19

942 95 4
                                    


ONA CODA : DETECTION EYES!

Sesuatu bercahaya mula berputar di dalam biji mata Asrar. Ia berkilau, terang seperti gemilau bintang di angkasa.  Ia membolehkan Asrar membaca kelemahan musuhnya. Ketika ini ruang simulasi ini dia memiliki kekuatan yang penuh. Dia memiliki magik Supervision. Magik yang membolehkan dia mengubah suai segala jenis magik di dalam tangannya.

ONA CODA : REPLICATE WEAPON,

Muncul di tangan kanannya sebuah kapak yang berwarna kebiruan. Asrar mula menapak ke hadapan, tapak demi tapak dia bergerak sehingga pergerakannya seolah terapung di udara.  Dia menjadi laju seperti deruan angin deras, terus dia menghayun. 

ONA CODA : CANCELATION ATTRIBUTE!! 

Tangan kirinya menghala ke Lily Valentine yang telah menjadi raksasa merah itu. Tangan kanannya pula terus menghayun keras ke tubuh musuhnya.  Lily Valentine secara refleks, cuba menahan dengan lengannya. Pertembungan besi dan daging sekeras berlian itu terjadi. Dentingan seperti loceng gergasi membingitkan telinga. Ledakan kuat berserta angin kencang turut terjadi. 

Tanah-tanah mula hancur dan berselerakan.  Mereka tidak berhenti di situ. Lily Valentine mengangkat jari telunjuknya menyucuk langit. 

"BLACK LIGHTNING!"

Tak semena-mena pancaran kilat hitam menjunam daripada langit terus menghentam tubuh Asrar. Dataran mula meretak seribu, batuan tercampak sana sini. Debu-debu mula menaik ke udara. Asrar melindungi dirinya dengan magik pelindung. Matanya terus bersinar-sinar.

ONA CODA : BEASTIAL MODE

Tubuh Asrar mula bertukar rupa. Kulitnya mula bersisik hitam berkilat. Punggungnya mula menumbuh ekor. Separuh kepalanya seperti di sarung dengan kepala buaya.

Dia kemudian menekan tapak kakinya membenami tanah lalu melonjak diri setinggi-tinggi mungkin. Lalu dia berputar laju seperti gasing dan terbang ke arah Lily Valentine. Tubuhnya terus melanggar dan membuatkan Raja Gelap itu tercampak lalu menghentam tangga di belakangnya. 

Valentine kehairanan kerana serangan Asrar tidak berbalik kepada Asrar sebaliknya dia pula merasai kesakitan. Dia merapatkan kedua tapak tangannya. Lalu muncul bebola hitam di hujung tanduknya. Dia melepaskan tembakan laser sebesar dua pemeluk ke arah Asrar. 

ONA CODA : MAGIC MANIPULATION!

Serangan laser hitam terbelah dua, melepasi Asrar lalu meledakkan letupan sebesar gunung di belakang Asrar. 

ONA CODA : TELEPORTATION.

Asrar muncul di hadapan Valentine.  Valentine tanpa lengah terus mencakar makhluk bunian tersebut. Serangannya tidak langsung memberi kesan pada Asrar.

"Mana mungkin..kau. Apa kau dah buat?" Mulutnya terbuka luas. Asrar memutar-mutar kapaknya lalu terus melibas bertubi-tubi ke arah Lily Valentine. Seiring dengan itu, percikan-percikan api muncul di serata tubuh Asrar. Kesan magik Lily Valentine yang membolehkan dia memantul serangan musuh. 

Namun begitu serangan itu juga memberi kesan pada Lily Valentine sendiri. Dia berteriak kesakitan. Setiap kali tubuh Lily Valentine hampir menjejak tanah, Asrar menarik kembali mendekatinya lalu terus dia melibas raksasa itu tanpa simpati.

 Darahnya mula terpercik sana sini seperti simbahan cat. Para calon Arcana yang lain tergamam, mereka sedikit pun tidak bergerak daripada tadi. Asrar benar-benar berbeza kini.

Lily Valentine terus dibantai tanpa henti. Perlahan-lahan memori lamanya tersingkap. Memori bagaimana dia mencipta Empayar yang begitu besar, yang menguasai seluruh dataran.

<><><><>

"Lily! Lily!!"

Jeritan para penyokongnya ketika itu dia berusia belasan tahun.  Dia dianggap wira dan bakal mengubah nasib masyarakat sekitar mereka. Hidup mereka ketika itu susah. Negara mereka, Negara Tundra Merah telah dikuasai oleh orang-orang yang mempunyai magik, Negara Pesona Agitas.  Penguasaan Pesona Agitas ini telah menyaksikan orang-orang Tundra Merah banyak ditindas, dibunuh dan diperlakukan seperti haiwan.

Ibu Lily Valentine juga begitu. Mati dibunuh oleh tentera Pesona Agitas. Lily Valentine, satu-satu orang yang mempunyai kuasa. Bersumpah untuk menjatuhkan Pesona Agitas pada suatu hari nanti. Dendam kesumatnya mula ditanam semenjak kecil. Namun sudah pasti pada usia yang kecil itu, dia tidak begitu kuat dan merasa takut untuk berlawan seorang diri dengan tentera yang mempunyai kuasa magik. Jadi azam itu dia simpan dan menunggu peluang yang akan hadir kelak.

Sehinggalah dia bertemu satu makhluk lelaki bertanduk. Sang Iblis bernama Lechery.  Pertemuan mereka bukanlah harum seperti bunga pada awalnya. Mereka bertemu sebagai musuh. 

Ketika itu, dia bertemu si iblis itu di atas sebuah gunung. Ketika dia dan rakan mencari sebuah pokok herba, tidak sengaja mereka memasuki kawasan lelaki iblis itu. Kawasan yang busuk, berbau darah yang tidak menyenangkan. 

Rakannya secara automatis terputus kepala saat kaki menjejak tanah milik si iblis itu. Manakala Lily Valentine selamat kerana kuasa magisnya.

Lechery memunculkan diri sejurus selepas itu. Tubuhnya berparut besar mengeluarkan darah yang banyak. Dia sendiri tidak sangka serangannya berbalik kepada dirinya sendiri. Dia hampir-hampir mati kerana Lily Valentine.

"Kau punyai kuasa yang lumayan."

"Pulangkan balik teman aku!!!" Lily Valentine bersama kayu ditangannya cuba memukul iblis tersebut. Lechery meniup lembut, membuatkan Lily Valentine tersungkur sendiri. Gadis kecil itu menangis teresak-esak.

Lechery lantas bersila di atas sebuah bongkah batuan yang besar.

"Aku tahu niat kau. Dendam kau. Apakah kau mahu menyertai aku?" tanyanya membuat tawaran.




Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now