"Ada sesiapa nampak di mana rantai aku!?" jerit Akid apabila menyedari kalung Cahaya tiada bersamanya. Dia menjerit ke arah para fairy dan yang lain-lain. Dia cemas sambil melihat ke arah sekitar sebelum dia ambil keputusan untuk menyerang fairy yang hampir dengannya Raja Bearwang. Seekor fairy berupa beruang besar. Akid merapati si beruang itu lalu cuba mencapai lengannya. Namun cepat-cepat fairy tersebut menepis.
"Kau apahal. Dah jadi gila lepas keluar daripada Argo Navis?"
"Kalung aku!" Akid semakin tidak terarah.
"Mungkin kalung kau tercicir semasa kami memindahkan korang ke sini." Alunania yang mendengar perbualan tersebut mencelah.
"Tolong bawak aku balik ke sana! Ia penting untuk aku!" rayu Akid.
"Mustahil. Ia dah jadi kawasan musuh. Kau harus tenangkan diri wahai Arcana." kata fairy Alunania.
"Aku tak kira! Aku.."
"Akid!" jerit Lica. "Lihat sekeliling kau. Ngaw. Kita semua baru terlepas daripada maut. Mereka telah memusnahkan Bandar Verlin ketika kamu semua dalam simulasi ngaw. Maafkan kami kerana tak mampu buat yang terbaik. Tolonglah faham situasi. Kita berada di pihak yang kalah." Lica menempelak AKid dengan kata-katanya.
"Aku..Aku tak boleh kehilangan dia." Akid bergumam. "Cahaya. Maafkan aku." Akid menggegam tangannya rapat-rapat.
<><><><><>
Kapten Dororo melihat kalung di tangannya. Dia mengangkat sehingga ke paras matanya. Kalung loket itu berputar-putar. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya terhadap kalung ini.
"Kenapa kau tenung kalung tu seperti mahu makan?" tegur Melodi saat dia masuk ke dalam bilik Dororo.
Kapten Dororo meletakkan kalung ke atas meja di hadapannya. "Aku rasa dekat dengan kalung ini."
Mari sini aku tengok. Melodi terus mengambilnya, tidak sempat untuk Dororo menahan perbuatan rakannya. Melodi meneliti sebelum tersenyum.
"Ia ada bau fairy."
"Kalung fairy?" tanya Dororo.
"Ya. Pemilik kalung ini menjadikan dirinya sebagai sebuah kalung supaya dia boleh kekal hidup. Nak aku hidupkannya?"
"Kau boleh?" Mata Dororo terbeliak.
"Kau tahu bagaimana aku menjatuhkan para Elders di Surgania? Ia kerana magik aku berkaitan semangat."
"Bukan magik kau mengawal patung?" Dororo berkerut dahi.
"Aku takkan dapat capai keupayaan menukar sesuatu jadi patung sekiranya aku tak memiliki semangat mereka terlebih dulu Dororo. Ada banyak benda yang perlu kau belajar lagi tentang aku."
"Buatnya sekarang."
Melodi ketawa. "Kau ni tak sabar betul. Aku sangka kau orang yang paling tenang sekali. Baiklah kau lihat ni." Melodi menyentuh loket itu dengan jari telunjuknya. Tidak lama kemudian ia bercahaya terang benderang sehingga membuatkan Melodi dan Dororo menyepetkan mata mereka kerana tidak tahan dengan silauan yang terang tersebut.
Apabila cahaya tersebut hilang, muncul seorang gadis yang cantik berdiri di hadapan mereka. Wajahnya terpinga-pinga.
"Dimana saya?" tanya gadis tersebut. "Siapa saya?" dia melihat telapak tangannya.
Senyuman Melodi terukir luas. "Aku tak sangka Dororo! Aku tak sangka kita temu jackpot!!! Ratu Fairy berada di tangan kita!!!!!"
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.