▪︎🌹- 12▪︎

18.9K 1.1K 180
                                    

Zafrael merenung tajam gadis yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Bibirnya menyungging senyuman sinis melihat riak tidak tentu arah gadis itu merangkap pekerjanya. Seketika dia kembali menunduk, membelek satu fail yang berisi maklumat penuh gadis di hadapan dia.

"Nurin Qaisarah"

Suara garau dan kedengaran serius itu membuatkan bulu roma Nurin meremang. Nada suara lelaki itu seakan ingin menjatuhkan hukum terhadap dirinya.

Zafrael menongkat dagu dengan kedua tangan dia. Sengaja dia seriuskan suaranya untuk melihat reaksi gadis itu. Masih dia ingat lagi, bagaiman dua gadis tadi yakni pekerja bawahan dia sedang berkata-kata mengenai dirinya.

"Kau tahu apa kesalahan kau pada aku?" Zafrael merenung tepat ke dalam mata gadis itu. Terpesona dia seketika melihat iris coklat gelap gadis itu.

Berbeza dengan dia. Iris hitam pekat miliknya membuatkan dia boleh saja mendominasi sesiapa sahaja dengan tatapan membunuhnya. Nurin yang mendengar soalan itu diajukan padanya terketar-ketar mahu menjawab.

"T-tahu Tuan..." balas Nurin gugup. Kedua tangan dia diramas perlahan merenung lantai yang licin dan memperlihatkan wajah dia.

"Boleh jelaskan pada aku?"

Nurin terkesima. Terkebil-kebil matanya memandang Zafrael yang kini duduk bersandar di meja kerja lelaki itu. Memeluk tubuh dan terlihat jelas otot di lengan dia tercetak di sebalik kemeja hitam yang dipakai oleh Zafrael.

"A-itu Tua...erm...macam mana erk nak jelas?" Nurin menggaru keningnya. Payah betul nak menutur kata apabila berhadapan tuan punya badan.

Kalau dia tahu lelaki yang selama ini menjadi igauan hatinya merupakan bos di tempat dia bekerja memang sudah lama dia padam semua gambar-gambar itu. Sesak dadanya ingin mengutarakan kata-kata.

"Halah Tuan. Saya ter...tersimpan gambar Tuan. Faham tak Tuan? Saya janji lepas ni saya padam semua gambar Tuan dalam telefon saya"

Nurin mengangkat tangan kanan paras bahu. Umpama berikrar. Zafrael yang mendengar melepaskan tawa sinisnya. Dia menghampiri Nurin yang masih berdiri statik di hadapan dia. Wajah mereka hampir saja bertemu, jika Nurin tidak bertindak mengundur tiga langkah ke belakang.

Berdebar dada Nurin melihat jarak dia dan bos dia itu. Sangat dekat. Hampir saja hidung mereka ingin bertemu. Namun Nurin cepat-cepat mengundur langkah. Hampir luruh jantung dia dengan tindakan Zafrael.

"Eh Tuan ni! Dekat-dekat kenapa? Jauh lah sikit. Kasi jarak antara kita. Haa...orang kata halal gap!"

Nurin bersuara tegas. Pantang betul dia jika lelaki berdiri dekat-dekat dengan dia. Rasa macam ada arus elektrik yang mengalir antara lelaki dan perempuan.

Zafrael merengus kasar. Wajah dia dia bengang saja apabila mulut bertih jagung gadis itu tidak habis-habis mengomel. Dia yang mendengar sakit telinga.

"Bagi telefon kau" tangan kanan dihulurkan kepada gadis itu.

"Eh kenapa pulak?" Laju saja Nurin bertingkah. Seraya mengeleng kepala beberapa kali. Telefon yang kebetulan berada di genggaman tangan kanan di rapatkan ke dada. Dipeluknya erat.

"Eh banyak tanya pulak kau ni! Aku cakap bagi tu bagi jelah!" Suara Zafrael memetir kuat. Bergema di setiap pelosok ruangan kerjanya.

Nurin terus menikus. Tanpa berfikir panjang, telefon jenama Samsung A20 itu segera diserahkan kepada Zafrael. Takut punya pasal, dia serahkan saja barang miliknya tanpa was-was lagi.

Zafrael tersenyum sinis apabila telefon berwarna hitam itu berada di dalam genggaman dia. Dibuka lockscreen yang memaparkan gambar seorang lelaki bertubuh tegap tanpa mengenakan pakaian. Zafrael menjeling Nurin sekilas.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now