Bab 1 Part 3

947 70 23
                                    

Makhluk-makhluk aneh itu semakin ramai dan mula membanjiri kawasan padang. Kini Akid, Lica dan Xoranta telah terkepung. Mereka bertiga bersandar badan sesama sendiri. Memerhati setiap arah penjuru dan berjaga-jaga daripada diserbu terus musuh. Makhluk aneh tersebut sepertinya turut berhati-hati tidak menyerang melulu.

"Tak kira berapa banyak kita cuba bunuh mereka. Mereka akan muncul lebih ramai. Kita boleh kalah macam ni. " kata Xoranta. Nadanya sedikit tenggelam. Peluh mula membanjiri dahinya.

Akid ketawa kecil. Xoranta mencebik. "Apa yang lucu sangat tengkorak hidup."

Lica tersenyum.

"Taklah. Cuma aku dan Lica pernah menghadapi pelbagai jenis peprangan sebelum ni. Kalau yang ini biasa saja." jawab Akid.

"Eleh Akid, kau tak ada masa kami cuba tawan Kapital Diraja ngaw. Tentera makhluk Sultan Alam Shah sungguh ramai. " kata Lica.

"Kau pun tak ada masa kami di pulau fairy. Apa namanya pulau tu ntah. Aku berlawan ribuan fairy tahu."  balas Akid.

"Ini bukan masanya nak cakap siapa lagi banyak korang lawan." Xoranta menjadi rimas.

"Hehe. Xoranta, kau tak pernah sertai perang ke?" Lica mengusik.

Xoranta menjadi merah jambu mukanya. Dia menggigit bibir. "Aku.. Aku.. Ah siapa peduli benda tu." Xoranta mengacu pedangnya ke depan lalu berlari ke arah para makhluk yang ramai tersebut.

Dia melibas pedangnya sehingga bersepai tubuh musuhnya.

Makhluk lain turut cuba mendekati Lica dan Akid.

"Lica." Akid menyebut nama Lica perlahan. Lica memaling pandangannya ke arah Akid. Wajah yang menakutkan itu tidak lagi asing padanya.

"Terima kasih ya ada disisi aku."  ujar Akid sebelum dia juga turut berlari ke arah makhluk gelap milik Elvey tersebut.

"Eih?" muka Lica menjadi merah-merah dan panas tiba-tiba. "Kenapa kau cakap begitu tiba2 Akid..." Lica bergumam sebelum dia juga ikut berlawan. Kakinya mula mengeluarkan sinar cahaya biru. Dia melonjak dirinya kedepan sepantas kilat. Bunyi gerakannya senyap namun sekelip mata makhluk-makhluk lain semuanya terbelah isi perut mereka dengan sekelip mata.

...

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now