Bab 18.2

902 104 9
                                    

"Hei. Akid, lain-lain. Aku dah fikir masak-masak dalam hal ini. Memandangkan aku boleh mengawal Argo Navis ini, maka biarlah aku saja yang bertempur dengan Raja Gelap yang ini. Korang, pergi ke tengah altar tersebut untuk keluar daripada simulasi ini. Biar kali ini. Aku jadi hero." kata Asrar dengan sayu.

"Kita akan lawan sama" ujar Melati.

"Jangan jadi bodoh. Hanya aku saja berkebolehan lawan dengan dia."

Akid dan yang lain terdiam.

Lily Valetine tersengih. "Seseorang mahu menjadi heroic. Sedangkan kau patut sedar Asrar. Kau tidak dilahirkan dengan magik, kau tidak istimewa. Kau tidak mempunyai apa-apa sejak lahir. Aku tahu sejarah hidup kau daripada awal aku melihat kau. Kau membunuh ayah sendiri dan mengaku diri sebagai arcana. Kau makhluk tidak terpilih Asrar. Cubalah apapun. Usahalah bagaimanapun. Kau makhluk yang tidak termasuk dalam takdir dunia."

"Kau jangan cakap macam kau kenal Asrar tu siapa" Akid mula membentak marah. "Ya, dia tu kadang-kadang merimaskan dan kelihatan seperti pentingkan diri. Tapi dia ada ketika kami dalam susah. Dia tu jauh lebih istimewa dari kau!" marahnya.

Lily Valentine terus ketawa. "Kau juga budak. Kau lahir tanpa magik! Sekarang kau rasa hebat setelah ubah diri kepada haiwan! Kamu berdua ini berusaha begitu keras untuk rasa istimewa."

"Heh." Asrar tersenyum, "Katalah apapun" Asrar mula mengangkat tangannya, terus dia menghayun laju memunculkam tetingkap magik.

"Argo Hacking Mode!! Launch!!"

Dia menaip laju ke atas tetingkap tersebut.  Tubuhnya mula bercahaya berkelip-kelip.

Lily Valentine, menendang Akid ke tepi yang leka dengan kelebihan baru Asrar. Dia kemudian melompat setinggi mungkin menuju ke arah lelaki bunian itu, belum  sempat dia menjejak tanah, satu panahan cahaya daripada langit menghentam tubuhnya lalu membuatkan dia terpesorok masuk ke bumi bersama panahan cahaya itu. Lantai mula meruntuh. Panahan-panahan cahaya besar itu terus menghentam tanpa henti.

Masing-masing para calon Arcama mula tergamam.

"Pergi!!!" arah Asrar.

Semua mereka mula berlari menuju ke tengah Altar. Birussar juga turut mengepak terbang.

Lily Valentine mengaum kuat.  Dia bangkit daripada lubang kawah yang terbentuk di hadapan Asrar
Tubuhnya bertukar rupa. Badannya merah seperti hati. Sekeras berlian. juga mempunyai kepak yang besar.

Badannya kemudian membesar setinggi langit.  Seperti sang raksasa. Matanya memancar cahaya.

"Asrarr!!!!!" ngaumannya begitu kuat sehingga angin-angin kuat mencampakkan debu-debu dan bantuan berterbangan ke langit.

Pertarungan Asrar dan Lily Valentine kini bermula.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now