Bab 25 part 1

619 72 15
                                    

Simulasi Argo Navis.  Sebelum mereka berjaya keluar,


"Guys, aku ada benda nak cakap." Asrar mengumpulkan kesemua calon Arcana mendekatinya. Dia melihat satu persatu wajah-wajah para Wira. Wajahnya sugul. "Kita tak akan dapat keluar daripada simulasi ini sekiranya tidak ada orang membuka daripada dalam." katanya lagi.

"Apa kau cakap ni, lepas kita berjaya dapat kerusi emas tu kita semua akan keluar kan?" tanya Melati.

"Ia tak jadi macam itu. Kau tak perasan lagi? Berapa orang calon-calon terdahulu yang terperangkap di dalam ini dan tak pernah keluar semenjak itu? Saat korang dapatkan benda tu. Roh korang akan turut sama terperangkap disini. Argo Navis dicipta bukan untuk memberi kita kuasa untuk mengalahkan Elvey. Tetapi mencari calon Arcana yang layak. Sesiapa yang layak akan ditakdirkan keluar daripada sini. Jika dia terperangkap disini, maka dia bukan wira yang ditakdirkan. Begitulah apa yang dipercayai oleh pencipta Argo Navis ini." terang Asrar panjang lebar.

"Oooh maksudnya kita takkan dapat apa-apa di dalam simulasi ini?" tanya Birrusar. "Tak guna para fairy! Menipu kita!" marahnya.

Akid merapati Asrar. "Jadi apa rancangan kau?"

" Aku akan kekal disini. AKu akan buka jalan, untuk korang keluar. "

"Dan kau akan terus terperangkap di sini Asrar?" tanya Akid. Matanya memandang tepat ke mata si bunian tersebut.

Kepala Asrar turun naik. "Aku harap akan ada orang bercerita pasal aku kelak. Haha."


Akid terdiam. 


"Ayuh kita buat sekarang, kita tak boleh berlengah. TAk tahu apa yang dah berlaku di luar." kata Xoranta. Mereka berjalan ke sebuah altar patung gergasi yang besar. Ukiran manusia emas sedang duduk megah di singgah sana. Masing-masing mula menyentuh Altar tersebut.

Muncullah para Arcana pertama. Terapung di tepi Altar tersebut.

"Tahniah. Kalian sudah berjaya untuk sampai ke altar ini." kata para Arcana. "Namun hanya yang layak saja akan bertemu jalan pulang. Pejamkan mata kalian. Sekiranya kalian tidak ditakdirkan untuk keluar daripada dunia ini. Maka bersama-sama dengan kami menantikan calon Arcana pada masa yang akan datang."

Sebelum mereka memejamkan mata. Mereka menoleh ke arah Asrar. Asrar tersenyum sambil mengangkat tangannya lalu menjempul ibu jari naik. Masing-masing kemudiannya kembali melihat dinding altar tersebut sebelum memejam mata mereka. Sayup-sayup telinga mereka mendengar suara Asrar terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Semoga berjumpa lagi Asrar." kata Akid di dalam hatinya...

....

...

<><><><><><><>




Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now