▪︎🌹- 84 ▪︎

3K 372 27
                                    

"I—ibu..."

Nurin membuka matanya. Benda pertama yang dia lihat adalah siling putih. Puan Ramlah yang mendengar suara halus Nurin segera berdiri, dibantu oleh Nur Nasuha. Langkah kakinya mendekati Nurin yang terkelip-kelip di atas katil.

"Ibu kat sini, Sara..."

Nurin toleh ke kiri. Bibir pucat merekahnya melorek senyuman. Tiba-tiba matanya berasa panas.

"Ibu..." Nurin bangun, cuba untuk memeluk tubuh tua ibunya. Namun segera ditegah oleh Nur Nasuha.

"Jangan dulu, Nurin. Kamu baru je sedar. Jangan banyak bergerak sangat..." tegah Nur Nasuha. Membantu Nurin bersandar di katil.

Kepala katil dinaikkan sedikit tinggi. Puan Ramlah mengangguk kecil, setuju dengan besannya. Nurin baru saja sedar dari bius. Ditambah lagi Nurin baru saja mengalami pendarahan.

"Sara nak ikut, ibu. Sara nak balik rumah kita."

Puan Ramlah mengusap kepala anaknya yang dilapisi tudung sarung. Hati tuanya menjadi sebak melihat keadaan Nurin begitu.

Nur Nasuha dan Alisa saling berpandangan. Mereka faham, jika Nurin ingin kembali ke kampungnya mereka tiada hak mahu menghalang. Tapi Zafrael?

"Ibu tak kisah kalau kamu nak balik ikut ibu. Tapi kamu kena minta izin dengan suami kamu dulu. Kamu tak boleh pergi tanpa izin dia. Status kamu masih isteri dia, Sara..." jelas Puan Ramlah lembut.

Nurin terdiam.
Dia kalau boleh tak nak langsung pandang muka suaminya. Kalau boleh, dia tak nak lagi memandang wajah Zafrael. Dia benci!

"Sara isteri yang baik kan? Jadi, kamu kena ikut cakap suami kamu..." berat mahu berkata begitu, tapi Puan Ramlah tiada hak ingin membawa Nurin begitu saja.

Dia tidak mahu anaknya dicop isteri derhaka.

Nurin tertunduk. Tangannya naik mengusap perut buncitnya. Tanpa sedar, setitis airmata jatuh ke pipi. Nur Nasuha yanh melihat menantunya menangis segera merangkulnya. Memeluk erat.

"Mama akan bercakap dengan Zaf. Mama akan pastikan Zaf izinkan Nurin..."

Nurin mendongak. Matanya nampak sembap. Hidungnya merah. "Betul ke ma?"

Nur Nasuha angguk. "Demi menantu mama, mama akan pastikan Zaf ikut cakap mama..." Nur Nasuha berkata yakin.

Dia tahu Zafrael akan kalah dengan dirinya. Zafrael sangat menyayangi dirinya. Nur Nasuha yakin Zafrael akan mengizinkan Nurin.

"Terima kasih, mama..."

"Sama-sama sayang"

Cup! Kedua pipi menantunya dikucup lembut. Puan Ramlah tersenyum melihat Nurin yang disayangi besannya. Lega hati tuanya.

"Akak, jangan sedih-sedih. Kita semua ada di pihak akak! Kalau along berani macam-macam dengan akak, Lisa sendiri akan buat dia menyesal seumur hidup!" Sahut Alisa. Dia berdiri di hujung katil dengan wajah seriusnya.

Terbayang muka Zafrael membuatkan dia ingin menonjok muka lelaki itu lalu diselam ke dalam air biar putus nafas.

"Alisa..." tegur Nur Nasuha seraya mengeleng kepala.

Alisa mendengus. "Huff! Mama ni tak sporting langsung..." cebiknya.

"Bukan ke kamu ada janji dengan Darwin?"

Alisa tersengih. "Ada, mama. Tapi Lisa malas lah pulak nak jumpa dia..." ujarnya selamba. Duduk di hujung katil sambil menilik kukunya.

Nur Nasuha mengeleng kepala. Ada-ada je. Dia pun pelik macam mana Darwin boleh suka anak gadis dia itu.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now