"Makhluk apakah kau ni?" mata Rosetta membesar. Asap hitam yang melindungi tubuh Akid segera mereda hilang, seolah semuanya tersedut masuk kembali ke ruang rongga kulit Akid. Gigi Akid sudah menjadi tajam umpama haiwan buas. Matanya penuh dengan aura pembunuh.
AKid berdiri setegak mungkin. Kemudian suara ngauman menakutkan keluar daripada pita suaranya, gempik gempita menggegarkan menara. Asap hitam terbuka di belakang tubuhnya menjadi bentuk seperti sebuah sayap.
Rosetta menapak mundur. Dan terbang lebih jauh ke belakang. Takut melihat perubahan Akid. Juga langkah berjaga-jaga.
"Kalau aku habiskan kau disini, Alamria akan selamat daripada ancaman kau." ucap Akid. Dia menumbuk daripada jauh, asap hitam melayang umpama sebuah penumbuk terus ke arah wanita fairy tersebut. Wanita itu berjaya mengelaknya, tumbukan hanya mengenai lantai dan memusnahkan permukaannya. Serpihan batu tercampak.
"Kau mulia Akid. Tapi Elvey akan hancurkan dunia ini, bukan saja Alamria, nyawa makhluk seluruh dunia akan mati. Dunia ini perlu dilindungi, bukan Alamria!" Rosetta terbang dengan laju ke arah lelaki yang pernah menjadi kekasihnya itu. Cubaan dia untuk menebas Akid tidak berjaya, setiap kali dia menghayun pedangnya, ia tertahan dengan asap hitam yang bertindak seperti sebuah perisai kepada AKid.
"Kau benar-benar dah berubah Cahaya. Aku tak sangka kau akan jadi macam ini." asap yang melindungi Akid secara pantas menjadi ceracak asap yang banyak dan menembak ke tubuh Rosetta. Wanita itu cepat-cepat membuat perisai cahaya melindungi dirinya. Asap-asap itu semuanya bertebaran ke tepi. Saat kemudian, ia mula meletup.
Asap tebal memenuhi segenap ruang di atas puncak menara itu. Akid memerhati tanpa sedikti pun merendahkan pengawasan terhadap dirinya.
Sruuu...
Rosetta terbang dengan pantas lalu terus mencekup leher Akid. "Akid."
Akid melihat matanya wanita yang menjadi musuhnya ini bergenang. Sebelum tubuhnya di hempas ke lantai. Lantai berkecai, lalu mereka jatuh dari satu tingkat ke tingkat yang lain.
Mereka bergulingan di sebuah tingkat di dalam menara.
Sama-sama mula berdiri dan melihat sesama mereka. Dengan mata sayu mengenangkan sejarah mereka yang sudah.
><><><><><><><>
Un-Hana."Akid!!!!" Cahaya berlari daripada jauh lalu melompat dan memeluk AKid daripada belakang. "Dukung aku Akid."
"Berat la kau ni." adu Akid.
"Kau nak cakap aku gemuk la ni?"
"Mana Ada." AKid terus mendukung Cahaya sambil berjalan. Mereka berjalan di sebuah pekan di daerah Un-Hana.
"AKid aku nak tanya something boleh?"
"Apa dia?"
"Bagaimana kalau di takdirkan kita bermusuh? Adakah kau akan lawan aku? Bunuh aku?"
"Kenapa kau cakap cam tu? Musuh sebab apa? Kalau setakat gaduh kecik-kecik biasalah. Tak adala nak bunuh-bunuh."
"Kalau gaduh besar-besar? Aku jadi jahat misalnya?"
"Kau kawan aku Cahaya. Apapun jadi, mesti ada sebab kau jadi macam tu."
"Jadi kau takkan lawan aku?"
"Maybe kita ni selalu gaduh, tapi tak ada kau aku rasa sunyi. Kau satu-satu kawan yang paling lama berkawan dengan aku."
"Eleh berapa lama je kau kenal aku. Tak lama."
"Fikir-fikir balik kau memang paling lama."
"So kau tak akan sentuh aku?"
"Ni dah sentuh..ouch." Akid teesentak kepalanya diketuk.
"Kau jangan lawan aku.'
"Tak, buat apa? Apapun jadi. Aku tetap kawan kau Cahaya."
<><><><><><><>
Mata Akid meratap Rosetta dengan daya pembunuh. Tubuhnya sudah kembali kepada normal. Akid melompat tinggi, tangannya dihayun ke hadapan.
"CAHAYA!!!!!"
Akid. Kau adalah simbol. AKu yakin, kau adalah wira yang ditunggu-tunggu dunia ini. Akid aku berharap kau mampu menyelamatkan dunia ini. Kau la senjata yang ditunggu-tunggu. Maafkan aku kerana provok diri kau...Aku terpaksa...jika tidak kau tidak akan sanggup..kau tidak akan sanggup menghabiskan riwayat aku. Aku sungguh perlu dihukum...
Sekelip mata, tubuh Rosetta telah dirobek oleh asap hitam kepunyaan Akid.
Mata Akid bergoncang. Air wajahnya berubah. Rosetta tidak sesekali pun melawan Akid. Sebaliknya terus menerima serangan pembunuh daripada Akid.
"Cahaya kenapa kau?...Kenapa kau tak elak!?"
Rosetta rebah di pangkuan Akid. Mulutnya mengeluar darah.
"kenapa Cahaya? Magik cahaya kau gunakan sama macam Gambit, Kau sengaja buat aku berlawan dengan kau... " Akid baru sedar bahawa, magik cahaya yang telah dibuat oleh Cahaya, tidak membahayakan. Sama seperti Gambit gunakan ketika menyelamatkan dia di Oblige Bokussu dulu.
"Saat aku membuka pintu bulan itu, aku sudah tahu aku sudah tertipu. Tiada jalan lain untuk aku mundur lagi. Aku dah berdosa. Seseorang harus jadi wira di sini. BUkan aku. Tapi kau.."
"Cahaya...tak..aku kembali kerana kau." Akid mula menitiskan air mata. "Sanggup kau..."
Senyuman terukir di hujung bibir Cahaya. Tangannya mengelus pipi Akid, matanya mula berkaca.
"Aku tak sangka kau datang Akid." air mata mengalir keluar. "Kau dapat kan mesej aku? Sebab itu kau ingati aku semula."
Akid mengangguk kepalanya. Mulutnya dikemam rapat."Aku gembira. Akhirnya aku mati disisi orang yang aku sayang."
"Tak..tak kau tak akan mati! Aku datang nak bawak kau balik ni. Kita macam dulu-dulu Cahaya. Mengembara sama-sama. Bersukaria bersama."
"Akid bolehkah kau cium aku buat kali yang terakhir?"
Akid terus menitiskan air mata. "Tolonglah...aku minta maaf..aku minta maaf...aku sayang kan kau."
"Kau tak bersalah Akid. Aku yang bersalah. Aku memang patut di hapuskan. Tolong jangan hantar aku dengan wajah macam itu...Aku kan sahabat kau, kawan kau, dan kekasih kau...senyumlah, kekasih ku. Permintaan aku yang terakhir..please."
Cahaya mengangkat sedikit kepalanya. Berjurai air mata Akid jatuh.
"Cium aku Akid..."
Akid memberikan ciuman terakhirnya sebelum tubuh Cahaya berpecah menjadi hablur-hablur kecil bercahaya. LAngit serta merta menjadi suram.
Ratu Fairy telah mati..
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.