Para roboto berterbangan cuba menyerang Kapten Dororo. Lelaki bertubuh sasa dan besar itu dengan mudah mengunakan cengkamannya merobek setiap tentera terbina daripada bahan besi kental itu seperti merobek kain. Roboto kemudiannya menembak cahaya laser yang panas ke arah lelaki sasa itu. Raja gelap itu menjadikan lengannya sebagai perisai, dia tersenyum lebar. Berjalan dikit-dikit sebelum dia berlari lalu menjatuhkan buku limanya ke permukaan terbuat daripada besi itu, tumbukannya begitu kuat sehingga ia mengakibatkan angin luar biasa sehingga menempelanting roboto itu jauh. beberapa tentera roboto yang lain turut ikut tercampak dek kerana dilanggar oleh roboto yang di tumbuk oleh Kapten Dorororo
Kapten Dorororo mengumpul segala kekuatannya lalu di lompat tinggi-tinggi ke langit kemudian dia menggegam penumbuknya lalu di hala ke bumi. Dia jatuh menjunam seperti meteor, menghasilkan gelombang besar sehingga membentuk kawah yang besar, ribuan roboto hancur musnah sekelip mata, gelombang kekuatannya itu terus mengarah ke Seri Sang Nilam. Lelaki berwajah tenang itu tidak berganjak sedikit pun sebaliknya dia hanya menutup matanya.
Apabila mendekati. Gelombang kuasa itu terpecah dua, sedikit pun tidak menyentuh tubuh Seri Sang Nilam.
Seri Sang Nilam mengkaji suasana. Dia tidak mahu dewan besar di musnahkan. Terdapat beberapa calon arcana di sana.
Ada sesuatu yang aneh pada Kapten Dorororo. Tubuh lelaki itu kelihatan membesar dari masa ke semasa. Seri Sang Nilam berfikir haruskah dia mengeluarkan tenteranya yang satu lagi itu?
Matanya kemudian terbuka dan mengalih ke arah dinding yang jauh di hujung Bandar Verlin. Ada kekuatan luar biasa di luar. Bukan satu dua. Tapi ramai. 5 semuanya. Adakah mereka memang mahu menjadikan Bandar ini sebagai medan perang untuk menyudahkan segalanya?
Jika ya. Maka dia berharap para calon arcana dapat menyudahkan simulasi mereka dan cepat-cepat kembali ke dunia nyata.
Ketika dia sibuk berfikir, satu tangan sudah sampai seinci daripada wajahnya. Buku lima Kapten Dororo cuba menyentuh wajah Seri Sang Nilam. Namun Seri Sang Nilam terlebih dulu menukar dirinya menjadi ribuan rama-rama.
Berterbangan mengelilingi Kapten Dorororo. Saat kemudian rama-rama itu mula menjadi besar semuanya sehingga menyesakkan pandangan Kapten Dorororo sebelum semuanya terbakar seperti petrol dinyalakan api. Marak api itu hanya menjadi penggeli hati lelaki bertubuh sasa. Dia tidak terkesan apa pun.
"Seri Sang Nilam!!! Aku mahu kan lebih dari ini!! Bukan trik murah begini! Bukankah kau pernah membunuh Raja Gelap sebelumnya?"
Seusai cakap, muncul daripada belakangnya iron maiden. Di puncak iron maiden itu terukir kepala wanita yang menakutkan bermata merah, bermulut terbuka dan mengilai keras. Tangan-tangan keluar daripada perut alat penyeksa itu seperti tentakel sotong lalu menangkap Kapten Dorororo masuk ke dalam perutnya. Pintu iron maiden tertutup rapat.
"Berhati-hati dengan apa yang kau minta." Kata Seri Sang Nilam
Krek.
Mata lelaki daripada Alamria itu terbuka luas sedikit. Iron Maiden mula meretak tubuhnya. Ada alur pecah seperti bentuk sungai mengalir.
Tidak lama kemudian iron maiden itu meledak pecah.
Kapten Dorororo masih berdiri. Tidak terluka.
Dia memang sesuatu.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.