Bab 34.3

1.7K 154 14
                                    

"Aku tak pernah sangka dalam seumur hidup aku seseorang yang aku tatang bagai minyak yang penuh akhirnya mengkhianati aku. Aku lindung dia, aku jaga dia ibarat anak sendiri. Ini kah balasan yang aku dapat?" Sorbet terus meluncur terbang bersama pasukan fairy miliknya. 

"Puan usahlah menyalahkan diri sendiri. Kita tidak boleh melihat masa depan." pujuk Souffle.

"Iya, namun Surgania hancur gara-gara keputusan yang diambil aku dulu."

Souffle hanya mendiamkan diri. Tidak lagi mampu membalas apa-apa.

<><><><><>

Beberapa fairy berkumpul di tepian tebing Surgania. Sedang kecoh akan sesuatu. Sorbet yang kebetulan sedang bertugas di kawasan terbabit mula terbang menghampiri keramaian. Melihat kehadiran ketua pasukan pengawal fairy, mereka mula membuka ruang. Membiarkan Sorbet melalui di celah-celah keramaian. Mata Sorbet tertumpu pada satu susuk tubuh kecil sedang terbaring tidak sedar diri. Rupanya tidak seperti mereka di Surgania. budak ini mempunyai ekor dan telinga di atas kepalanya. Mirip dengan kucing.

"Bagaimana anak ini ada disini?" tanya Sorbet, dia merendahkan dirinya, lalu tubuh itu di letakkan di atas bahunya. 

"Kami tak pasti. Kami pun hairan. Budak tu...dia tak nampak macam dari sini." kata salah seorang daripada ramai-ramai itu.

"Kalau benar, Lemparkan dia semula. Orang luar tidak pantas berada disini. Mana tahu dia musuh daripada negara-negara luar."

Sorbet hanya mengeluh perlahan. "Budak sekecil ini musuh? Apalah budak ini mampu lakukan pada tanah Surgania yang suci ini? Lagipun aku tidak mengesan bahaya daripadanya."

"Kalau puan membawanya bukankah sudah melanggar peraturan yang dipegang kita sejak sekian lama?" soal mereka. Mereka tidak bersetuju tindakan ketua pengawal itu melindungi anak kecil yang dijumpai mereka. Bagi mereka makhluk yang baru dijumpai mereka ini adalah orang asing yang tidak wajar berada di Surgania. Sudah mereka maklum bahawa Surgania ini dilindungi. Tiada orang luar boleh masuk ke sini sewenangnya.

"Habis kalian mahu aku buat apa? Bunuh? Fairy tidak membunuh kaumnya sendiri."

"Kaum sendiri?" mereka semua terkejut.

"Benar. Budak ini adalah kaum fenix dari tanah jauh." Sorbet membunuh persoalan di dalam kepala masing-masing.

"Kaum fenix? Kaum yang dah melupakan asal usul mereka demi untuk tinggal di dataran kotor bernama Alamria?"

"Dataran kotor yang kalian hamburkan itu adalah tanah yang dilindungi kita sejak berabad lamanya. Dan kaum fenix ini, adalah penjaga kepada tanah itu.

Semenjak daripada itu, Sorbet telah menjaga Melodi tak ubah seperti anak kandungnya sendiri. 

Walaupun Melodi dibesarkan di dalam kawasan istana. Namun dia gemar bermain di luar. Nasibnya diluar tidak lah seperti di istana, sentiasa mendapat layanan khas gara-gara ibunya seorang Elders Fairy. Di luar dia telah dibuli dan dihina. 

Dia dikeji kerana dia tidak mampu menumbuhkan sayap. Tidak sama dengan fairy-fairy di Surgania. Anak-anak fairy tidak menyukainya. Malah mereka akan membaling lumpur dan batu kepada Melodi setiap kali si fenix ini cuba mendekati mereka.

Setiap hari, fenix ini akan pulang dengan luka penuh di badan. Bila ditanya, alasannya dia bermain dengan kasar sehingga tubuhnya luka-luka. Dan setiap hari jugalah dia akan menangis secara sembunyi kerana benci akan dirinya sebagai seekor fenix. Dia berdoa supaya suatu hari nanti dia juga boleh menumbuhkan sayapnya sendiri dan terbang seperti orang lain. 

Namun suatu hari, bila dia mendapat tahu daripada pembacaan di ruang perpustakaan istana bahawa fenix tidak akan pernah mempunyai sayap. Maka hatinya bertambah hiba. 

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now