Tidak lama dahulu, Elvey merupakan orang kanan kepada Ratu Fairy Tianna. Merupakan anggota paling setia malah diberi keistimewaan tinggi berbanding fairy yang lain. Oleh kerana dia sering dekat dengan ratu. Akhirnya, seperti makhluk-makhluk kebiasaan yang tidak dapat lari daripada perasaan kasih, dia jatuh hati pada Ratu Tianna.
Perasaannya itu telah sampai pada Ratu, dan cintanya tidaklah bertepuk pada sebelah tangan. Sang Ratu juga turut cinta padanya. Namun begitu sang ratu mengatakan, hubungan mereka tidak seharusnya lebih kerana mereka terpisah kerana darjat. Sang Ratu tak harus dilihat bercinta dengan Sang Pengawal. Ini akan menyusahkan Elvey di kemudian hari jika tertangkap oleh para Elders.
Elvey membalas, "Tak mengapa. Biarlah cinta ini sebuah cinta yang terlarang. Aku sanggup mati kerana ingin perjuangkan perasaan yang semakin mekar dalam hati. Kerana aku sudah sumpah sejak daripada awal lagi, aku sentiasa ada untuk mu wahai Sang Ratu."
Sang Ratu merasa terharu namun dia sangat khuatir jika hubungan mereka dihidu. Walaubagaimanapun, hubungan rahsia ini masih diteruskan.
Akibat perasaan cinta yang sangat menebal antara dua sejoli ini mereka memilih untuk berkahwin secara rahsia, dan disatukan oleh seorang rahib di sebuah perkampungan. Perkahwinan rahsia yang diketahui oleh beberapa fairy sahaja termasuk sang rahib.
Kehidupan mereka sangat bahagia sekali.
Pada suatu hari, Raja Syaitan mengemuka peperangan ke arah kerajaan fairy. Mereka tidak lagi ingin dilihat lemah dan bercadang untuk menjatuhkan air muka fairy. Serangan itu dilakukan secara mengejut. Beberapa kota fairy telah di tawan. Sehingga Raja Syaitan berjaya menembusi Kota Besar Fairy , Kota Oberon. Kubu terakhir kaum fairy.
Dalam akhir siri peperangan antara pasukan syaitan dan fairy, akhirnya Raja Syaitan tumpas ditangan Ratu Tianna. Namun sebelum tewas sepenuhnya, dia melepaskan satu kuasa yang besar lalu meranapkan terus kerajaan fairy dan menyebabkan seluruh fairy kehilangan kota mereka bersama ratu mereka.
Kehilangan Ratu Fairy, rumah mereka telah membuatkan para fairy berpecah belah dan berpisah berkelana ke seluruh dunia. Untuk menyesuaikan diri dengan alam, mereka memilih untuk melupakan rupa bentuk mereka. Maka lahirlah kaum-kaum berupa burung, kucing dan sebagainya. Mereka seolah melupakan kerajaan yang telah dibina oleh Tianna!
Elvey? Elvey masih lagi tidak dapat lupakan kenyataan bahawa kekasihnya, isterinya, orang yang paling disayanginya mati dan meninggalkan dia. Saban hari dia bersedih dan merana. Melihat rakan fairynya semuanya seolah melupakan asal usul mereka, menambahkan rasa geram di hatinya. Elvey akhirnya mengajak mereka berkumpul di tengah lautan. Untuk bermesyuarat tentang resolusi barunya. Mereka semua bersetuju.
"Apa yang kau mahukan Elvey? Kami semua telah membina penempatan sendiri." kata mereka.
"Aku, aku mahu membina semula Kota Fairy yang telah lama musnah."
"Itulah yang kami sedang usahakan."
"Tak! Kalian buang sifat fairy kalian. Itu yang kalian kata membina semula!!?" teriak Elvey.
"Kerana kami cuba asimilasi dengan alam. Kau lihat sendiri ada fairy tak mampu untuk hidup di luar sana kecuali mereka menjadikan diri mereka lebih lasak. Usah membuang masa lagi Elvey, kau kena berubah juga. Kau kena sedar kerajaan Ratu Tianna sudah lama mati."
Kerana marah, akhirnya Elvey membunuh mereka semua. Itulah pertama kalinya terjadi sang fairy membunuh saudaranya.
"Aku boleh terima jika alasan kalian untuk mengubah diri untuk survival. Namun aku tak boleh terima jika kalian katakan kerajaan Ratu Tianna sudah mati. Kerajaannya masih wujud! Jangan kalian lupa akan pengorbanan dan jasanya pada kalian!"
Dan yang tinggal adalah Pemimpin fairy yang sama pemikiran dengannya. Mereka akhirnya membina sebuah kota mereka sendiri. Kota Onoang. Semakin lama jumlah mereka semakin ramai. Idealogi Elvey juga berubah. Dia terlalu rindu akan Tianna. Membina sebuah kota baru tak mampu mengubah apa-apa. Dia percaya, jika seluruh alam ini musnah binasa, alam akan kembali melaraskan semula seperti awal kejadian. Dia kemudian menyebarkan ajarannya kepada penduduk kotanya. Mereka semua mempercayai kata-katanya. Kerana bagi mereka, Elvey seolah wira bagi mereka.
Perang Fairy pertama tercetus.
Elvey membawa bala tenteranya menyerang penempatan fairy yang lain. Membunuh fairy, dan yang tersisa di bawa masuk menjadi anggotanya. Ini membuatkan para fairy di setiap kota-kota yang lain merasa marah. Mereka akhirnya berkumpul dan bersatu untuk menghentikan Elvey.
Perang awalnya memihak kepada Elvey kerana ramai di antara mereka masih terkenang zaman-zaman gemilang mereka bersama ketika Kerajaan Fairy lama masih wujud. Perpecahan itu membuatkan keadaan dunia ketika itu menjadi huru hara. Fairy terpaksa meminta bantuan makhluk lain untuk membantu dalam peperangan mereka.
Ada di antara fairy yang takut jika termasuk dalam pengaruh Elvey mereka memilih untuk membuang separuh sifat mereka di lautan. Untuk menjadikan mereka tidak lagi berniat untuk menjadi fairy yang jahat. Sifat mereka itu lah yang melahirkan Gemasik. Kesilapan fairy, Elvey berjaya membuat para gemasik menjadi kudanya untuk melawan kembali fairy.
Keadaan semakin teruk, Elvey sudah hampir menjarah seluruh dunia.
Dan akhirnya para fairy mencipta Arcana.
3 Makhluk bukan Fairy dipilih untuk memiliki sebuah kuasa tanpa tolok bandingnya. Hasil penyatuan kuasa para fairy keseluruhan dibentur dengan pengorbanan nyawa mereka sendiri lahirlah Roda Arcana yang pertama.
Roda Chaos, mempunyai sifat penghuru hara. Sentiasa membuat tindakan luar jangka, membuatkan Elvey dan pasukannya tidak berfokus dengan perancangan awal.
Roda Order, mempunyai sifat displin yang tinggi, sangat bijak dan sentiasa berfikir ke hadapan melebihi Elvey sendiri. Kebijaksanaannya adalah kunci kejayaannya melawan tentera Elvey.
Roda Destiny, mempunyai sifat pemimpin, sentiasa mengutamakan orang sendiri, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan nasib selalu menyebelahinya. Destiny sentiasa menjadi kapten kepada dua roda yang lain.
Ketiga mereka akhirnya berjaya mengepungi Elvey. Dengan kuasa yang mereka miliki, mereka akhirnya mengunci Elvey di ceruk bumi buat selamanya di sebuah pulau yang kini dikenali Alamria. Para fairy yang sudah menginsafi kesilapan mereka, akhirnya berjanji untuk menjaga penjara yang mengurungi Elvey. Mereka inilah kaum fenix. Kaum yang asalnya bersumpah mati untuk berjuang bersama Elvey, penduduk di Kota Onoang.
Para fairy yang tinggal semuanya kembali berkumpul setelah penempatan mereka banyak yang telah musnah akibat perang. Mereka akhirnya membina sebuah kota di namakan Surgania.
Dan masa berganti masa, Roda Arcana juga menjadi sejarah dan mungkin hanya tinggal mitos.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.