Cahaya hijau daripada langit menghentam ke altar, tempat pembaringan Elvey. Sebelum tiang cahaya itu semakin lama semakin mengecil. Awan berpusar di langit juga mula berpecah dan kembali normal. Agnes bersama dua teman melihat daripada jauh ke arah altar tersebut dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Mereka jangka master mereka akan menerima cahaya itu dengan lebih lama.
"Master?" tanya Agnes daripada kejauhan.
Satu susuk tubuh muda, berambut panjang mencecah bahu dan berbogel perlahan-lahan bangun daripada posisi baring ke posisi duduk. Melihat tangannya yang tidak lagi berkedut dan tua.Dia kemudian merasai mukanya. Juga terasa licin dan lembut. Tatkala kemudian dia ketawa kecil.
"Aku, ..Aku dah kembali" katanya, dengan suara mudanya.
><><><><><><><>
Tubuh Akid berlubang-lubang dan asap keluar dari celahan lubang yang ditebuk ke badannya. Setiap kali dia cuba mendekati Rosetta, wanita itu pasti mengundurkan langkahnya lalu membenamkan tombak cahaya ke dalam dagingnya daripada jarak jauh. Wanita fairy ini ternyata sukar untuk didekati.
Lubang luka pada tubuh Akid perlahan-lahan menyembuh sendiri. Ini lah kelebihan kaum dewain. Teras yang melekat di dalam tubuhnya ini membantu memulihkan dirinya.
"Kau sanggup mengorbankan jiwa dan rupa kau demi sesuatu yang tidak berbaloi ini. Untuk apa Akid? " ujar Rosetta melihat kepelikan pada tubuh Akid.
"Untuk bawa kau pulang!"
Rosetta terdiam.
"Aku bersusah payah untuk ke sini dengan harapan semua ini hanyalah salah faham antara kita rupanya kau tidak lebih sama saja dengan penjahat yang lain. Kau pembunuh Cahaya!" marah Akid.
"Kau tak faham dan kau tak rasa. Beban dunia terletak pada diri aku! Sejak dahulu lagi semuanya aku!" Rosetta meluahkan apa yang dirasakan selama ini. "Kau fikir aku mahu ke menjadi seorang ratu? Mahu menjadi orang yang sentiasa menjadi simbol dan harapan? Walhal aku tidak rasa bebas? Hidup terkongkong dengan semua tanggungjawab yang diletak terus kepada aku? Semenjak aku kecil!" Rosetta mula menitiskan air matanya. "Hidup bersama dengan kau selama dua tahun adalah sesuatu yang paling bahagia pernah berlaku dalam hidup aku Akid. NAmun saat itu sudah berlalu. Aku kembali ke sini sebagai ratu. Aku di sini menjalankan apa yang seharusnya aku lakukan kalau tak, semuanya akan musnah. Dunia yang cantik ini akan hancur. Biarlah aku digelar apapun, namun aku ingin selamat kan dunia ni."
"BUkan cara ini!"
"Terpulang."
Cahaya membuat isyarat tangan sebelum satu roda bergigi yang besar muncul dilangit bersama jam khayalan yang jarumnya berputar mengundur.
Perlahan-lahan tubuh Akid mula mengecil, dan kemudian menjadi seorang budak berumur 10 tahun. Walaupun begitu, agak mengejutkan Rosetta kerana tubuh Akid walaupun berupa tubuh budak namun masih lagi Akid di dalam bentuk dewain. Rupa cacat yang tiada jalan untuk memulihkannya lagi.
"Kau memang makhluk yang telah rosak." sindir Rosetta kerana melihat Akid tidak lagi terikat dengan peraturan dunia.
"KAu boleh buat apa saja pada diriku, tapi minda ini masih kekal. Dan kini kekal membenci kamu!!" Akid melompat tinggi sebelum dia memunculkan pedang dari tangan kanannya. Pedang itu bertembung dengan pedang cahaya milik Rosetta.
Pertembungan menghasilkan gema cahaya dan bunyi sebelum, Rosetta menempis ke tepi pedang membuatkan Akid jatuh tergolek. Tubuhnya yang kecil ternyata melemahkan dirinya.
Rosetta kemudian membuat isyarat tangan lagi sebelum ceracak cahaya muncul daripada lantai lalu menikam setiap sisi tubuh Akid. Akid tidak lagi mampu bergerak dan mengeras kerana terkunci dengan ceracak cahaya yang menikam dirinya.
"Kau bukan lagi Akid. Kau adalah makhluk yang tidak patut wujud dalam dunia ini." kata Rosetta, dia berjalan ke arah Akid dengan pedangnya.
Akid mengetap giginya. "Kau kata pada diri kau sendiri."
Rosetta mengangkat pedangnya tinggi bersedia untuk membelah tubuh Akid.
"Argghhh!" mata pedang meluru laju ke arah tenggorokan Akid.
Saaa...
Pedang Rosetta tertahan.
Mata Rosetta membesar. Mata pedangnya telah ditahan oleh asap hitam yang melindungi Akid. Cahaya merah teras kedua di lengan Akid sudah bersinar terang. Hampir sahaja teras ketiga menyala.
Mata Akid juga mula bercahaya merah. Gigi Akid menjadi tajam semuanya.
"Apa sebenarnya kau ni Akid?"
Teras kedua, Teras Laki telah aktif sepenuhnya.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.