"Dan kisah seterusnya seperti yang kau tahu, aku menunggu masa yang begitu lama untuk memberontak melawan Sultan. Memang pada ketika itu aku berhasrat untuk membunuhnya. Aku berharap bahawa tuanku menyesali perbuatannya dan mengaku di hadapan aku. Tetapi tidak. Itu sebab aku lawan." ujar Jebat dengan tenang.
Rentap hanya mendiamkan diri. Ini benar-benar pendedahan yang mengejutkan bagi dirinya. Dalam tubuhnya mengalir darah diraja. Adakah sebenarnya Tuan Badik mengetahui kisah ini dan berpura-pura untuk tidak tahu?
Dalam sedang berfikir, kapal mereka bergegar. Kedengaran kecoh di luar. Rentap dan Jebat cepat-cepat berlari keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sampai sahaja di bahagian dek, semua orang sudah berkumpul sambil pandangan mereka melihat ke langit.
Langit kelihatan gelap seperti malam namun lautan kelihatan cerah seperti siang. Mereka semua kehairanan apa yang telah terjadi.
"Bagaimana?" Jebat melihat ke langit dalam keadaan terpinga-pinga.
"Tahu-tahu saja, langit menjadi gelap sedangkan hari masih siang." kata kelasi yang ada di sebelah Jebat.
"Kita dah hampir." ucap Velorum, tersenyum besar bagai orang gila. Dia berlari ke hujung kapal lalu menjerit dengan kuat nama kekasihnya Melodi.
"Tapi masalahnya kita mahu ke mana? Angin sudah tiada. Lautan kosong bagai tiada penghujung, langit kosong tanpa bintang. Kompas sudah tidak berguna, jarumnya mengeras. Teras magik juga sudah kematian tenaga magik. Erti kata lain, kita kehilangan panduan di tengah lautan ini." kata Altair.
Mereka semua terdiam. Masalah baru sudah muncul.
<><><><><><><><><>
Rosetta yang telah di hias dengan pakaian yang cantik-cantik telah di bawa ke sebuah menara yang tingginya mencapai ke angkasa. Hari ini para fairy akan menghantar ratu mereka untuk melakukan upacara khas yang dikatakan mampu mengunci Elvey daripada terus melata sekali lagi.
Ribuan fairy sudah berkumpul di sekitar menara untuk melihat pemergian ratu mereka mendaki Menara Abadi. Menara yang ajaib yang dikatakan menelan hayat makhluk yang cuba mendaki ke puncak. Setiap langkah sesiapa yang mendaki menaik ke puncak, mereka kehilangan sebulan hayat mereka. Ini bermakna, semakin mereka naik, semakin mereka tua.
Hanya Ratu Rosetta sahaja yang berkelayakan untuk naik kerana beliau mempunyai magik berkaitan masa. Maka sudah tentu dia tidak akan terjejas dengan masa.
"Dimana Melodi dan Lullaby?" tanya Rosetta kepada Alunania dan Harmoni. Mereka berdua mengangkat bahu mereka tanda tidak mengetahui kehilangan kedua yang lain. Sudah lama sekali mereka hilang tanpa berita. Sehingga hari ini pada saat begitu penting juga mereka hilang.
Wajah Rosetta bertukar muram kerana dia risaukan akan dua orang anak buahnya itu. Para Elders Fairy muncul di bawa dengan tandu-tandu besar dan beratap. Semuanya bertutup tidak menampak wajah para Elders fairy.
Dan hanya suara sahaja kedengaran daripada dalam.
"Apakah Ratu Rosetta sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini?"
"Ya." jawab Rosetta sepatah.
"JIka begitu. Bukakan pintu menara. Saatnya kita mengunci pengkhianat bangsa fairy itu buat selamanya."
Pintu menara perlahan-lahan terbuka. Mengeluarkan aura yang tidak menyenangkan dan meremangkan. Penduduk fairy masing-masing menelan air liur mereka. Ratu ROsetta mula melangkah masuk. Setelah beliau masuk sepenuhnya, pintu menara kembali tertutup.
<><><><><><>
Sudah lebih sejam mereka tersadai di tengah laut tanpa bergerak. Kapal yang sepatutnya mampu bergerak dengan teras magik juga tidak lagi mampu berlayar. Semua orang bingung tidak tahu cara lain untuk menggerakkan kapal yang besar ini. Masing-masing termenung merenung nasib mereka.
"Pabila bintang di langit berjajaran menjadi jalan yang lurus, itulah kunci membuka pintu pandora." bisik AKid perlahan. Dia teringat kata-kata Cahaya yang di dengarinya tempoh hari.
Kemudian dia melihat langit. Ternyata sebenarnya terdapat 4 bintang di langit berlainan tempat semuanya. Dua daripadanya mula merapat sedikit.
"Apa nak buat ni?" Asrar menjerit. "Takkan nak mati disini?"
Muka semua orang berubah apabila mendengar perkataan mati. Masing-masing mula jadi cemas.
"Kita tunggu." kata AKid.
Semua orang melihat Akid. Menunggu Akid menyambung kata-katanya.
"Lihat bintang-bintang tu? Perasan tak, semua semakin mendekat? Kita tunggu sampai bintang itu mula berkumpul dan menjadi satu garisan. Mungkin ia akan menjadi kompas kita." terang Akid.
Maka mereka semua pun menunggu lagi. Sehinggalah pada saat semua bintang saling berjajaran. Namun masalah mereka sejak dari tadi ialah mereka tidak punya jalan untuk menggerakkan kapal mereka. Mereka kembali mengeluh berat.
Tiba-tiba Poseidon si panda mula melompat terjun daripada kapal menuju ke laut. Mereka semua terkejut dengan tindakan panda tersebut.
"APa dia buat?"
Tiba-tiba Ombak mula naik tinggi. Lebih tinggi daripada kapal sehingga boleh menjadi atap yang mampu menutupi keseluruhan kapal. Semua orang tercengang.
Altair tersenyum besar.
Sejurus kemudian Altair pula melompat ke arah ombak tersebut. Apabila dia memasuki ke dalam ombak yang tinggi tersebut, seketika kemudian ombak itu mula berubah kepada bentuk manusia berupa Altair dalam saiz gergasi.
Mulut masing-masing mula terbuka luas. Altair gergasi mula menolak kapal untuk bergerak.
Semua bersorak riang.
Akhirnya kapal mereka kembali berlayar....
...dengan bantuan Altair.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.