Zafrael termenung jauh sehingga tidak menyedari Kevin datang bersama Lucca. Mereka berdua saling berpandangan. Hairan melihat Zafrael yang seakan hanyut dalam lamunannya sendiri. Malah, deheman keras dari Lucca tidak sedikit pun mengalihkan fokus Zafrael.
"Did he hit something?" Lucca menyoal Kevin perlahan. Mana tahu, Zafrael ada terhantuk dekat mana-mana sehingga jadi tak betul macam tu sekali.
Kevin mengeleng kepalanya. Dia datang bersama Zafrael, dia yakin bahawa ketuanya tidak terhantuk di mana-mana tiang semasa dalam perjalanan ke ZN Group.
"Habis tu?"
"Mana lah aku tahu! Kau ingat aku babysitter mamat ais ni ke!" Bisik Kevin agak keras. Menjeling geram ke arah Lucca.
Baru tiba dari Itali, dah sakitkan hatinya. Kevin ingin saja sepak Lucca jauh-jauh terbang ke Sicily sana. Balik ke kampung halaman asal lelaki itu. Datang Malaysia asyik nak menyakitkan hatinya saja. Kevin pun ada perasaan.
"Kau kan selalu berdua dengan dia. Kau kan pasangan gay si ais ni" balas Lucca dengan senyuman sinisnya.
Kevin dengan geram menginjak kuat kaki kiri Lucca. Parah sangat ni sampai dikatakan gay kepada ketua sendiri. Kevin masih lelaki sejati! Tidak belok-belok macam ular kesayangan Zafrael.
"Aku dengar..."
Lucca dan Kevin berkerut dahi. Suara siapa pula ni? Lucca menggaru kepalanya. Haa sudah, ada jembalang ke dalam pejabat Zafrael? Lucca ingin cabut lari awal-awal. Kevin pula mencuit bahu Lucca. Memuncung bibir kearah Zafrael yang menatap mereka tajam.
Zafrael ingin saja memotong lidah dua manusia di hadapannya. Suka sangat buat dia sakit hati.
"Ohh ingatkan kau dah sampai benua utara tadi...sampai kitorang datang pun kau tak sedar" sahut Lucca bersama sengihan kambingnya.
Zafrael diam. Dia berdiri dan berjalan mengelilingi separuh meja kerjanya sebelum tiba tepat di sebelah Lucca. Lelaki itu berasa seram sejuk apabila Zafrael berdiri hampir dengannya. Berasakan satu aura yang susah untuk diungkapkan. Malah, Kevin pula berpura-pura melihat buku nota ditangannya. Tidak mahu terkena tempias dari Lucca.
"Kau cakap aku apa tadi? Gay?" Zafrael menekankan nada suaranya. Membuatkan Lucca menelan air liur payah.
Habislah riwayat seorang Lucca.
"Eh kau salah dengar ni...bukan gay lah aku sebut tadi...aku sebut Dey...haa Dey..."
Lucca laju membela dirinya. Tidak langsung menentang berani memandang anak mata Zafrael. Gila! Lucca dalam keadaan 50-50 sekarang ini. Salahkan mulut dia kerana tidak boleh dikawal.
"But, aku dengar kau sebut G.A.Y..." Zafrael siap mengeja lagi. Membuatkan peluh Lucca semakin banyak. Gila! Dia tidak sengaja mencari fasal dengan Zafrael.
"Fakta kan? Eh-..."
Buk! Lucca jatuh terduduk terkena tumbukan padu dari Zafrael tepat di bahagian rusuk kiranya. Lucca mengaduh kesakitan. Konfem lebam teruk. Zafrael pula tersenyum sinis. Rasakan! Kevin menelan air liur melihat Lucca percuma saja mendapat tumbukan maut dari Zafrael. Hebat.
"Kau sebut perkataan tu lagi, aku jamin lidah kau terbelah dua lepas ni" ugut Zafrael tenang.
Lucca yang mendengar itu mula berasa ngeri. Cepat-cepat dia geleng kepala. Berdiri dengan susah payah sambil memegang rusuk kirinya. Bahana mencari fasal dengan Zafrael.
"Hmm ada apa sampai kau tersesat sampai Malaysia ni?"
Lucca mengeluh lagi. Hina sangat ke dirinya sampai macam ni sekali layanan dari Zafrael?
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Roman d'amour| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...