BAB 1.1

1.5K 152 53
                                    


Rombongan pergi ke tanah Gargantua hanyalah Akid, Merah, Bunga, Asrar, Da Vinci, Bella dan Chibi juga Altair dan Poseidon. Yang lain ingin kembali ke Alamria, membina kembali dan menolong negara yang sudah musnah. Sebelum berangkat daripada Surgania, Sorbet memberikan sebuah permata kristal kepada Akid dan Asrar. 

"Ini, sampai di sana. Kau harus pergi ke summit dan tunjuki kristal ini sebagai tanda kau adalah salah satu tanda Arcana."

Akid mengangguk kepalanya.

"Dan lagi satu." Sorbet menyentuh dahi Akid, dan tubuhnya mula memancar cahaya putih sebelum ia hilang. Akid kini berwajah manusia. Wajah asalnya.  Akid melihat tangannya, kulit manusia. Disentuh pipinya. Kehangatan kulit yang dah lama dia idamkan. Dia menitiskan air matanya. 

"Kau jangan gembira sangat. Ia adalah sebuah kulit palsu yang aku sarung kan pada kau." ujar Sorbet. " Ini supaya kau tak kelihatan aneh di sana dan menangkap perhatian penduduk Gargantua."

Akid tersenyum lalu mengagguk kepalanya. "Ini lebih daripada cukup. Terima kasih Puan Sorbet."

"Akid, sejauh mana kau mengenali Rosetta?" tanya Sorbet. Satu soalan yang tiba-tiba. Bagi Sorbet, dia ingin ketahui hubungan Akid dan Rosetta.

Akid terdiam. Lantas mulutnya terbuka. Mulutnya mengukir satu senyuman yang sangat luas. Ingatannya bersama Cahaya kembali diingatinya. Suaranya, bauannya, malah lembutnya bibir sang Cahaya masih lagi dirasainya. Loket di dada terus digengam rapat. 

"Sudah pasti dia adalah satu-satu gadis yang paling bererti buat saya. Kemunculannya telah membawa saya keluar daripada lembah gelap, dia mengajar saya erti tidak putus asa. DIa mengajar saya supaya lebih berani dan tidak menjadi seorang yang penakut. Setiap hari bersamanya membuatkan saya teruja. Setiap hari bergaduh dengannya membuatkan saya bertambah sayang. Dia comel. Kadang-kadang budak tu annoying. Kalau merajuk susah nak pujuk. Tapi kalau bab menyakat saya dia no satu. Dia tu..hahah... Saya..." AKid menggigit hujung bibir. "Saya rindukan dia...sangat-sangat." setitik air mata jatuh ke pipi.

Sorbet diam sahaja. Mereka memerhati matahari perlahan-lahan berlindung di balik gunung-ganang. 

<><><><><><><>

Arcana Summit

Dewan Emas Molderina, Verlin City, Gargantua

Ketibaan para calon Arcana di sambut girang gemilang oleh para tentera Gargantua. Naga besar berwarna biru menjadi perhatian kerana dia merupakan yang paling besar, menakutkan. Penduduk yang lihat khuatir jika naga itu mengancam negara mereka. Sang naga biru hanya ketawa. Kemudian dia mengaum kuat. Membuatkan orang ramai bertempiaran lari ketakutan.

"Birussar, jaga kelakuan kamu." ucap si nenek tua pendek bertongkat di atas pundak naga. 

"Alah kau ni nenek. Aku nak nikmati kepopularan aku di bandar ini. Selama ini kita tinggal di kawasan berbatu dan membosankan. Ini kali pertama semenjak sekian lama aku dapat berinteraksi dengan makhluk lain."

"Tapi kau menakutkan mereka."

"Sebab mereka melihat aku aneh! AHAHAHA"

Birussar merupakan sang naga biru, satu-satu naga yang boleh bercakap dalam bahasa universal. Keupayaannya menguasai ilmu magik membuatkan si nenek pendek atau Ratu Fairy di Timur tanah besar, Ratu Irisa memilih dia untuk dijadikan sebagai calon Chaos. Namun Birussar sukar dikawal dan bersifat nakal. Umpama seseorang yang masih remaja.

Xoranta turut tiba di dewan besar itu bersama wanita tua bongkok berkerudung. Xoranta merupakan seorang pemuda anak petani di sebuah perkampungan. Dahulunya kampungnya telah diserang oleh salah seorang daripada 7 Raja Gelap. Kapten Dororo. 

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now