▪︎🌹- 40▪︎

14.6K 1.2K 413
                                        

"Tu-...tuan..."

Nurin menjatuhkan fail-fail di atas lantai. Mulutnya ternganga luas melihat Zafrael dan Kevin. Mata dia tidak berkelip. Malah, Zafrael dan Kevin kelihatan tenang dan seolah-olah mereka tidak melakukan kesalahan.

Nurin terkebil-kebil memandang dua manusia sama jantina itu. Dia mengosok matanya beberapa. Mencubit kuat kedua pipinya.

"Auch!" Nurin mengaduh sakit. Jadi- semua yang dia lihat benar belaka.

"Tu...tuan...tuan..."

Sungguh Nurin tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Nurin sedikit beranjak ke belakang apabila mencium aroma wangian dari tubuh atasannya.

Nurin mengigit bibir bawah. Betul ke bosnya ada hubungan dengan PA nya sendiri seperti gosip-gosip di pejabat sebelum ini. Nurin kembali mengingati kejadian tadi, dimana dia melihat sesuatu yang agak menyeksakan mata sucinya.

















Nurin tergesa-gesa naik ke tingkat atas membawa setumpuk fail untuk ditandatangani oleh Zafrael. Encik Azil memintanya ke bilik CEO itu sendiri kerana lelaki itu dan setiausahanya mempunyai urusan di luar pejabat.

Dengan langkah lelah, Nurin terus membuka pintu bilik Zafrael tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Mata Nurin terpaku melihat kejadian di depan matanya.

Dia melihat seorang lelaki yang melutut di bawah meja. Zafrael yang kelihatan agak tegang dan kepalanya terdongak ke atas. Nurin mengigit kuat bibir bawahnya. Apakah? Nurin mengigil tangan melihat adegan itu.

Mata sucinya telah dinodai oleh dua orang lelaki itu. Tanpa sengaja, fail-fail yang dibawa oleh Nurin jatuh ke atas lantai. Membuatkan dua lelaki itu tersedar dan Zafrael cepat-cepat berdiri sambil membetulkan seluarnya. Kevin yang tenang bangun dari melututnya dan menyapu kedua tangannya menggunakan tisu basah yang tersedia di atas meja kerja Zafrael.

Nurin mengeleng kepalanya laju-laju. 'Takkan lah mereka berdua betul-betul gayboy?' Desis hati Nurin.

"Kevin...Tuan Zafrael...erm...gay..." Nurin mengerut dahinya. Dengan perasaan gugup dia mendongak memandang dua lelaki di hadapannya.

"Tu...tuan..."

















"Duduk!"

Nurin duduk di atas sofa tapi agak jauh dari Zafrael dan Kevin. Kening Zafrael terjungkit tinggi melihat tingkah Nurin yang seakan berjaga-jaga. Bibirnya membentuk senyuman sinis. Kevin kembali setelah mengunci pintu. Nurin meramas kedua tangannya. Dia terasa panas dingin berada di antara dua lelaki itu.

Ditambah lagi, dia asyik teringat kejadian yang berlaku tadi dan itu membuatkan Nurin tidak tenang.

"Err...tu...tuan" Nurin membuka suara apabila terasa suasana sangat mencengkan dan sunyi.

"Hmm"

"Err...tu...tuan...dan...Ke...Kevin...err...err" sungguh Nurin mahu menggelamkan dirinya di saat itu juga. Zafrael pula penuh sabar menantikan ayat selanjutnya dari Nurin.

"Tuan dan Kevin pasangan gay ke?" Ucap Nurin dengan laju. Mata dia bulat memandang Zafrael dan Kevin silih ganti.

"Ya, kenapa?" Zafrael menjawab selamba. Kevin pula tersenyum sinis.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang