Bab 10-2

1.1K 124 16
                                    

Second Jumping Simulation

Akid kini kembali ke simulasi. Kali ini dia bersama dengan seekor naga biru yang besar. Calon Chaos yang bernama Birussar. Dan seorang wanita buta, calon Order bernama Fatena. Simulasi kini menghantar mereka sebuah bandar sunyi, bangunannya kosong, suram, dan usang. Birussar terbang daripada atas untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas. Fatena dan Akid pula berjalan di celah-celah bangunan. 

Akid melihat Fatena. Wanita ini mengenakan kain menutupi matanya. Kagum dengannya kerana mampu bergerak seperti manusia yang normal. Di belakang tubuhnya terdapat senjata buatan gargantua. Mungkin senapang namun daripada bentuk ia kelihatan ekslusif dan canggih. 

"Kau orang Gargantua?" tanya Akid.

"Tak." jawab Fatena sepatah.

"Senjata kau guna tu, seperti senjata Gargantua."

"Ini ialah Hellbuster. Sebuah riffle. Ia bukan senjata Gargantua." jawabnya

Mulut Akid terbuka sedikit. Dia menggaguk kepalanya. "Macam mana kau boleh bergerak dengan tutup mata ya?"

"Kita tak perlu sepasang mata untuk melihat. Aku mampu melihat lebih baik daripada orang yang mempunyai mata. Dunia ini merembeskan  satu gelombang untuk memudahkan aku melihat. Gelombang itu telah mencetak dalam kepala aku bentuk-bentuk muka bumi, tubuh manusia, segalanya. Di simulasi ini, gelombang itu jauh lebih kuat dan aku mampu melihat dengan lebih jelas. Aku juga tahu kau bukan manusia. Kau adalah satu kaum yang lain. Terdapat tenaga yang sedih di sekitar kau."

"Kau ni pelik la." kata Akid setelah tak ada apa lagi yang mampu dia ucap untuk memanjangkan perbualan. Tiba-tiba Fatena melutut sebelah kaki, rifflenya diacu ke depan. Fatena membetulkan posisi menembak. Birussar mengaum. 

"Dia datang!" Birussar memberi amaran.

Akid lihat, di hujung sana. Satu persatu bangunan meruntuh. Debu-debu mencanak naik ke udara. Fatena menarik picu. Kilasan demi kilasan cahaya keluar daripada corong senjatanya. Bahunya terjungkit ke belakang setiap kali picu ditarik. Dentuman seperti meriam kedengaran.

"Ceh.!" Fatenah berhenti menembak. Dia melompat ke belakang. Akid tidak tahu apa yang perlu dilakukan. " Akid kau tahan dia disini. Aku cari tempat untuk menembak. Birussar terus menembak daripada udara!" Arah Fatena.

"Roger!" Birussar menarik nafas. Satu ketulan cahaya memenuhi rongga mulutnya. Dia terus memuntah kan keluar kuasanya ke arah bumi.

Zing!

Satu lembaga keluar daripada celahan api yang marak di tanah, terus menuju ke arah Akid. Cepat-cepat asap hitam melindungi lelaki itu daripada diserang. Lembaga itu mula berputar cuba menyerang Akid daripada belakang pula. Namun asap hitam bertindak lebih pantas. Serangan lembaga itu tertahan. 

Akid mengumpulkan tenaga gelapnya ke buku limanya. Cuba menumbuk. Namun pergerakan dia terhenti apabila dia melihat seorang wanita berwajah cantik.

Zung!

Tembakan meledak berdekatan dengan kaki Akid. Serangan Fatena daripada jauh tersasar. Akid dan wanita itu melompat jauh ke belakang.

[Akid jangan termenung!]

Suara Fatena kedengaran di dalam kepala Akid. Macam mana dia lakukan?

[Dengar sini. Dia adalah salah seorang Arcana. Nama dia adalah Aylein. Dia merupakan roda Order.] 

kata Fatena lagi.

Secara tiba-tiba tanah tempat Akid berpijak menjadi lembik. Kakinya mula tenggelam. Tanah telah menjadi pasir jerlus yang berputar menyedut bangunan sekitarnya masuk ke dalamnya. Akid mengeluarkan asap gelap berbentuk tangan lalu terbang mencapai Birussar di langit. Dia berjaya meloloskan diri. Dia terus berdiri di atas pundak naga itu.

"Oi oi apa ni berpaut dekat aku!" marah Birussar. "Aku pantang orang sentuh kulit aku!"

"Maaf. Aku tak nak mati awal lagi. Fatena kau okey? kau di mana?" tanya Akid. 

Tiada balasan diberikan.

"Hei Fatena!" Akid mula gusar.

[Aku okey. Aku cuba bertukar tempat tadi.]

"Sekarang bagaimana kita nak kalah kan dia?" tanya Akid.

"Aku tak tahu." kata Birussar.

"Aku tak cakap dengan kau." marah Akid.

[Kita kena paksa dia berlawan di udara.]

"Macam mana?"

Dum!

Daripada jauh terdengar bunyi tembakan, beberapa bola cahaya berwarna ungu naik ke langit seperti cahaya suar. Terbang ke arah lokasi Aylein berada. Ia menjunam jatuh. Meledak lah seluruh tempat seperti di landa bom.

"Scary." Akid bermonolog.




Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now