Zafuan tidak dapat menahan rasa marahnya apabila terpandang wajah Hakim yang asyik bergelak tawa bersama kawan-kawannya di kafe berdekatan dengan falkuti mereka. Dengan perasaan yang disaluti rasa marah, dia terus menarik kasar kolar baju secara drastik.
Hakim yang terpinga-pinga ditarik kasar terkejut beruk melihat wajah bengis adik bekas tunangnya. Manakala, pelajar-pelajar yang berkumpul di kafe itu tidak berani masuk campur urusan mereka. Hilmi, Anas mahupun Rafiq hanya memeluk tubuh memandang sahabat mereka yang kelihatan tegang itu.
Kolar kemeja Hakim direngkuh kuat oleh Zafuan. Kini mata mereka berdua saling bertentangan. Beradu dengan suatu perasaan antara malu, marah, dan ingin sahaja Zafuan meninju wajah Hakim sepuas hatinya.
Sakit hatinya melihat keadaan Alisa semalam. Pulang sahaja dari sesi pengambaran, Alisa terus mengurung diri di dalam bilik dan menangis semahu-mahunya. Zafuan yang berang melihat keadaan kembarnya begitu, terus menghubungi Kevin pada waktu itu juga.
Kerana Kevin yang bertanggungjawab menjaga Alisa sepanjang ketiadaan dia ataupun Zafrael. Kerana Alisa satu-satunya anak gadis dalam keluarga mereka dan dijaga penuh kasih sayang dari dahulu lagi. Biarpun Zafuan sangat suka cari pasal dengan Alisa, namun dia masih sayangkan kakak kembarnya.
Kevin pada waktu itu, tidak mahu jujur kerana dia sudah janji pada Alisa untuk menutupi kejadian itu dari keluargany. Namun, apabila di desak dan diugut oleh Zafuan, Kevin tiada cara lain selain berkata jujur dan menceritakan kembali kejadian yang menimpa Alisa.
Zafuan jadi sakit hati mendengar, dan mengetahui bahawa Alisa selama ini diperbodohkan dan dipermainkan oleh Hakim. Zafuan memang tidak akan diam, ditambah lagi pada tadi Alisa ditemui pengsan di dalam bilik dengan wajah pucat lesi dan lemah.
"Kau memang jantan tak guna kan! Aku dah warning kau awal-awal jangan sesekali sakitkan kakak aku! Tapi sekarang apa?! Kau dah buat kakak aku terseksa tahu tak huh!"
Sembur Zafuan sambil menarik kuat kolar baju Hakim. Membuatkan Hakim sukar hendak bernafas pada waktu itu. Rakan-rakan Hakim mula masuk campur dan meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.
"Kenapa dengan kau ni Zyan?! Tiba-tiba nak cari gaduh dengan kapten kita orang apahal! Kalau kau tak puas hati pasal pelantikkan Hakim sebagai kapten bola sekali pun. Kau tak ada hak nak berang macam ni sekali!"
Salah seorang rakan Hakim bersuara. Membela kapten mereka. Mereka tidak tahu dan tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Zafuan kepada Hakim tadi. Mereka tanpa usul periksa menuduh Zafuan bukan-bukan.
"Tchh..." Zafuan menarik senyuman sinis.
Dia meraup anak rambutnya yang menutupi separuh wajahnya. Hakim dipandang sinis. "Aku tak kisah lah pasal perlantikkan kapten bola tu! Aku tak kisah kalau bukan aku yang jadi kapten sekalipun! Tapi yang aku kisah sekarang..." dia berjeda lama.
Bam! Meja kafe ditendang kuat oleh Zafuan. Mengejutkan para siswa dan siswi di kafe itu. Semua terdiam melihat amukan Zafuan. Bukan mereka tidak kenal Zafuan. Lelaki itu terlihat diam, dingin dan tidak banyak berbicara berbanding ketiga sahabatnya yang lain.
"Jantan tak guna ni!" Tengking Zafuan kuat. Mendiamkan seluruh kafe tersebut.
Hakim tersenyum sinis. Kini dia mengerti maksud kemarahan Zafuan secara tiba-tiba. Dia menepuk-nepuk kemeja miliknya dan memandang Zafuan dengan wajah sombongnya.
"Bro! Aku tahu kau marah pasal kakak kesayangan kau. Tapi tak perlulah kau nak malukan diri kau sampai macam ni sekali. Senang macam ni lah...aku nak pesan pada kau."
Bahu Zafuan ditepuk beberapa kali oleh Hakim. Manakala, rakan-rakan Hakim yang lain menarik senyuman sinis mereka. Mereka cukup terkenal sebagai senior yang jahil dan suka menindas pelajar golongan bawahan.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...