"Dia dah mati ke?" tanya Birussar. Mereka masih berjaga-jaga daripada atas udara. Api dan asap yang marak dan tebal sukar untuk mereka melihat situasi di darat.
Tiba-tiba satu objek naik menjulang dengan laju. Hampir-hampir mengena dagu naga tersebut. Mujur refleksnya pantas. Objek yang menjulang itu rupanya sebuah menara pasir.
Beberapa saat kemudian di permukaan dinding itu terbentuk ukiran tingkap sebelum ia terbuka dan menampilkan Aylein. "Hye boys" kata Aylein. Dia duduk, sambil bergoyang kaki. Ukiran meriam muncul di setiap dinding menara tersebut. Muncungnya menghala ke arah Akid dan Birussar. Aylein mengiyarat jarinya ke depan. Meriam itu lantas meledak satu demi satu. Memuntah keluar peluru batu ke arah naga dan dewain itu.
"Yo shitt." Birussar mengelak -elak di udara. Akid membentuk pedang daripada asapnya. Lalu melibas potong peluru yang berpusu-pusu ke arah mereka seperti serangan lebah.
Birussar mengumpulkan tenaganya. Bulatan magik muncul di hujung muncung mulutnya. Dia melepaskan serangan. Sekilas bola tenaga memusnahkan peluru-peluru yang mengasak mereka. Ia terus melanggar dan bergerak ke arah menara. Aylein masih tidak berganjak. Kakinya tergantung di udara, digoyang ceria.
Bola tenaga itu sudah begitu hampir.
Aylein menepuk tangan. Muncul ukiran patung tangan bersama perisai batu melindungi Aylein. Bola tenaga itu merempuh pecah perisai dan ukiran tersebut namun ia tak berhasil mendekati menara.
"Aaaa!!!" Akid sudah melompat bersama pedang hitam yang terbuat daripada asapnya. Dia muncul setelah perisai tangan itu hancur. Aylein tidak dapat baca situasi ini. Kelihatan matanya membesar. Terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba. Akid terus melibas.
Puncak menara terbelah lalu jatuh menyembah bumi. Aylein sempat mencipta burung tanah dan menumpang naik di atasnya.
[Kita berjaya buat dia terbang! Aku ambil alih daripada sini!]
Akid mendarat di atas bumbung.
[STARS BURST!!!]
Klong!Klong!
Akid dan Birussar melihat daripada jauh beribu-ribu bulatan magik muncul udara tidak jauh daripada mereka.
"Apakah!! Banyaknya tenaga magik dia!" mulut Birussar terbuka luas.
Ia bercahaya lebih kuat sebelum ia mengeluarkan pancaran cahaya ungu dan terus memanjang ke arah Aylein. Ia menembak bertubi-tubi, Birussar yang tidak sempat mengelak juga turut terkena serangan.
Belum sempat si naga itu maki atau buat apa-apa tubuhnya telah dilubangi dengan serangan bertalu -talu daripada Fatena. Birussar hancur menjadi debu. Akid berlari cuba menyorok.
Dia ni budak gila!!!!
Seluruh bangunan meledak, pecah. Serangan Fatena seumpama hujan meteor. Aylein cuba membina perisai namun segala yang tercipta oleh Aiylein hancur musnah dengan serangan magik Fatena. Sebelah tangan perempuan itu juga turut hancur. Aylein jatuh ke bumi.
"Cukup Fatena..Kau nak bunuh aku sekali ke!? Kau dah bunuh Birussar!" marah Akid.
[Jangan risau ini cuma simulasi.]
Kata Fatena tanpa perasaan.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.