Sebulan selepas perkahwinan antara Delima Anggun bersama Sultan Alam Shah, gempar bahwa adiknya Jebat telah hilang daripada istana. Namun cerita ini tidak sampai ke telinga Jebat kerana ketika ini dia telah dihantar untuk menyertai satu tugasan rahsia oleh Sultan Alam Shah. Sultan Alam Shah cuba membangunkan kembali projek Dewain yang terlarang. Semuanya atas kerana hasutan oleh Dato Marewang.
Pada ketika itu Madam Tiara, Genesis (Gambit) dan Sang Falsafah Chalbakos, adalah antara ketua projek ini. Jebat hanya disuruh untuk melakukan tugas pengawalan biasa supaya rahsia ini tidak diketahui oleh orang luar. Malah betapa ketatnya eksperimen ini sehingga Jebat sendiri tidak diberitahu siapa-siapakah tikus makmal kepada projek ini. Apa yang diberitahu adalah mereka ini adalah orang-orang yang sanggup bekerjasama dalam menjayakannya.
Ironinya, salah seorang mangsa eksperimen adalah adiknya sendiri. Yang pada ketika itu sedang mengandung. Rahsia ini di diamkan daripada Jebat kerana takut jika diketahui olehnya, dia akan menderhaka dan amuk. Seperti yang dijangka projek ini telah gagal. Delima Anggun juga telah terbunuh dalam eksperimen yang terkutuk ini. Namun begitu pada akhirnya dia telah melahirkan seorang bayi. Bayi pasir yang luar biasa.
Bayi ini diserahkan pada Jebat, untuk dibesarkan. Kata mereka Jebat lebih berpotensi untuk menjaganya. Sedangkan itu sebenarnya ialah anak buahnya sendiri. PAda mulanya Jebat ingin menjaganya sehingga besar namun begitu, dia fikir keupayaan nya tidak cukup untuk membesarkan anak yang istimewa ini. Sebelum dia menyerahkan kembali pada Chalbakos untuk dibesarkan di perkampungan djin.
Anak itu mula membesar di perkampungan djin sehinggalah mencapai usia 5 tahun sebelum dikembalikan kepada keluarga angkat manusia. Ingatannya telah dilupuskan atas permintaan Jebat sendiri.
<><><><><><>
Mendengar kisah itu daripada mulut Jebat, Rentap terdiam sejeda.
"Jadi...maksudnya kau adalah bapa saudara aku? Dan Sultan Alam Shah adalah bapa aku?"
Jebat angguk kepalanya. Mengiyakan persoalan Rentap.
"Tapi..ada benda lain aku mahu cerita. Malam di mana aku dan Dato MArewang berjumpa secara berdua."
<><><><><><>
Saban tahun berlalu, Dato Marewang dan konco-konconya masih tidak berpuas hati kerana Sultan Alam Shah semakin tidak mempercayainya dan semakin berbaik-baik dengan Jebat. Dia nampak kedudukannya selaku Ketua Hulubalang bakal goyah.
Pada masa yang sama juga, rahsia yang dipegang selama bertahun-tahun telah dibocorkan oleh MAdam Tiara, Genesis dan Chalbakos. Jebat telah diberitahu oleh mereka bertiga dalam satu tempat yang sulit mengenai kematian adiknya dan eksperimen terkutuk ini. Dan ketika itu, Jebat menjadi amuk dan hampir membunuh mereka bertiga.
Dalam nyawa-nyawa ikan Genesis mengatakan semuanya bermula dengan Dato Marewang sendiri yang memperdayakan Sultan Alam Shah. Rancangannya ialah untuk mewujudkan senjata baru yang boleh menggantikan Jebat. Madam Tiara, Genesis dan Chalbakos asalnya adalah orang yang menentang idea ini. Namun begitu, disebabkan atas ugutan Sultan Alam Shah untuk menghapuskan segala kitab ilmu yang dikumpul sejak ribuan tahun oleh perpustakaan besar di Kota Oshin dan penghapusan kaum djin itu membuatkan mereka terpaksa bersetuju dengan idea gila ini.
Jebat akhirnya bertemu dengan Dato MArewang. Disebuah padang rumput, berdirinya hanya mereka berdua bersama senjata ditangan masing-masing. Bersedia untuk bertikam satu sama lain.
Dato MArewang ketawa besar memberitahu betapa dia sangat berpuas hati kerana adik kesayangan Jebat telah terbunuh dalam eksiden ini.
"Kenapa kau lakukan semua ini MArewang!?"
"Ramai orang fikir aku takutkan jawatan aku hilang. Namun itu bukan tujuan aku."
"Jadi sebab apa!?"
"Apa yang kau tahu tentang Alamria, Jebat?"
"Kenapa kau nak beralih cerita Marewang? Kau telah menyebabkan adik aku terbunuh!"
"Hehe. Bukan aku, aku cuma menyampai ilham. Yang melaksanakannya adalah Sultan Alam Shah! Benarlah kata Sang Mata, bahwa Sultan Alam Shah senang diperbodohkan."
"Siapa Sang Mata!?" Jebat menghalakan mata pedangnya kearah Dato Marewang.
"7 Tangan Gelap. 7 Raja bernaung di bawah master. Kau bukan lawan mereka, aku bukan lawan mereka. Suatu hari nanti apabila keluarnya master. Mereka akan melakukan kerja-kerja mereka."
"Apa yang kau sebutkan ini?"
Dato Marewang terus ketawa dan ketawa berdekah-dekah di bawah sinar bulan yang mengambang sebelum Jebat mengambil keputusan untuk memenggal kepalanya. Dan akhirnya Dato MArewang mati di padang rumput tersebut dengan kepalanya dan wajah tersenyum sinisnya.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.