Kota Batra, kawasan selatan Gargantua.
"Akid kau nak ke mana ngaw?" tegur Lica daripada belakang, saat Akid secara diam sudah berjalan sejauh hampir sebatu daripada kawasan kota. Kota Batra merupakan sebuah kota yang mana struktur bangunannya merupakan batuan pada lembah bukit yang telah dipahat kepada rupa bentuk bangunan.
Dulu seluruh kawasan ini sangat meriah dengan perdagangan, ia merupakan kawasan laluan perdagangan yang antara dua kota besar, Kota Batra mendapat manfaat daripadanya. Kini akibat jalan baru telah dibuka dan sumber air yang mengering memaksa penduduk Batra berpindah.
Kini ia menjadi sebuah kota yang kosong dan tidak berpenghuni. Ia dijadikan sebagai markas berlindung kepada Arcana dan fairy yang lain.
"Aku kena dapatkan balik Cahaya, Lica. Aku tak boleh biarkan ia jatuh di tangan orang. Aku tak nak kehilangan dia buat kali yang kedua." balas Akid.
"Ngaw! Kau dah gila agaknya. Sana kan dah jadi tempat musuh. Kau mungkin tak tahu sebab kau berada dalam simulasi tu, tapi waktu kau dan yang lain dalam Argo Navis. Orang-orang Elvey dah menyerang kota Verlin dan menguasainya ngaw."
"Kalau macam tu aku kena berlawan dengan mereka."
Lica mengeluh panjang, macam tidak percaya mendengar kata-kata itu.
"Biarkan je dia pergi. Elok lah dia pergi. Sekurangnya hilang sorang yang berpotensi jadi Calamity." Xoranta muncul dari balik bongkah batu besar.
"Kau! Tak habis nak cari pasal dengan Akid!" marah Lica.
"Aku cuma cakap yang betul. Dia tak tahu siapa yang akan dia jumpa dekat sana. Huh" kata Xoranta.
"Siapa yang akan dia jumpa ngaw?"
"Dia.." belum sempat Xoranta habiskan percakapan dia melihat Akid sudah hilang. Lica turut perasan dengan kehilangan Akid.
"Akid!!!" Lica melihat kembali wajah XOranta dengan taring dan gigi yang menyeringai. "Kau la ni ngaw!!" dia menolak Xoranta ke tepi dan segera berlari mencari Akid.
<><><><><>
"Benarkah nama saya Atnis?" gadis berambut perak itu melihat Melodi. Melodi membawanya berjalan-jalan di sekitar bandar Verlin yang sudah hancur sana sini.
"Ya! Kita berkawan sejak dari kecik tau. Kau tau tak kenapa bandar ni jadi macam ni?"
Atnis menggeleng kepalanya.
"Ini sebab kita."
"Kita?"
"Ya, dunia ni perlu dihancurkan Atnis. Dunia ni sudah terlalu lama dalam fasa berehat. Dengan hancurkan ia, ia akan kembali membentuk dunia lain yang lebih ideal. Macam orang yang nak bina rumah la Atnis. Mesti kau perlu hancurkan rumah lama yang buruk dulu, barulah kau dapat bina yang cantik selepas itu. Betul kan? "
"Tapi Melodi, kalau kita hancurkan dunia ni, bukan kita akan jadi orang yang jahat?"
"Siapa kata kita jahat? Siapa yang tentukan kita ini jahat dan mereka tu baik Atnis? Kita bahkan lagi baik sebab kita nakkan dunia jadi lebih baik. Mereka yang menghalang niat kitalah yang jahat. Mereka pentingkan diri Atnis. Mereka mahu selesa dan mati dengan selesa, selepas itu wariskan keadaan dunia kacau bilau selepas kematian mereka. Mereka tak pernah fikir nasib makhluk selepas mereka. Kita pula, kita hapuskan semua sengsara itu. Kita hapuskan semua hidupan, supaya yang akan muncul balik bakal jadi lebih aman."
Atnis terdiam. Dia kebingungan sebelum Dororo yang ada di sisi mereka daripada tadi mencelah.
"Sudahlah Melodi, kamu jangan memberatkan fikiran Atnis dengan falsafah kamu. Dia tak bersedia lagi menerima hal yang macam ini."
"Eh Dororo, ini bukan falsafah aku saja tau. Ini adalah matlamat kumpulan kita. Kita semua mahukan semua ini. Atnis sebagian daripada kita. Jadi dia perlu tau."
"Atnis rasa faham tujuan Master. Atnis rasa dunia ini perlu ditetapkan semula. Yang hidup kelak tidak akan mengenal rasa benci dan iri. " ujar Atnis.
Dororo membisu, bagai tidak percaya apa yang keluar daripada mulut gadis ini.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiaSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.