Bab 34.5

1.6K 162 28
                                    

"Eh. Tak sangka, ada pula musuh kita ikut bersama." Nadim menyindir kehadiran Tun Saban yang tiba-tiba muncul bersama mereka di dalam medan peperangan. Tun Saban tersenyum seraya berkata.

"Bukan kah aku dah kata, kesetiaan aku adalah pada orang yang memerintah. Yang membelot pastinya salah. Maka mereka perlu dikalahkan." kata Tun Saban.

"Tapi ini bukan negeri kita pon. Tak perlu kau bersetia pada yang bukan memimpin kau." kata Nadim lagi.

Tun Saban tidak lagi bercakap apa-apa. Dia hanya memberikan senyuman. Di sebuah kawasan bergaung,  di hadapan mereka pula terdapat satu makhluk fairys berkepala botak dan bertubuh perak. Kelihatan seperti patung besi yang keras. Terdapat roda seperti  roda stereng kapal berputar di belakang kepaknya. Wajahnya tanpa sebarang emosi. Melihat saja membuatkan para tentera Alamria merinding. Ini lah dia Matsuba yang dikatakan oleh Sorbet. 

"Bagaimana? Mahu terus menyerang?" tanya Dororan yang mengikut kumpulan Nadim, Rentap dan yang lain.

"Sabar dulu. Kita tak tahu kekuatan dia." jawab Rentap.

"Burung Bara!!" seorang tentera Alamria mula melancar kan satu serangan berbentuk burung yang berapi. Ia besar dan membahang. Lelaki ini dahulu nya seorang panglima Alamria. Antara yang terbaik. Saat kuasanya meluncur ke arah Matsuba. Sebelum sempat menyentuh, roda di belakang elders fairies tersebut berputar dengan ligat sekali.

[FATE DISTORTION]

Roda itu terus berhenti serta merta.

Burung berapi itu mengenai dirinya namun ia bagai angin lembut yang mengusap kulit sahaja. Sedikit pun tak memberi kecelakaan.

Mereka semua terdiam. Mereka semua pasti, fairy itu telah melakukan sesuatu. Namun mereka tidak tahu apakah ia.

Masing-masing kelihatan cemas. Ada yang berpandangan sesama mereka.

Tiba-tiba dalam kesenyapan itu terdengar bunyi besi pedang sedang ditarik. 

"Aku tak sanggup lagi, baik aku bunuh diri aku daripada dibunuh dengan kejam oleh fairy itu!!!" dalam kelompok tentera itu seorang perajurit sedang menghala hujung pedangnya ke perut. Dan membenam terus ke perut sendiri. Darah membuak keluar memancut-mancut.

Semua orang yang melihat terbeliak melihat kejadian itu.

"Bodoh! Kenapa kau lakukan!? Dia tak lakukan apa-apa lagi!!" Marah rakannya sambil meratap kawannya yang kini sudah pun berlumuran darah.

"ARGHH!!!!" jeritan kuat datang daripada seseorang di situ. Rupanya datang dari panglima yang menyerang fairy perak itu. Tangan kanannya muncul api yang besar dan sedang meratah dirinya. "TOLONG!!! AKU TAK MAMPU MENGAWAL KUASA MAGIK KU!!!" jeritnya. 

Beberapa tentera mula melancarkan magik air cuba membantunya. Namun tidak berjaya memadamkan api yang semakin marak. Panglima itu berlari dan menyentuh tentera yang lain. Mereka yang lain juga ikut terbakar. Masing-masing menjadi kabut. Mereka semua cuba menghenti tersebarnya api itu. Lantas mereka melancarkan magik ais dan terus membeku rakan-rakan mereka yang terkena api.

Nadim sudah berpeluh pucat. Matanya melirik kearah Matsuba yang masih lagi berdiri disitu umpama patung.

"APa yang dah berlaku?"

Tun Saban ketawa. "Korang ni memang nasib malang betul haahahah.lihat aku. Aku tak akan mati dengan helah bodoh macam tu." Tun Saban berjalan sambil mendabik dada. Kemudian entah bagaimana dia tidak sedar dia sudah berjalan ke tepi tebing lalu dia telah menjerumuskan dirinya sendiri jatuh ke dalam gaung.

"Bodoh!! Kenapa ada gaung pulak!!" terdengar jeritanya bergaung sebelum disertakan bunyi letupan kecil.

Nadim hanya menggeleng kepalanya. Tak tahu hendak ketawa ataupun sedih.

"Jaga-jaga, dia telah lakukan sesuatu pada kita semua. Sekarang ini, kita semua tidak selamat lagi." kata Rentap. 

<><><><><><>

Tubuh Melodi bersinar sangat terang. Adalah sesuatu yang aneh melihat kaum fenix boleh mencambah sayapnya sendiri. Kemudian daripada patung-patung yang mengepungi AKid itu mereka semua mula bercantum tubuh bersama Melodi dan berkumpul dengan ramai sekali sehingga membentuk satu makhluk aneh yang sangat besar dan terdiri daripada tubuh-tubuh fairy.

"Kau tidak boleh membunuh aku Akid, setiap kali kau memotong aku, akan aku muncul pada tubuh yang lain. Ini lah kelebihan aku. Aku lah raja boneka yang mengawal makhluk ini. " kata Melodi dengan bangga. 

Tubuh-tubuh fairy yang membentuk telapak tangan Melodi membuka dengan luas. Satu bola cahaya muncul lalu terus menembak ke arah Akid ibarat satu suluhan lampu yang sangat besar dan membakar terus kawasan-kawasan tempat Akid berpijak. 

Akid menjerit saat terkena cahaya yang sangat panas itu. Asap gelapnya tidak lagi dapat melindungi dirinya. Cahaya itu terus membakar dirinya.

"Rasakan. Kau bukan lah tandingan fairies. Ubahla diri mu kepada rupa apapun, hakikatnya kau tetap manusia, makhluk yang paling lemah." 

Akid mengerang, menahan sakit umpama sedang disalai. Kulitnya terasa seperti mahu hancur lebuh. Namun kerana dia adalah kaum dewain, setiap kali daging-daging tubuhnya mula melepuh dan tercabut isinya, setiap kali tubuhnya menggantikan dengan baru.

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now