"Jaga-jaga musuh datang!!" Maburok memberi amaran.
Begitu ramai sekali fairy musuh terbang ke arah mereka dengan membawa senjata-senjata bercahaya.
Atas bantuan daripada Sorbet, para fairy yang menjadi boneka kepada Melodi dapat dibezakan dengan terdapat satu tanda merah bercahaya di setiap atas kepala musuh.
"Terus ke menara!!" jerit Badik sambil menjulang senjatanya ke langit.
Mereka semua menjerit dengan suara penuh gegak gempita.
Tentera Alamria terus berlari ke arah musuh. Tanah Surgania bergegar dengar derapan kaki para pejuang dari tanah jauh. Seolah-olah Surgania mengalami gempa bumi kecil.
Di tengah-tengah mereka bertembung. Sekelip mata, dataran bertukar merah. Hayunan pedang fairy mengena tubuh pejuang-pejuang Alamria menyebabkan pejuang itu terbelah tubuh, ada yang tidak sampai sesaat sudah hilang kepalanya, ada yang sedang menghayun pedangnya terputus begitu saja tangan dan kaki mereka.
Ternyata kekuatan fairy sangat kuat dan para tentera Alamria bukanlah lawan mereka.
Namun begitu, mereka tidak mahu patah semangat. Sebelum tiba disini. Mereka sudah berazam, lebih baik mati berjuang berbanding mati tanpa melakukan apa-apa.
Ling Ling si bekas panglima wanita, berputar-putar tubuhnya ibarat sedang menari sambil bermain dao miliknya. Setiap daonya pasti akan mengena tubuh fairy. Kepak musuh terputus memancutlah darah emas bercahaya. Dilihat daripada jauh, dia umpama seekor swan yang cantik di tengah lautan merah. Para fairy yang cuba menikam nya tidak berhasil membunuhnya kerana tikaman mereka tidak memberikan luka yang lama kepada wanita itu. Dia mampu menyembuh diri dengan sebegitu cepat. Tentera lain yang melihat kehebatan wanita itu semuanya berasa bersemangat. Mereka tidak mahu kalah dengan wanita ini.
Tentera Alamria yang lain semuanya cuba membuka laluan menuju ke menara. Namun mereka semua sudah terkepung oleh pasukan fairy yang lain. Menjadikan mereka seperti sekumpulan semut di kelilingi air. Mereka akhirnya berhimpit-himpit.
Peluh muncul di dahi masing-masing. Degupan jantung mula berdetak seperti paluan gendang. Ada yang menutup mata mereka. Ada yang saling menggenggam tangan sahabat mereka.
Dan tiba-tiba
"Lakukan sekarang!"
Rentap menjerit daripada jauh..
Sebahagian tentera yang lain mula muncul secara tiba-tiba daripada tempat bersembunyian.
"HARGGH!!"Mereka semua menghalakan telapak tangan mereka ke arah musuh yang mengepungi rakan-rakan mereka.
Mereka membaca sesuatu sebelum satu persatu bulatan cahaya merah muncul di atas setiap musuh lalu terus membakar musuh-musuh.
"Pasukan B! Ayuh!" Nadim yang berada di dalam kelompok yang terkepung. Mereka lalu melakukan perkara yang sama. Kali ini muncul jeracak hitam daripada tanah lalu menikam tubuh para fairy menyebabkan tubuh-tubuh musuh terangkat dan tak ubah seperti haiwan yang di salai.
"Terus masuk!!!" Badik dan yang lain terus bergerak lagi.
"Berhentilah wahai makhluk kecil." ucap satu suara.Mereka semua melihat ke langit. Seorang wanita fairy berambut kerinting yang mempunyai kepak yang luas melihat mereka dengan wajah mengecilkan makhluk-makhluk di bawahnya.
"Itu Soragoi! Tch. Kenapa kita berjumpa dengan dia dulu?" Sorbet berkerut melihat salah satu Elders Fairy yang muncul secara tiba-tiba itu. "Soragoi, kau paling kuat di antara kami. Aku tak sangka kau telah menjadi boneka Melodi."
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.