Bab 16

1K 126 11
                                    


Dikatakan di dalam simulasi Argo Navis terdapatnya satu kunci kekuasaan yang disimpan oleh para fairy terdahulu, kuasa yang berhasil mengurung Elvey ke penjaranya ribuan tahun dahulu. Kuasa tidak terhingga tersebut tidaklah mudah untuk dimiliki dan tidaklah boleh dimiliki oleh sebarangan makhluk. Hanya yang benar layak saja yang boleh memiliki kekuatan itu.

Semenjak ribuan tahun berlalu, berbagai makhluk telah mencuba melepasi ujian simulasi ini. Namun begitu semuanya berakhir dengan kegagalan. Harapan mereka untuk mendapat gelaran Arcana akhirnya terkubur begitu saja. 

Argo Navis umpama sudah menjadi perkuburan calon Arcana. Tanpa bimbingan daripada luar maka kesedaran mereka sudah pasti akan terperangkap di dunia alam maya ini selamanya. 

"Lihat ada orang." ujar Birussar sambil membawa terbang Akid dan Fatena (diberi peluang untuk menumpang juga akhirnya). Mereka melihat di sebuah dataran padang pasir beberapa orang sedang berdiri seperti sedang buntu akal. Mereka berjalan mundar mandir namun kemudian mereka kembali kumpul bersama. 

"Itu bukan kalangan kita." kata Akid. Memang benar, mereka tidak pernah melihat wajah-wajah itu sebelum ini. Orang-orang yang berdiri itu bukanlah kalangan calon arcana.

"Itu mungkin satu perangkap." Fatena memberi amaran. 

"Aku nak tegur." Birussar tidak memperdulikan kata-kata Fatena lalu dia terbang menghampiri makhluk-makhluk yang buntu itu. Apabila mereka begitu hampir saja, makhluk itu hilang seperti debu ditiup angin. Birrusar mendarat di padang pasir.

"Mereka hilang." kata Birussar.

"Tengok sekeliling kau." kata Akid.

Mereka berpaling kiri dan kanan melihat ratusan lembaga-lembaga makhluk berdiri dan menunduk. Mereka sepertinya tidak sedari kehadiran Akid dan yang lain.  

"Apa yang kalian lihat? Aku tak merasakan sesiapa selain kita." kata Fatena. Kedua matanya yang buta gagal mengesan kewujudan makhluk lain.

"Ini pasti bayangan mereka yang terperangkap disini." Akid membuat teorinya sendiri.

"Jadi mereka adalah calon Arcana macam kita?"

Akid mengangguk kepalanya. Dia melangkah ke salah satu makhluk disitu, Dia melambai tangannya ke depan wajah bayangan itu. Tiada apa-apa reaksi. Jelas sekali ia seperti sebuah projection bayangan. Apabila Akid cuba menyentuh bayangan itu terpecah seperti pasir ditiup angin.

"Jika kita terlalu lama dalam ini pasti kita akan jadi macam mereka." kata Akid.

"Kita tak tahu sama ada kita boleh keluar daripada sini atau tidak. Di luar entah apa yang sedang berlaku." sambung Fatena. "Jaga-jaga ada sesuatu hadir ke mari."

Birussar dan Akid melihat ke langit, satu tompokan hitam yang kecil mula mendekati mereka, kemudian barulah mereka perasan bahawa ia adalah makhluk yang sedang melayang lalu mendarat ke padang pasir itu, ia meluncur di pasir sehingga hampir dengan kaki Akid.

Akid terkejut melihat Xoranta bersama pedang dalam pelukannya sudah luka-luka sedang terbaring di bawah kakinya.

"Xoranta?" Birussar juga terkejut melihat jejaka itu.

"Tak guna! Tak guna!" Xoranta mula bangkit. Wajahnya jelas kecewa dengan diri sendiri.

"Apa dah jadi Xoranta?" tanya Birussar.

"Raja Gelap. Ada di dalam ini juga! Lily Valentine! Selama ini dia menyamar menjadi calon Arcana!"

Akid terdiam, perempuan itu adalah orang Elvey? Dia tak pernah sangka.

"Kemungkinan besar dia juga mencari kekuatan itu." kata Fatena.

"Kita harus dapatkanlah sebelum si celaka tu dapat!" balas Birussar.

Sedang leka berbual, muncul cahaya kemerahan dan abjad dan tulisan aneh yang berkumpul di hadapan mereka. Mereka berempat fikir serangan daripada musuh. Mereka sudah memasang langkah untuk bertempur. 

Apabila abjad itu berpecah dan mengecil, muncullah dua sosok makhluk. Salah seorang daripadanya tersengih besar.

"Muka serius nampak." tegur Asrar, di sebelahnya pula adalah Melati.

"Kau Asrar?" Akid kembali ke posisi tenang.

"Terkejut tak? Aku memiliki kuasa juga."

"Bagaimana?" tanya Akid lagi.

"Tiada masa nak cerita namun kita kena tewaskan raja gelap. Dengar sini, sebenarnya simulasi ini telah digodam. Namun bukanlah digodam oleh Raja Gelap macam korang sangka."

"Ishval itu sekongkol dengan Raja Gelap!" marah Xoranta.

"Tenang dulu rambut bawang, biar aku cerita. Ishval atau Kidz adalah salah satu daripada kita juga,  dia menggodam simulasi ini kerana dia mahu raja gelap juga terperangkap disini. supaya kita boleh menghapuskan dia di dalam simulasi ini."

"Aku keliru." kata Fatena.

"Ishval dan Kidz adalah orang yang sama." Melati menyampuk.

"Lagi keliru." kata Birussar pula.

Asrar menepuk dahi. "Di luar sana sedang berlaku pertempuran hebat. Elvey sudah mulakan peperangan. Kalau kita tak capai objektif kita disini, selamanya kita terperangkap disini. Kita harus keluar daripada sini segera mungkin dan membantu Ishval atau Kidz atau siapa sajalah dia. Tetapi jangan khuatir. Aku mempunyai akses menggodam Argo Navis sama macam Ishval. Malah sebenarnya lebih hebat."

"Kau ni ada-ada jelah Asrar." Akid menaiki tubuh Birussar. "Ayuh kita jumpa Lily Valentine dan selesaikan cepat."

"Kau tak nak dengar cerita macam mana aku dapat kuasa ke?" tanya Asrar. "Aku sekarang jauh lebih kuat daripada kau."

"Aku tak kisah pasal tu, kuat mana pun kau. Aku cuma mahu keluar daripada simulasi ni dan berlawan dengan Elvey." balas Akid.

Asrar terpempan. Dalam hatinya tadi sudah berkobar-kobar ingin menceritakan betapa epiknya dia memiliki kekuatan yang sangat kuat.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now