Hi. Hari ini author nak bercerita mengenai siapa 7 raja yang bernaung di bawah Elvey. 7 Tangan Gelap. Mereka ini mempunyai matlamat yang sama, cita-cita yang sama iaitu mereka percaya dunia sudah rosak dan perlu diulangi semula. Dengan cara? Musnahkan segala hidupan.Setakat ini yang memunculkan diri atau menunjukkan keterlibatan mereka ialah hanya beberapa orangnya saja iaitu Agnes, Sang Mata, Melodi. Dan seorang makhluk berkerudung yang bertubuh besar.
Tapi tak bermakna yang lain tak lakukan apa-apa. Masing-masing mempunyai pengaruh besar terhadap dunia tempat mereka berpijak. Pantas lah mereka digelar raja.
Tujuh Raja ini pada mulanya tidak bergerak seiringan. Masing-masing bergerak solo.
Walauapapun, mereka mempunyai kepercayaan yang sama. Masing-masing percaya akan kewujudan Elvey dan obses dengannya.
Sang Mata lah yang berjaya membentuk kumpulan 7 raja ini. Dan berazam membebaskan Elvey daripada kurungan. Bertahun-tahun lamanya mencari lokasi penjara Elvey, akhirnya dia berjaya menemukan pulau dikenali Alamria.
Dengan rancangan terperinci dengan kerjasama dari Agnes dan Melodi. Mereka berjaya membebaskan Master mereka.
Kalau nak tahu pertama kali Sang Mata muncul dalam cerita Alamria ialah di volume 1.
Ketika selepas serangan Maras dan kekalahan Merah dengan Ruby. Merah terdengar suara aneh membisik kepadanya. Yang mengatakan dia nampak semuanya.
Sang Mata sudah lama mengenali Merah. Semenjak peristiwa Bloodmoon Demon yang dibebaskannya tidak lama dahulu. Setelah Merah berjaya menewaskan raksasa tersebut, Sang Mata terus berusaha menjejak dan mengekori Merah semenjak itu.
Cumanya Merah saja yang tidak mengetahui siapa sebenarnya Sang Mata ini.
Charles Peace atau Agnes pula ialah nenek tua pengamal sihir gelap yang sentiasa bertukar -tukar tubuhnya daripada dekad ke dekad. Dan tidak mati lagi selepas itu.
Kejayaannya yang terbesar adalah berjaya membebaskan Elvey dan memperdayakan Lica.
Melodi pula, bersama Agnes menjadi undercover dalam rancangan mencetuskan huru hara di Alamria. Dia lah yang menyakinkan Lica untuk memberontak, semuanya untuk memudahkan mereka mengeluarkan Elvey. Bukan itu saja, Melodi juga telah bertahun-tahun lamanya menyamar menjadi sekutu fairy.
Kuasanya sangat menakutkan, berdaya menukarkan musuhnya menjadi bonekanya malah setiap personaliti mempunyai minda mereka sendiri, dan mampu menggunakan magik mereka masing-masing.
Dan untuk pengetahuan nama salah seorang 7 Tangan Gelap yang lain ada disebut, cumanya dia masih belum muncul dan akan menjadi watak penting dalam volume akan datang.
Sekian sedikit sebanyak mengenai tujuh Raja dibawah Elvey.
Ada nak tanya ? Huhu
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.