"Fuh ahahahahahahhaha" terburai tawa Melodi mendengar kata-kata sang calon Arcana. Satu kata-kata yang berjaya menggeletek hatinya. Roda Arcana, adalah cerita lucu yang pernah diceritakan kepadanya satu ketika dulu. Senjata yang dikatakan mampu menewaskan Elvey. Namun Roda Arcana telah tiada. Sampai ke hari ini, tiada lagi perkara seumpama itu. Segalanya sudah jadi mitos kosong. Arcana yang berjaya mengurung Elvey juga sudah tiada. "Siapa yang tabalkan kalian jadi Roda Arcana? Atau hanya self proclaim?"
"Kau boleh ketawakan hari ini. Kami akan buktikan kami benar-benar salah satu Roda Arcana!" kata Asrar. Tubuhnya bersama perisai hitam itu hasil daripada kekuasaan yang diberikan oleh anak buahnya. Mereka membekalkan segala ilmu magikal dan bertarung kepadanya sama seperti ketika dia bertarung dengan Akid. Kali ini jauh lebih kuat kerana dia diperkukuhkan dengan ilmu para fairy yang ikut bergabung bersama mereka. "Lihat Akid, aku jauh berbeza daripada kelmarin. Aku tak akan kalah dengan kau."
"Aku tak nak berlawan dengan kau." jawab Akid.
"Kau diam lah. Kau ingat kau memiliki kuasa dewain kau hebat!?"
"Kau ni."
"Jangan tak peduli kan aku!!!" tangan yang diperbuat daripada tubuh para fairy itu mula memanjang dan cuba menghentam dua lelaki daripada Alamria. Mereka berdua mengelak dengan cepat. Pukulan itu menjadi kan tanah pecah berkeping-keping. Debu-debu naik memuncak ke langit.
Asrar menghasilkan tombak dan pedang lalu di lempar satu ke arah Akid. Akid menyambut seraya terus melibas ke arah tangan tadi sehingga terputus dua. Percikan darah emas terpancur keluar ibarat paip pecah. Melodi melepaskan diri daripada perisai tubuh para fairy yang menyelubunginya lalu terbang laju untuk menjerut leher milik Akid.
Belum sempat tangannya menyentuh Akid, dia terlebih dahulu di rodok daripada hadapan dengan tombak Asrar tembus ke jantungnya lalu di bawa seret ke tanah sejauh semeter. Tubuh itu berkecai menjadi puing-puing emas. Asrar berdecih perlahan.
Satu lembar api besar menyala menghampiri ke arah lelaki bunian tersebut. Asrar menggigit bibir. Tahu bahawa jika terkena dia bakal malang.
Tiba-tiba deras angin kuat berada di hadapannya. Akid muncul melindungi dirinya daripada dibakar oleh api marak yang datang.
"ARGHHHH!" Akid mengerang kesakitan. Api itu terus menjilat-jilat tubuhnya.
"Akid kau gila ke?"
Terus Akid menyedut sisa api yang berada di tubuhnya sehingga semuanya terpadam. Nafasnya mengeluarkan asap umpama cerombong asap.
"Sakit laaa!"
"Kau buat apa?" tanya Asrar.
"Selamatkan kau la gila. Aku tak boleh mati. Kau sebaliknya."
Asrar menutup mulut dengan tapak tangan. Dia mengekeh ketawa. "Sejak bila kau kisah pasal aku. So sweet la abang ni."
"Diam la kau! Kambing!"
"Apahal aku kambing?"
"Ada tanduk dan ekor!"
"Abih kau apa? Tengkorak hidup!?"
"Celaka kau!" Akid mengumpul seluruh asap menjadi sarung tangannya.
Melodi mendapat tubuh yang baru, daripada wajah fairy tentera bertukar menjadi wajahnya. Ada satu sahaja tidak berubah pada wajahnya. Ia adalah reaksi mukanya. Daripada jauh dia rasa jengkel dengan pergaduhan dua lelaki di hadapannya. Dilihat mereka bergomoih sehingga kawasan dataran berpecah-pecah, batuan besar saling dilempar ke arah sesama mereka.
"Berani kau orang tidak pedulikan aku!!" dia terbang laju sedia mengacung pedang cahaya miliknya ke arah dua orang yang saling bertengkar seperti anjing dan kucing.
Apabila Melodi mengangkat tangannya bersama pedangnya. Bersedia untuk membelah dua musuhnya. "Aku ini raja! Salah satu raja di bawah naungan Master Elvey yang hebat!! Kau tidak hormati raja seperti aku!!?"
"!!???" Pergerakan Melodi terhenti.
"KAU DIAM LAHHHH!" kata mereka serentak seraya menumbuk.
Akid dan Asrar bersama-sama menumbuk ke arahnya dengan tumbukan yang sangat padu lebih padu daripada kekuatan letusan gunung berapi.
Tumbukan itu membuat tanah menjadi ombak, menempelatingkan Melodi bersama-sama boneka-boneka mayat di sekitarnya, melambungkan batuan besar ke udara, malah membina satu lekukan yang sangat besar. Angin berderu kuat umpama taufan melanda, bumi retak seribu. Begitulah kekuatan mereka jika digabungkan bersama.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.