Bab 3 part 3

604 49 27
                                    

Sang Raja kejahatan duduk di singgah sananya. Wajahnya tenang melihat beberapa anak buahnya yang sedang bersujud padanya. Lechery si demon, Gula si anak kematian, Agnes Waterhouse, wanita sihir daripada Alamria datang membawa laporan mereka.

"Kalian bangunlah." pinta Elvey.

Lantas ketika mereka mula mengangkat kepala. 

"Master maafkan kami kerana gagal mendapatkan Magnolia." ujar Lechery, membuka kata. "Kami telah menyelongkar seluruh pelosok kota, namun apa yang kami jumpa hanya patung mainan milik Seri Sang Nilam."

Elvey senyum mengangguk. "Tidak mengapalah, pastinya Seri Sang Nilam sudah jangkakan kita akan menyerangnya, jadi dia sudah ambil langkah untuk menyorokkan MAgnolia. Oh  bnDi mana Dororo dan yang lain?"

Lechery mendengus.

"Kenapa Lechery,  ada sesuatu yang kamu simpan dalam hati?" tanya Elvey.

"Master sungguh baik budi, saya berasa rendah diri kerana menunjukkan wajah kurang senang. Namun saya ingin katakan saya tidak percaya pada Dororo."

"Lanjutkan.."

"Kekuatannya kalau dibiarkan dia bakal jadi ancaman kepada kita. Bahkan dia menunjukkan rasa simpati pada musuh. Ini memang tak patut berlaku pada Seorang Raja Gelap!" Lechery melepaskan perasaannya.

"Kamu terancam dengannya Lechery?" tanya Elvey.

Agnes Waterhouse menyeringai, "Pastilah, kedudukan dia no.1 bakal tergugat. Tak begitu"

"Kamu diam Agnes!" Lechery memarahi wanita berkulit putih di sebelahnya. "Daripada dulu lagi aku berusaha untuk mendapatkan satu pasukan Raja Gelap paling ampuh sekali dan tiada tandingan. Aku sangka dengan kemasukan Dororo, ia bakal jadi satu pasukan yang sempurna. Namun aku silap! Dia ada agendanya sendiri."

"Lechery, aku mempercayai mu lebih daripada orang-orang yang kamu rekruit yang lain." Elvey bangun daripada tempat duduknya. Dia menuruni singgah sananya dan menapak ke depan " Tetapi kenapa aku mempercayai kamu Lechery? Sedangkan kita bermula sebagai musuh.  Kita pernah saling bertikam. Bersilang pedang. Demon dan Fairy. Peperangan yang berterusan lama sekali. Namun saat kamu kata ingin menjadi orang kanan ku, aku menerima mu tanpa ragu. Ketika itu kalau aku ragu, pasti kita tidak akan sampai ke saat ini. "

Elvey sudah berdiri di hadapan Lechery. "Kau mempercayai takdir Lechery?" Lechery mendongak kepalanya.

"Saya percaya Master" jawab si lelaki bertanduk itu.

Elvey tersenyum. "Jika begitu, tak ada yang perlu kamu khuatir dengan Dororo. Jika suatu hari nanti kita akan bermusuh dengannya, kita lawan sahaja dia. Kamu usah khuatir, kalau aku begitu lemah sehingga aku tumpas kepada orang seperti Dororo, maka aku tak layak untuk  mengubah dunia ini seperti yang aku mahu. Fokus sahaja pada matlamat kita, kelak tidak akan ada pangkat, kuasa atau apa-apa melainkan sebuah padang kosong tanpa ada satu makhluk bernyawa di atas muka bumi ini. Dan kemudian, kita semua bakal dilahirkan semula. Sama seperti dulu kala. Kau dengan orang kau, aku dengan Ratu ku."

Lechery mengangguk kepalanya. "Maafkan saya kerana terbuai dengan perasaan."

"Aku bersyukur kerana ada kamu disisi ku Lechery. Tiada satu makhluk yang boleh menggantikan kau." ujar Elvey.


Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now