Bab 25 Darkest Day

2.2K 219 31
                                    


"Ah. So macam mana nih?" tanya Jonathan. Mereka telah dikepungi oleh sepasukan tentera fairy yang begitu ramai. Akid menapak maju ke depan. Dia fikir ada eloknya mereka mengelak daripada bertempur.

"Aku Akid, kami semua merupakan rombongan daripada Alamria. Kami hanya mahu berjumpa dengan ratu kamu. Izinkan kami berjumpa dengannya dan kita boleh hentikan salah faham kita." ujar Akid.

Walaubagaimanapun tiada balasan apa-apa daripada pihak tentera fairy, sebaliknya mereka hanya diam sambil memerhatikan sepasukan rombongan daripada jauh ini. Dalam satu jeda yang lama barulah seorang fairy tampil ke depan.

"Atas arahan daripada Ratu Rosetta yang sememangnya menunggu kehadiran kalian disini. Kami diarahkan untuk menghapuskan kamu semua, Akid dan rakan-rakan kamu." ujar salah seorang tentera fairy yang sedikit tinggi dan gagah. 

"Tunggu! Cahaya takkan bagi arahan sedemikian." bantah Bunga.

"Kami tidak kenal dengan Cahaya. Namun arahan Ratu adalah muktamad."

Tentera fairy membuat posisi mahu menyerang. Sepasukan kumpulan Akid semuanya menggetap gigi dan berpeluh. Mereka tidak mungkin mampu menang untuk melawan dengan bangsa yang ternyata lebih berkuasa daripada mereka. 

"Nasib seluruh Alamria semua bergantung pada keputusan kamu Akid. Apa yang keputusan kamu?" ujar Badik.

Akid berfikir sejenak, sebelum dia berpaling ke arah rakan-rakannya.

"Nadim, dapatkan lokasi Cahaya. Aku akan berdepan dengannya. Velorum! Bersedia membuka gate sistem. Kalau mereka menyerang, maka tak ada guna kita berkompromi. Kita akan terus lawan." arah Akid.

"Tunggu Akid, takkan kau mahu membuat pertumpahan darah disini?" tanya Merah.

"Apa guna kita mengarahkan tentera-tentera di Alamria bersedia sekiranya kita datang untuk mati sia-sia di sini. Kita kena pertahankan diri juga. Pertahankan Alamria." ucap Asrar.

"Aku dah dapat lokasinya Akid. Dia berada di  dalam menara dan ini berita yang buruk, aku takut jika di puncak menara itu nanti Cahaya akan melakukan sesuatu untuk memusnahkan Alamria. Seolah mereka semua berkumpul di menara itu menunggu Cahaya melakukan sebuah upacara. Kau harus cepat Akid, Cahaya masih lagi mendaki ke puncak." kata Nadim.

Mendengar itu terus Akid mencabut kain peresapia yang mengikat dirinya. "Cahaya, kalau ditakdirkan kita menjadi musuh. Aku bersedia untuk mengalahkan kau. Kalau kau menjadikan Alamria sebagai korban untuk menewaskan Elvey maka aku tak dapat memaafkan kau sampai bila pun." Akid bermonolog sebelum dia terus melompat terbang. Para fairy berpecah dan mengejar Akid daripada belakang.

<><><><><><><>

Lullaby tersenyum melihat Sorbet dan pasukannya. Sambil itu dia menggelengkan kepalanya. "Di tanah ini, fairy dilarang menggunakan kuasa mereka ke atas fairy yang lain. Peraturan itu jika dilanggar ia akan mengorbankan fairy itu sendiri." 

"Tapi, bagaimana kau lakukan?" tanya Sorbet. Seperti yang Lullaby kata kan, mustahil fairy menggunakan kuasa mereka dan masih hidup sekarang ini melainkan jika Order 88 dilaksanakan. Kuasa itu hanya berada di tangannya selaku ketua pengawal terbesar di Surgania.

"Hahaha. Terkejut kan? 7 Tangan Gelap yang berada di bawah naungan Master adalah pemimpin kepercayaan yang mempunyai kuasa luar biasa. Mereka adalah raja yang ditugaskan untuk merencana kemusnahan dunia ini. Kau bukan tandingi mereka. Di pulau ini, sejak sekian lama, salah seorang daripada 7 Tangan Gelap ini telah berada bersama-sama kamu Sorbet. Memakai kulit yang sama macam kamu semua, bahkan makan dan minum bersama-sama. Sehingga kalian tidak sedar bahawa dia merupakan sebahagian 7 Tangan Gelap."

"Siapa yang kau maksudkan?"

"Orang yang paling tidak kamu sangka-sangka."

"Puan, tak ada gunanya kita terus bercakap dengan pembelot ini. Ayuh kita penggal mereka." aja Souffle. Semenjak daripada tadi dia menyimpan rasa geram. Panasnya meluap-luap. 

"Membunuh aku? Tanpa magik?" tanya Lullaby. "Bahkan aku punya kuasa mutlak ke atas kamu semua hahaha. Kasihan Sorbet. Kau akan bertarung dengan kuasa paling minima."

"Aku akan turun kan Order 88." kata Sorbet.

"Nanti puan."

"Ini adalah darurat. Order 88 bakal dilaksanakan." Sorbet menyentuh tanah. Wajah Lullaby sedikit pucat. "ORDER 88 ENGAGE!!!"

Seluruh langit Surgania menjadi terang benderang. Tanah tempat mereka berpijak juga memancarkan cahaya mereka sebelum keadaan menjadi normal kembali.

<DENGAR SINI SURGANIA TELAH DICEROBOH. ORDER 88 TELAH DILAKSANAKAN. SURGANIA DALAM BAHAYA. BERSEDIA DENGAN SENJATA KALIAN. BERSEDIA UNTUK MENCARI PEMBELOT ANTARA KITA>

Suara Sorbet telah dapat didengari oleh setiap fairy di seluruh Surgania. Arahan itu membuatkan sebahagian fairy-fairy menjadi cemas. 

"Kau bakal mati di sini Lullaby, aku tahu kuasa kau. Ia takkan berkesan untuk membunuh aku." ugut Sorbet. Namun ugutan itu sedikit pun tidak menambah gentar di dalam diri Lullaby sebaliknya dia terus ketawa besar. 

"Terima kasih Sorbet. Kau telah memudahkan kerja kami."

Tidak lama kemudian terdengar jeritan-jeritan di sekitar menara. 

"Kau memperdayakan aku?" mata Sorbet tajam melihat ke arah musuhnya. Wajahnya sedikit berpeluh.

"Ia jadi seperti yang di rancangkan. Surgania bakal jatuh!! HAHAHA SURGANIA YANG MEGAH INI BAKAL TUMBANG!!!" Lullaby ketawa dan terus ketawa sebelum ia terkulai jatuh menjadi sebuah patung.

Barulah Sorbet dan Souffle mengerti siapakah dalang di sebalik semua ini.

<><><><><><>

Tandu-tandu yang dinaiki oleh para Elders mula terbuka dan bumbungnya masing-masing meletup. Para Elders berdiri atas tandu-tandu mereka. Memerhati khayalak ramai yang berhimpun di sekitar menara sebelum mereka menyerang para fairy secara tiba-tiba.

Salah satu elders fairy melompat setinggi mungkin sebelum menghentam keramaian seperti batuan meteor. Seluruh kawasan hentakan menjadi kawah dan panas.  Para fairy yang menjadi mangsa semuanya melebur dan terbakar.

Jeritan bergema. Semua orang menjadi panik dan ada yang cuba melarikan diri. Namun dikalangan mereka kemudiannya mengeluarkan pedang bercahaya lalu menikam fairy-fairy yang bertempiaran lari tadi. 

"Apa dah jadi? Kenapa Para Elders menyerang kita? Adakah mereka itu pembelotnya? Orang yang kami paling percayai?" mereka semua terus bertanya-tanya. Keadaan menjadi kacau bilau dalam sekelip mata. Mereka tidak lagi kenal siapakah musuh mereka dan siapa saudara mereka.

Daripada jauh, di puncak bukit, seorang wanita sedang memerhati kekacauan daripada jauh. Di bahunya terdapat seekor burung gagak hitam.

[Tahniah kau dah lakukan kerja yang bagus. Master Elvey pasti bangga dengan kau.]

ucap seekor burung gagak hitam di bahunya.

"Tanpa kau, semua ini tak akan jadi juga Sang Mata. Kau adalah otak kami semua. Kau lah yang sepatutnya di puji." ucap wanita itu. "Haha. APAPUN SUDAH LAMA AKU TUNGGU SAAT INI. TENGOKLAH SANG MATA, BUKANKAH INI SATU PEMANDANGAN YANG PALING INDAH!!? MELIHAT SURGANIA BERDARAH. WAHAHAHA."

[Bersukaria lah atas kejayaan ini wahai Ratu Boneka, Melodi. Tidak lama lagi Alamria dan Surgania pasti akan terus terhapus daripada muka bumi ini. Maka tiadalah lagi ancaman buat master kita..] Burung gagak hitam mula terbang pergi. 

Suara ia menguak di samping jeritan hiruk pikuk pembunuhan di sekitar menara menambahkan sengsara pada hari itu. 

Surgania yang tidak pernah berlaku pertumpahan darah kini telah menjadi sebuah medan berdarah.

Satu kawasan yang lain, Velorum juga telah membuka gate system. Sebuah gerbang teleportasi yang besar menghubungkan antara Alamria dan Surgania telah terjadi. Puluhan ribu tentera-tentera Alamria kini sudah pun memasuki ke daerah Surgania. Pertempuran antara fairy dan tentera Alamria sudah bermula.

HAri ini. Peristiwa paling hitam berlaku di antara Surgania dan Alamria.


Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now