Bab 14

1.1K 147 11
                                    

"Aku dah tunjuk pada kau rahsia kami. Sekarang kau tunjuk pada aku. Apa yang kau tahu." ungkap Ishval di hadapan bala tenteranya. Masing-masing mengacukan senapang mereka pada Asrar. Asrar menjeling ke bawah, melihat lautan tentera buatan daripada Ishval.  Jika dibawa berperang sudah pastilah satu kerajaan boleh runtuh dalam masa sehari. Gargantua ternyata memiliki teknologi yang menakutkan. Dengan hanya menggunakan korban makhluk yang mempunyai magik mereka membina senjata tidak terkalah. Namun untuk apakah lagi Ishval mahu menggodam Argo Navis? Mereka sudah kuat.

Asrar menyeringai. "Boleh. Tapi aku perlukan jaminan."

Ishval terdiam seketika. "Jaminan apa?"

"Supaya aku tak dibunuh lepas aku beritahu ilmu bahasa Onoang."

"Hahahahaha. Aku tak peduli pun makhluk macam kau."

"Tapi aku kan calon Arcana."

"Hanya calon.  Lagi pula, kau fikir aku adalah orang jahat?" ia soalan cepu emas yang keluar daripada mulut lelaki tua berambut serabai. 

"Apa yang kau buat pada orang-orang yang mempunyai magik, itu bukan perbuatan orang baik-baik." balas Asrar.

"Mungkin, setiap kerajaan ada rahsia gelap mereka. Mereka tidak putih. Tangan mereka sentiasa kotor. Apabila kau memimpin satu kerajaan yang besar, kau tak boleh memimpin dengan cara suci lagi. Akan ada makhluk yang ingin memenggal kepala kau. Kalau satu kerajaan itu lemah, dengan mudah ia dijatuhkan. Cara untuk sentiasa kuat ialah sentiasa berada di landasan yang mana orang lain tidak berani ambil. Jalan kegelapan. Makhluk magik ini juga asalnya daripada kerajaan kamu juga. Kerajaan kamu telah berdagang makhluk sejak sekian lama lagi. Balasannya kami berikan senjata dan teknologi." terang Ishval panjang lebar. "Kalau kau tak boleh terima, tak mengapa. Tapi aku tahu. Aku boleh baca sifat kau. Kau tak peduli dengan makhluk-makhluk ini pun. Daripada air muka kau sendiri aku nampak kau juga orang yang tidak punya perasaan malah kau adalah oppoturnist paling besar. Heheheaahahahahahha" Ishval ketawa berdekah secara tiba-tiba.

"Boleh aku tanya lagi satu soalan?"

"Tanya lah orang muda."

"Kau berpihak pada siapa?" sengaja Asrar mengeluarkan soalan berunsur provokasi. Dia ingin melihat reaksi lelaki ini. Lelaki ini kelihatan mencurigakan daripada awal lagi. 

Dalam satu jeda suasana menjadi sepi sebelum lelaki tua itu ketawa. "Lady Fuhrer Lily Valentine tentunya."

Asrar turut ketawa. Lelaki ini menipu. Asrar boleh kenal orang yang menipu atau tidak. 

  "Baik, kalau macam tu kita boleh mulakan pelajaran kita. Ini mungkin akan ambil masa yang lama."

"Tidak. Ia tak ambil masa terlalu lama. Kami ada alat yang sesuai untuk kita bertukar ilmu"

"Jadi kau akan baca memori aku la ye" tanya Asrar ragu-ragu. Risau jika memorinya dibaca. Habislah niatnya jika diketahui oleh lelaki tua yang berbahaya ini.

"Tidak. Hanya pemahaman kau saja. Memori kita kekal rahsia."

Asrar menelan air liur.

"Kau akan memiliki pemahaman aku. ia tukaran yang adil. Cuma aku tak pasti kau cukup hebat tak untuk memproses segala pemahaman yang aku miliki. Lagipun hehehe, kalau ada ilmu aku pun kau masih perlukan alat-alat sains yang aku miliki ini.. Jika tidak ia ilmu yang sia-sia."

Asrar tersenyum dalam hati. Lelaki ini memandang rendah pada dirinya, tak apa tawarannya kedengaran menarik. Asrar akan buktikan bahawa dia bukanlah lelaki yang boleh dipandang enteng "Baiklah begitu..aku setuju."

<><><><><>

Asrar, Melati dan Kidz kini muncul kembali di simulasi. Masing-masing berdiri terpinga-pinga kerana mereka tidak ditendang keluar daripada simulasi ini. 

"Kita kan dah mati? Kenapa masih disini." tanya Melati

[Ada sesuatu yang tak kena! Argo Navis telah digodam..argh! Ishval apa yang kau...sstt sraa.] 

Suara ratu Irisa terputus. 

Mereka bertiga melihat sesama sendiri. Si Koboi di hadapan mereka berkalih pandangan ke dataran yang luas. "Kalian harus berkumpul. Ini kali pertama Argo Navis di godam." kata lelaki itu.

"Jadi betullah dugaan aku! Ishval tu adalah orang jahat!" marah Melati. Asrar hanya mendiam diri, kerana dia tahu hal ini akan terjadi.

"Ka..ka..lian harus berkumpul. Ini kali perpertama Argo Navis di go..go..dam." kata Arcana Destiny seperti pita rosak. Tubuhnya juga turut bergoncang seperti air yang dikocak. 

Langit serta merta menjadi gelap seperti malam.

Di satu tempat yang lain,

Kelihatan Birussar baru saja dihidupkan semula. Akid merapati si naga itu. "Kau okey?"

"Celaka punya perempuan. Tak beragak! Tapi kenapa aku tak keluar daripada simulasi ni?"

"Kau tak dengar? Mesej terakhir Ratu Irisa? Ada sesuatu yang terjadi diluar sana." muncul Fatena daripada celah-celah bangunan runtuh. Birussar bangun lalu cuba menyerang Fatena kerana berasa geram dengan apa yang jadi padanya. Akid menahan tubuh Birussar yang besar itu dengan sebelah tangannya. Cuba menenangkan si naga itu.

"Ishval. Dia adalah raja gelap." kata Akid dengan tenang. Dia sudah jangkakannya.

"Hah!? Biar betul kau ni! Dia begitu hampir dengan kita lah selama ni." Birussar seolah tidak mempercayai apa yang di dengarinya daripada mulut Akid.

"Kita kena dapatkan yang lain, cari jalan untuk keluar daripada Argo Navis ini. Aku khuatir tubuh sebenar kita diapa-apakan." kata Fatena lagi.

"Kau diam lah, takyah nak arah-arahkan kitorang lagi lah perempuan!" marah si naga berwarna biru itu.

"Betul kata Fatena ni Birussar. Kalau kita tak keluar daripada simulasi ni, kita semua akan mati dibunuh."

Birrusar mencebik. "Apa-apa sajalah. Cepat lah naik badan aku, cepat sikit." dia merebahkan tubuhnya. Akid menaiki pundaknya. Bila Fatena cuba naik, Birussar mengepak-ngepak lalu terbang tinggi. "Kau jalan kaki lah cilaka!" 

Fatena hanya menggeleng kepala saja.


Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now