40 minit sebelum kemusnahan Surgania
Pasukan yang dipimpin oleh Adik beradik Stomp mengambil laluan ke utara bandar besar Surgania. Bandar ini binaannya sememangnya sangat cantik dan pembuatan setiap bangunan tidak sama seperti mereka lihat di Alamria. Dinding-dindingnya kelihatan bersinar dan tampak bersih. Namun begitu ada satu sisi, dindingnya telah tercemar dengan lambakan mayat-mayat fairy dan beberapa struktur bangunan disitu juga telah terpotong licin. Mayat-mayat fairy perlahan-lahan mula menjadi hablur cahaya. Prosesnya mengambil masa. Tidak semua berpecah menjadi hablur cahaya dengan cepat.
Menara yang mereka tujui ini telah di jaga oleh Elders Fairy bernama Asagi. Makhluk ini bersenjatakan sabit berkepala merah yang besar. Tubuhnya sendiri amat besar, setinggi 3 tingkat. Membuatkan para tentera Alamria berasa gerun melihatnya. Ia di kelilingi oleh fairy-fairy boneka kepunyaan Melodi. Setiap nafas Asagi mengeluarkan haba asap. Terdengar nafasnya seperti nafas haiwan buas.
"Jadi inilah dia Elders Fairy yang boleh memotong apa saja tuh?" tanya Alexander. "Tak kacak, dan bergaya macam aku." dia menyelitkan rambut perangnya ke belakang telinga.
Bunga, Asrar tiba agak lewat.
"Wooo kepala hotak la nak lawan dia." ucap Asrar terkedu melihat makhluk menakutkan itu.
"Pengecut." sindir Bunga.
"Err, Bunga, betul ke kita nak lawan benda tu?" Mutiara rakan lama Bunga dan Akid sewaktu di Akademi dulu juga ada bersama.
"Aku tak sabar!" Kiko si rambut afro, menumbuk-numbuk tangannya.
"Hati-hati, yang kita lawan ni bukan makhluk biasa-biasa." Jimi Chong memberi amaran.
Jonathan berdiri di hadapan mereka semua. "Kau orang settlekan makhluk-makhluk sekitar dia je. Yang boss dia tu, biar kami handle."
"Baik!" sahut yang lain. Bunga memberi arahan pada yang lain supaya bersedia. Pasukan tentera windwalker menjadi barisan terhadapan sekali. Mereka ingin membuka ruang secara cepat. Yang lain mengambil tempat di bangunan-bangunan. Melancarkan serangan magik dari atas bangunan ketika fairy musuh menyerang.
Pasukan giant yang ada sekali ditugaskan untuk membaling batu-batuan besar daripada arah jauh.
Asrar pula berlari ke satu sudut yang lain. Menyorok di balik bangunan. "Gila lah, semua orang dah gila."
"Tuan Asrar!" panggil satu suara.
Asrar sedikit terkejut dengan kehadiran seseorang yang cukup dikenalinya.
"Mentarus, apa kau buat kat sini?" tanya Asrar pada seorang lelaki berwajah serabai berada di hadapannya.
"Menyertai perang la, apa lagi."
"Tapi kau punya magik tu, bukan combat pun. Balik la. Nanti kau mati katak." ucap Asrar.
"Tuan pun, tak ada magik tapi ada kat sini."
"Kau perli aku ke apa ni?"
Mentarus ketawa.
"Aku bukan nak ada kat sini pun, aku terpaksa. Aku kan Arcana. Aku watak penting." Asrar memberi alasannya.
"Tapi kalau tuan mati kat sini, rasanya tak penting lagi."
"Kepala kau la nak doakan aku mati."
"Sebab tu aku datang jumpa tuan. Aku bawakan kumpulan kita sekali."
Kesemua pasukan division 00 menunjukkan diri mereka di hadapan Asrar. Asrar tersenyum lebar. Lebar selebarnya.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.