Akid mendarat di kawasan sekitar menara. Dia tidak terus mendekati dengan struktur setinggi langit itu tatkala dia melihat suasana kacau bilau yang terjadi. Dilihat beberapa fairy yang sangat besar dan tinggi mula menyerang fairy-fairy yang lain. Pembunuhan ngeri yang berlaku membuatkan Akid bingung dengan situasi yang dilihatnya.
Semuanya 10 Elders Fairy kelihatan menggila membunuh dan memerahkan tanah. Beberapa fairy yang lain cuba melawan namun apalah daya mereka yang tidak mempunyai kekuatan yang sama hebat dengan para Elders menyebabkan mereka terbunuh dan hancur begitu saja. Tubuh para fairy dilibas dengan senjata umpama sabit gergasi sehingga memutuskan anggota tubuh mereka. Percikan darah fairy berhamburan merata-rata.
Sorbet bersama pasukannya juga turut tiba di kawasan berdekatan. Wajahnya kelihatan sayu dan hampir menangis.
"10 Elders Fairy kini semuanya menjadi boneka kepada Melodi. Apalah kita terdaya lagi untuk mempertahankan tanah ini jika orang kuat kita sendiri menjadi bala tentera mereka. Yang tinggal ini hanyalah kita-kita yang kecil ini." Sorbet meluahkan kesedihannya. Tubuhnya menggigil.
"Puan Sorbet, jangan la begitu. Puan mesti lakukan sesuatu." rayu Souffle.
"Apa cara lagi? Apa cara lagi kita ada??"
"Puan adalah Elders yang terakhir. Harusnya puan punya jalan."
Mata Sorbet sedikit membesar. Tidak ramai orang mengetahuinya adalah salah seorang daripada Elders Fairy. Wajahnya menoleh-noleh, suara itu bukan daripada Souffle.
Muncul Alunania bersama Harmoni. Orang kuat Ratu ROsetta.
"Harmoni, ALunania!" terkejut Sorbet melihat kehadiran mereka berdua.
"Adakah kalian bersama Melodi? Pembelot Surgania." Souffle mengacu pedangnya. Membuatkan Harmoni dan Alunania sedikit terperanjat dan pelik.
"Nanti. Apa yang kau cakap ni?" tanya Harmoni.
"Melodi telah khianati Surgania. Semua ini adalah angkaranya." jelas Sorbet.
Harmoni dan Alunania saling berpandangan sesama mereka. Mereka sungguh tak sangka rakan seperjuangan mereka yang telah bersama mereka bertahun-tahun adalah salah seorang orang Elvey si pengkhianat. Sungguh mereka telah tertipu dengan perwatakan Melodi selama ini. Disangka yang paling baik antara mereka, dan paling berkaliber.
"Celakanya." marah Alunania. "Di mana, Lullaby? Kalau ada dia pasti dia lah yang paling marah."
Mendengar nama Lullaby disebut, Sorbet merapati mereka berdua. "Aku percaya, dia telah tiada, tubuhnya telah dipergunakan menjadi boneka kepada Melodi."
Bergegar tubuh Alunania, urat mula timbul di permukaan kulit muka. Wajahnya menjadi merah. Seumpama gunung berapi yang mahu meletus. "Melodi!!" jeritnya. Seluruh tubuhnya mengeluarkan kepak keemasan bersama dua bilah kapak di tangannya.
"Nanti dulu Alunania. Keadaan sekarang ni, kita kena cari cara untuk mengatasi para elders terlebih dulu." pujuk Harmoni.
"Apa yang aku takuti adalah upacara menghantar Ratu Rosetta ke puncak menara untuk membuka pintu bulan. Aku sudah agak sesuatu tidak kena. Sekiranya pintu bulan terbuka, pasti ada satu musibah bakal diterima kita semua." jelas Sorbet. "Bagaimana tidaknya, tidak ada satu pun kisah sejarah sebelum ini kita membuka pintu bulan untuk menewaskan seseorang. Ini tidak lain agenda Melodi untuk memusnahkan kita semua disini."
<><><><><><>
Dalam kekacauan di sekitar menara, Akid cuba mendekati bahagian gerbang masuk menara abadi. Para fairy semuanya bertempiaran lari, Akid lihat kepala dan kaki fairy yang ditebas oleh salah satu Elders melambung-lambung diatas kepalanya umpama hujan meteor. Akid tidak peduli dengan apa yang terjadi. Dalam kepalanya dia hanya ingin berjumpa dengan Cahaya.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.