Kali ini Author nak bercerita pasal Roda Arcana dan bagaimana mereka ditentukan sebagai calon Arcana. Seperti yang kita tahu, setiap calon tidak boleh menentukan diri mereka sebagai calon Arcana tanpa mendapat blessing daripada para ratu fairy atau mana-mana makhluk fairy (fairy yang berpangkat tinggi saja boleh memberikan restu mereka)
Macam kes Asrar. Dia adalah self proclaim roda arcana. Namun setelah mendapat restu daripada Ratu Sorbet. Dia kini sah menjadi calon kepada Chaos.
Dalam Roda Arcana terdapat 4 semuanya.
Destiny, Order, Chaos dan Calamity.
Hanya tiga saja bertukar dan Calamity kekal milik Elvey.
Bagaimana para fairy menentukan calon mereka pilih jatuh pada kategori apa?
Semuanya ditentukan berdasarkan personaliti, kuasa (pengaruh), sejarah hidup.
Kita bermula dengan Destiny :
Destiny mereka ini bersifat heroic, adakala naif, mereka sentiasa bersemangat tinggi untuk berjuang demi orang lain. Mereka ini mempunyai prinsip bahawa kebenaran harus ditegakkan. Kejahatan harus ditumbangkan.
Xoranta dan Akid berada di bawah kategori ini. Kedua mereka ada sesuatu yang mereka ingin perjuangkan. Kedua mereka tidak la jahat, tapi adakala mereka agak degil. Mereka boleh menjadi simbol harapan.
Manakala bagi Roda Order,
Order bersifat tegas, dingin, pintar merangka strategy. Mereka mahu semuanya berjalan seperti yang mereka rancangkan. Mereka sangat perfectionist dan tidak mahu gagal. Mereka pantang kalah. Mereka inilah calon-calon yang boleh mengawal dan menjadi raja. Mereka mempunyai trait sebagai pemimpin.
Lily Valentine dan Fatena jatuh di kategori ini. Kedua mereka berpandangan jauh. Lihat bagaimana Fatena merancang untuk berlawan dengan Aylein. Dia menggunakan Birrusar dan Akid sebagai buah caturnya untuk menjatuhkan lawan.
Melati juga berada di kategori ini, dia adalah salah seorang brain ketika perang di Alamria melawan Sultan Alam Shah. Menjadi penasihat kepada Lica.
Seterusnya pula adalah Chaos.
Ini adalah roda paling kacau dan tak seimbang. Tindakan mereka di luar jangka. Boleh jadi mereka mengetepinya moraliti mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Adakala mereka akan bertindak seperti seorang hero pula. Licik adalah nama tengah mereka. Mereka sangat opportunist. Di mana ada peluang, disitu mereka akan mencucuk.
Asrar, Birussar, Kidz jatuh pada kategori ini, ketiga mereka memang mempunyai sifat haru biru. dan pengacau. Terutama Asrar, kita tidak tahu apa yang bermain di dalam kepalanya. Kita sangka dia mungkin berpihak pada orang baik. Tapi mungkin juga dia hanya berpura-pura. Atau mungkin dia sekadar mahu bermain saja.
Dan yang terakhir adalah Calamity.
Calamity adalah simbol kejahatan mutlak. Tiada kebaikan dalam diri calon Calamity. Menghancurkan dan memusnahkan adalah sifatnya. Calamity boleh mempergunakan orang lain untuk mencapai cita-citanya. Calamity gemar melihat kemusnahan, kesedihan, kemurungan. Calamity membawa simbol kesialan.
Elvey jatuh pada kategori ini. Digelar sebagai raja kejahatan yang baru. Dia kini bersama 7 raja gelap bersumpah mahu memusnahkan semua hidupan supaya kelak dunia akan memutar kembali ke belakang.
Akid juga dikatakan oleh XOranta jatuh pada kategori ini. Ini kerana jiwa Akid yang sebelum ini telah dimakan kegelapan dan menjadikan dia seperti makhluk tidak berjiwa.
OKey cukup dah la tu author bercerita serba serbi mengenai ROda Arcana. Nanti kalau ada info lain. Author akan tulis di chapter special yang baru>~~~
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.