Asrar tersenyum seorang diri, di tegur oleh Melati yang memerhatinya daripada tadi.
"Kau kenapa? Senyum je."
Asrar geleng kepalanya. "Kau tahu, aku ni tak ada magik, tapi dicampak ke dalam simulasi yang hanya bergantung pada kekuatan magik. Kan dengar macam tak adil untuk aku. Aku sepatutnya boleh buat lebih daripada ini dalam dunia sebenar. AKu ni licik!"
Mata Melati hampir tertutup mendengarnya. "KAu ni tengah merendah diri ke tengah banggakan diri?"
"Kau pun tak rasa macam tu ke? Daripada hari pertama aku tengok kau bukan ada kelebihan apa-apa."
"Kau yakin ke?" tanya Melati.
"JAdi apa yang kau boleh buat? Kau asyik ikut punggung si kucing pendek tu. Tapi sebenarnya kau sama je macam aku. Tak ada apa-apapun. Mungkin lebih teruk daripada aku."
"Kau ni cuba perli aku ke apa ni? EE orang tua ni. Kalau aku tak ada apa-apa aku mungkin tak nak la masuk ambil ujian Arcana ni. Kau pun kan? Tapi atleast aku tahu guna magik. Kau tak hahahaha."
Kidz yang sedang bersandar di sebuah batu hanya ketawa. "Dua calon arcana yang tak berguna dan lemah sedang merendahkan sesama sendiri."
MElati dan Asrar sama-sama menjeling ke arah Kidz.
"Aku tak tahu macam mana korang boleh gelarkan diri sebagai calon Arcana dan boleh terlibat sekali. Aku pernah tengok makhluk yang lebih hebat dan dasyat kuasanya. Tapi mereka semua bukan salah seorang calon. Mungkin pengiring fairy korang tersalah pilih ni." sindir Kidz.
"Ah kau semalam pun kau mati jugak" Melati perli.
"Itu sebab aku terkejut. LAgipun aku belum tunjuk power aku." Kidz beri alasan.
"Hahaha. Aku pun tak tunjuk power aku lagi!" Asrar mula mengembangkan dadanya. "Aku ni lagi hebat daripada semua calon Arcana dekat sini."
"Jangan nak menipu. Aku boleh lihat dalaman seseorang. Kau tak mampu guna magik pun. Sangat menyedih kan. Dan kau pula perempuan, aku tak dapat rasakan aura yang kuat daripada kau. Tak macam member korang dari Alamria tu. Siapa namanya..hm Akid? Dia sangat kuat. Korang ni ibarat kan udang di lautan luas. Sini bukan Alamria. Ni dataran besar di mana ramai ikan-ikan besar. Putus asa saja daripada berniat untuk menjadi Arcana. Sini bukan taman permainan lagi."
Melati menjuih bibir. Ada betulnya kata-kata Kidz.
"Kalau kau boleh tewaskan mamat koboi tu. Baru aku akui kekuatan kau." kata Melati.
"Aku tak berniat nak lawan." jawab Kidz, kemudian tangan di letakkan di perutnya. Matanya dipejamkan. "Berlawan sejak dulu bukan cara aku menyelesaikan semuanya."
"Habis kenapa kau join simulasi ni??" tanya Melati.
"Aku adalah magik enthusias. Aku suka tengok magic-magic yang hebat. Orang yang tak ada magik yang hebat, tak akan menarik perhatian aku." Kidz buat bunyi seakan merengek. "Kenapa aku berada satu kumpulan dengan korang. Malang betul hari ni."
"Aku ada magik hebat lah!" kata Asrar.
"Aku pon!" Melati menambah.
"Baik korang duduk kat sini, biar yang lain buat kerja. Setakat ni dua orang sudah tunjuk belang." kata Kidz sambil menutup mata.
"Macam mana kau tahu?" tanya Melati.
"Klon aku beritahu la."
"Kau boleh buat klon?" tanya Asrar.
"Well yeah, aku pelajari banyak magik yang fancy untuk memikat perempuan. Gelaran aku Fancy Magician. Boleh cairkan banyak gadis."
"Eeew." Melati buat muka.
"Biar aku bisikkan satu rahsia. Nama aku sebenar bukan Kidz." kata Kidz sambil mengenyit matanya. Kemudian dia sambung pejam matanya.
"Siapa peduli!"
"Hei korang." panggil Asrar. Melati melihat ke arah Asrar. Kidz membuka matanya sebelah. "Sejak bila dia ni ada kat sini." jari telunjuk mengarah ke arah seorang lelaki bertopi koboi.
"Rajin bersembang?" tanya lelaki bertopi koboi itu.
"Ahh.." Kidz cepat-cepat bangun. "Korang cepat settlekan dia!" mukanya pucat.
"Kau apahal dah pucat semacam!?" Melati marah. "Kau kan sembang kuat tadi, kau la serang!"
"Ah korang tunjuk la kuasa korang dulu! Korang yang sembang kencang!! Cepat sebelum dia menyerang!" Kidz berunduru setapak demi setapak.
"Aku terlalu kuat untuk tunjuk kuasa aku." kata Asrar.
"Apahal!?" Melati semakin ketakutan.
Si koboi mengeluh. Dia menepuk dan mencengkam tangan. Terus diri mereka bertiga dibungkus oleh kain. Si koboi melepaskan tangannya, ketiga-tiga mereka terus lenyap.
Tamatlah kisah group paling tidak kuat di dalam simulasi Argo Navis.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.