Bab 17 part 1

1K 133 33
                                    


Seri Sang Nilam terbaring di tanah dalam keadaan parah, sekitarnya bagai dihentam meteor besar, musnah segalanya. Kapten Dorororo dengan tubuhnya menyala kemerahan dan tubuh yang membesar melihat Seri Sang Nilam dengan pandangan merendahkan musuhnya.

"Si..siapa sebenarnya kau ni?" tanya Seri Sang Nilam.

"Raja Gelap. Buah catur Master Elvey, Makhluk terkuat. Kau boleh gelarkan aku apa saja."

Seri Sang Nilam tersenyum lemah. "Nampak calon Arcana yang lain bakal kesusahan bila bertemu kau. Belum pernah lagi Raja Gelap yang aku lawan sebelum ini mempunyai kekuatan menggila macam ni. Bagaimana kau boleh ada? Aku sudah merantau seluruh dunia, aku mengesan potensi setiap makhluk, hanya kau saja mempunyai kekuatan yang tidak ada limit. "

"Terima kasih atas pujian kau wahai wira dunia."

Raja-raja Gelap yang lain menghampiri Kapten Dororo dan Seri Sang Nilam. Tersenyum mereka kerana ancaman terbesar mereka sudah pun tewas.  Setiap wajah mereka masing-masing seperti sudah kelelahan dan ada yang tercedera. 

Ketika tadi, mereka mengumpul kekuatan bertarung dengan Seri Sang Nilam secara menggila. Seri Sang Nilam juga menggunakan pelbagai teknik untuk menghadapi musuh-musuhnya secara serentak dan pada akhirnya Kapten Dororo jugalah yang menghabiskan Seri Sang Nilam sehingga parah begini.

Di sekitar bandar pula berpusu-pusu makhluk gelap ke kota seperti air membanjiri kawasan, berlumba-lumba menyerang para roboto sehingga hancur musnah dan menjadi besi buruk.

"Ada kata-kata terakhir?" tanya Kapten Dororo

Seri Sang Nilam. 

"Burung yang melewati awan."

Ribuan penduduk Kota Verlin yang telah diteleportasi keluar mula berarak migrasi mencari tempat yang selamat. Ada diantara mereka memaling kepala ke arah kota melihat kota itu sudah lumpuh dimasuki oleh para makhluk kejahatan. Lestari makhluk yang terkutuk sifatnya itu mengganas di kota. Menghancur seluruh isinya.

"Awan yang meliputi langit."

Lily Valentine menumbuhkan kepak di belakang tubuhnya seolah sayap kelawar yang besar, dia mula terbang, mencari rahsia Argo Navis.

"Dunia dan isinya."

Para ratu dan raja fairy mula mendapatkan calon mereka masing-masing, setelah menyedari mereka tidak boleh berada lama dikota ini lagi. Tubuh para calon arcana yang tidak sedarkan diri itu mereka dekatkan bersama. Mereka semua akhirnya terus meneloportasi diri mereka menghilang daripada kawasan itu sejurus para makhluk gelap berjaya menceroboh masuk.

Merah bersama rakannya yang lain termasuklah Bunga juga turut melarikan diri daripada kota itu.

"Keindahan alam ini ternoda hanya kerana cinta. Cinta itu boleh jadi indah, cinta itu boleh jadi membinasakan. Aku juga ingin melihat cinta itu menyembuhkan." Seri Sang Nilam tertawa kecil sebelum matanya menjadi putih dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Bagus sekali." kata Kapten Dororo. "Kau memang seorang pejuang yang hebat."

"Aku ambil mayat dia.." tanya Lechery. "Aku ingin jadikan dia tentera mayat buat Gula" sambil itu dia mengusap rambut gadis kecil bersama keranda disebelahnya.

Kapten Dororo menjeling kearah Lechery dengan pandangan membunuh. "Kalau kau cuba sentuh tubuh ini, kau tak akan jumpa hari esok." Walaupun Lechery pada Raja Gelap yang lain ibarat seorang ketua namun hanya Kapten Dororo sahaja yang tidak tunduk pada makhluk demon ini.

Lechery membalas pandangan membunuh Kapten Dororo. "Kau hanya orang baru. Berani melihat aku begitu? Aku lah yang memanggil kau untuk bersama kami. "

"Wira ini patut dimuliakan. Bukan menjadi alat ecehan kau."

"Dia adalah Musuh Dororo. Sedari tempat kau." sampuk Melody. "Dengan adanya dia sebagai tentera kita, kita bakal jadi tak terkalah."

"Kita sudah tak terkalah. Kita sedang memenangi semuanya. " balas Kapten Dororo.

"Aku tidak mahu melayan sifat budak kamu, tidak hairan kerana kamu tercipta daripada seorang budak kecil. Ideologi kamu masih terikat dengannya." Lechery berjalan menuju ke arah mayat Seri Sang Nilam.

Kapten Dororo, meningkatkan kekuatannya. Membuatkan para Raja Gelap yang lain berpeluh, Gula menjadi sesak nafas begitu juga Melody dan Agnes Waterhouse.

"Dororo, kau cuba lakukan apa ni?" wajah Melody memucat.

Lechery menggeleng kepalanya. "Kita pergi. Gula." 

Gula mengangguk kepalanya lalu mereka meninggalkan kawasan itu, 

"Kenapa?" tanya Agnes Waterhouse.

Kapten Dororo mengangkat tubuh Seri Sang Nilam, "Musuh juga harus dihormati." jawabnya.



Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now