi, pedang Xoranta menghasilkan letupan seperti sebuah bom. Tangan Lily Valentine hampir hancur. Tubuhnya berasap. Xoranta melontar dirinya ke langit, memanggil pedangnya. Senjatanya melayang kembali ke tangan, sebelum Xoranta melontar buat kali kedua.

Letupan kedua terjadi. Xoranta mengulang tindakannya. Ledakan bertubi-tubi tanpa henti. Jeritan Lily Valentine semakin keras.

Zing!

Cahaya merah keluar daripada kepulan asap. Hampir saja mengena tubuh Xoranta. Cahaya tersebut membuatkan bukit di belakangnya meledak. Xoranta mendarat ke tanah. Satu garis peluh mengalir ke pipi.

Hentakan kaki kedengaran. Gegaran kecil terasa. Lily Valentine berlari ke arah Xoranta. Mata lelaki itu membulat. Dia mengetap gigi. "Terlambat!"

Lily Valentine mengepal tumbukannya yang mempunyai cahaya bersinar-sinar lalu mendarat mengenai tubuh Xoranta. Lelaki itu melayang jauh, sebelum jatuh dan bergeser dengan tanah, memecahkan dataran yang dilanggarnya semasa ia bergeser jauh.

"Xoranta!" jerit Melati.

"Haha itu akibatnya dia tak mahu tunggu kita." gelak Birussar.

"Jangan tengok je, jom." Ajak Akid, mereka semua menyerbu Lily Valentine. Masing-masing melancarkan serangan. Birussar memuntahkan tenaga biru daripada dalam perutnya keluar memancar melalui mulutnya. Asrar mewujudkan pedang besar daripada langit langit lantas menunjah mengenai belakang tubuh Lily Valentine menyebabkan tubuhnya terpasak di tanah.

Akid muncul di hadapan Lily Valentine. "Kau, dah tamat disini Lily." katanya memandang Lily daripada atas ke bawah. Raksasa merah cuba meronta melepaskan diri daripada pedang besar yang membenami dagingnya.

"Guraggghh!" jeritnya, suaranya garau umpama guruh.

"Kau boleh jerit suka hati kau, tapi ini adalah penamatnya. Kami mungkin lemah kalau bertarung seorang diri dengan kau, tapi bila kami bersatu. Kami boleh tewaskan Raja Gelap dengan mudah." kata Akid.

"Kau, angkuh sekali Akid." balas Lily Valentine.

"Bukankah kau terlebih dulu angkuh dengan kami. Memandang rendah pada kami."

"Kerana keyakinan korang, korang fikir hanya korang terpilih untuk menjadi calon Arcana. Korang sudah ditakdirkan untuk menang dalam perang ni. Aku benci melihat keyakinan itu. Aku ada disini untuk mengajar korang. Erti realiti, erti perang. Korang tak merasai perang lebih daripada aku. Hanya dengan terlibat beberapa siri perang, korang rasa korang sudah layak selamatkan dunia ini. Rasa diri tu istimewa. Wira ramalan! Kalau korang betul-betul ingin selamatkan dunia ini. Kenapa kalian tidak ada sewaktu mak ayah aku di bunuh oleh penjahat-penjahat? Kenapa kalian memilih untuk berperang dengan siapa? Hanya kerana penjahat itu tiada nama, jadi kalian tak muncul! Kalian hipokrit!" bentah Lily Valentine. Pedang yang menusuk tubuhnya mula terangkat sendiri. 

Belum sempat Akid melakukan apa-apa, pedang yang hendak menyentuh lantai itu segera digapai oleh raksasa merah itu lalu terus sahaja dia melibas tubuh Akid terbelah dua.

Akid terbaring dengan tubuhnya yang separuh. Darah melimpah ke tanah. Dia mengerang sakit. Kini pandangan bertukar tempat. Lily Valentine yang melihat dia daripada atas. Dia menghunus mata pedangnya ke arah Akid. "Aku ingin basuh dunia ini daripada hipokrit seperti kalian. Tiada hero dalam dunia ini sayang ku. Yang ada adalah orang yang merasakan dirinya istimewa saja."

Satu jalur cahaya merah mengena tepat pada pedang yang di genggam oleh Lily. Ia tercampak ke tepi. Fatena mengacu senapangnya daripada jauh. "Jangan lupa kau masih ada orang lain kau nak lawan." gumam Fatena.

"Masih ada yang tidak dapat baca situasi." kata Lily.

"Yang tak dapat baca situasinya adalah kau!" Melati melompat bersama dua bilah pedang. Cuba memenggal kepala raksasa merah. Cepat-cepat musuhnya melindungi diri dengan duan lengannya. Pedang berdenting. Namun melati masih tidak berputus asa. Gerak langkahnya lincah seperti musang. Dia melompat ke sana ke mari. Terima kasih dengan magic enhance yang dilakukan oleh Asrar. Dia boleh menjadi selaju kilat.

Lily Valentine mengalami kesukaran berdepan dengan kelajuan serangan Melati. Acap kali dia terlepas dan menyebabkan tubuhnya dibelah sana sini.

"Jangan risau dia hanya seorang, kita boleh menang dengan strategi yang betul. Aku akan aim kepalanya daripada jauh. Melati cuba untuk potong kaki dan tangannya. Dia tak akan dapat lakukan apa-apa kalau kaki dan tangan-!" belum sempat Fatena menghabiskan kata-katanya, dia berpusing tubuh. Melihat sekitarnya.

"Kenapa?" tanya Melati daripada jauh.

"Ada orang lain disini." kata Fatena gelisah. Dia merasakan satu tenaga luar biasa berada berhampiran dengannya. Ia semakin hampir,

semakin hampir.

Ya semakin hampir dengan dia.

"Ah!" Fatena  melompat.

Cahaya besar daripada langit jatuh menjunam betul-betul ke arah tempatnya berdiri. Ia membakar tanah sehingga menjadi cair.

Mujur saja dia sempat mengelak. Pun begitu kesan daripada magik yang kuat itu, dia terbaring di tanah dengan keadaan penuh luka sana-sini.

Di tengah-tengah kawah tersebut, dia melihat seorang gadis jelita bermata merah sedang tersenyum. "Oh, hampir saja."

"Kau..bagaimana?" Akid terkejut. Orang yang baru muncul dihadapan mereka ialah Lily Valentine. Mereka keliru, bukankah Lily Valentine adalah raksasa merah yang sedang mereka berlawan ini?

"Terkejut? Terima kasih pada kajian Seri Sang Nilam, Lily Valentine yang kamu lihat itu merupakan klon aku. Lelaki bodoh itu fikir dia sudah mengakali aku, tetapi sebenarnya aku sendiri mengambil kesempatan atas dia. Dalam diam, aku mencipta teras magik sendiri berasaskan ONA dan DNA aku dan hasilnya, di dalam Argo Navis ini. Aku berjaya mencipta klon sendiri." Lily Valentine ketawa. "Sekarang, siapa kata korang boleh menang dalam pertarungan ini."




Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now