Lica menjerit, tubuhnya terasa di panggang dengan bahang yang tinggi. Namun ia tak lama, perlahan-lahan kesakitan itu mula mereda. Lica melihat dirinya sudah pun terlindung dengan cahaya keemasan. Dilihat Gambit juga sama menyelimuti dirinya dengan cahaya itu.
"Kau okey?" tanya Gambit. Kedua tangannya masih lagi bersinar terang. Makhluk tadi atau lebih dikenali sebagai Agma Diablo kelihatan masih tidak berpuas hati. "Kita kena keluar dari sini. Sebelum lebih ramai makhluk begini datang." ujarnya lagi.
Lica menggangguk. Gambit menyentuh tangan Lica, cuba meneleportasi diri mereka. Cahaya putih mula menyelubungi mereka. Kemudian ia berpecah. Lica melihat sekeliling. Mereka masih berada di tempat yang sama. Mata Gambit terkebil-kebil.
"Ngaw kenapa?"
"Kita tak boleh keluar dari sini."
Agma Diablo melompat ke arah mereka. Serta merta Gambit mengubah dirinya kepada bentuk mahluk langsuyar. Kepaknya terbebas keluar, kukunya memanjang. Matanya menjadi merah dan taringnya tajam ke bawah. Dia menepis serangan Agma Diablo.
"Aaa." mulut Lica terbuka luas melihat perubahan Gambit. "Kau bangsa langsuyar?"
"Tak, aku berdarah seribu bangsa. Lica, cari tempat bersembunyi. Aku cuba lawan dia."
Gambit terbang laju ke arah Agma Diablo, cuba mencakar tabung di belakang tubuh raksasa itu. Namun belum apa-apa, tangan raksasa itu sudah mencengkam pinggangnya lalu di campak ke arah dinding. Dinding mula meretak walaupun ianya besi. Dalam keadaan sakit dia cuba kembali berdiri.
Kemudian Agma Diablo mula menyalakan kakinya menjadi warna kebiruan.
Lica tergamam.
Agma Diablo melontar dirinya dengan laju umpama peluru ke arah Gambit dan melanggar tubuh lelaki seribu bangsa itu melambung lebih jauh.
"Gambit!" jerit Lica.
Lica mengetap gigi. Dia cuba melakukan sesuatu.
"Berhenti Lica!! Jangan lakukan apa-apa. Dia boleh meniru apa saja magik kita padanya!! Makhluk ini bukan tandingan kita." jerit Gambit daripada jauh.
"Habis! Takkan kita nak menyerah disini saja!!? Ngaw!"
Kau cari jalan untuk keluar, aku lambat kan dia!"
"AKu taknak tinggalkan kau!"
Agma Diablo menghala tangannya pada Lica. Satu cahaya besar mula muncul di hujung tapak tangannya. Cahaya itu semakin besar dan membesar.
"AAARGH!!" Gambit melompat daripada belakang lalu menikam belakang tengkuk raksasa itu dengan sejenis lembing yang tercipta daripada magiknya. Lembing itu terus memanjang dan menembusi tengkuk raksasa itu lalu terus merodok ke lantai. Ia berkesan untuk menghentikan pergerakan Agma Diablo buat sementara waktu. "Lica!! Pergi!!!"
Lica berasa sebak lantas terus dia menyalakan cahaya di hujung kedua kakinya dan melompat ke arah pintu keluar.
Belum sempat melepasi gerbang keluar, sudah muncul Agma Diablo seinci dengan wajahnya. Raksasa yang besar itu menumbuk perut Lica sehingga dia kembali terhumban ke belakang. Terbaring bersebelahan dengan Gambit yang sudah pun pengsan dalam keadaan berdarah.
Nafas raksasa bertabung itu kedengaran seperti injap mesin yang di dengarinya ketika berada di bandar Gaia. Mata Lica terpejam celik, pandangannya kabur. Kelihatan Agma Diablo menghampiri mereka. Namun dia tak mampu bergerak lagi. Tumbukan raksasa itu sangat menyakitkan. Apakah ini pengakhiran buat mereka?
Semakin dekat.
Raksasa itu menghulur tangan ke arahnya.
"NANTI DULU!"
satu jeritan kedengaran. Lica tidak nampak siapakah gerangan yang bercakap. Musuh kah?
ZING!!
Kilasan demi kilasan merah terpancar pada tubuh Agma Diablo. Raksasa itu menjerit sebelum ia jatuh terkulai
Siapa?
"Lydia lihat. Mereka berdua ni..." kata suara lelaki.
"Raikal,bawa mereka segera. Kita tak boleh berada disini lama." kata suara wanita pula.
Lica tak pasti siapa mereka berdua. Namun dia berserah saja pada mereka. Pandangan nya terus menghitam.
<><><><><><>
PS :
HAi. Author nak kata kalian kena baca cerita ni.
Hasil tulisan seorang rakan fb HasifRayyan
Dan dia juga dah terbit kan satu novel under bukuso.
Supportlah dia as rakan dunia wattpad juga ya. Vote ramai-ramai
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.