Sofea mengerut dahinya melihat Nurin yang asyik termenung sedangkan sekarang ini kaca TV sedang menayangkan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang menjadi fenomena di Malaysia. Drama melayu yang sedang berlansung di TV3 setiap pukul 7 malam itu cukup membuatkan Sofea beremosi menonton drama tersebut. Tidak habis-habis dirinya memaki hamun Mak Leha pada malam itu.
Tetapi dia hairan melihat Nurin yang hanya diam dan melamun entah ke mana. Kebiasaannya, mulut Nurin sama kencang dengan dia memaki watak Nurul dan Mak Leha. Tidak tahan dengan situasi sepi yang dilancarkan oleh Nurin membuatkan Sofea terus meneouk kuat dahi Nurin sehingga gadis itu tersedar dan kembali ke alam nyata.
"Aduh! Sakitlah Pea!" jerit Nurin sambil tangan dia mengosok laju dahinya.
"Tahu pun sakit. Aku panggil bukannya nak dengar! Berangan je tahu..." perli Sofea dan memeluk bantal bentuk empat segi itu rapat ke dada.
Nurin mencebik bibirnya. Dia kembali menatap layar TV yang kini bertukar ke Buletin Utama membuatkan Nurin membulatkan matanya luas-luas. Dia memekik kuat tatkala tersedar yang dia sudah terlepas drama yang ditontonnya.
"Weh, apa jadi lepas tu? Arghhh...ruginya aku tak tengok tadi!" Nurin menghentakkan kakinya beberapa kali ke atas karpet dengan wajah kecewanya.
"Haa...itu lah. Berangan lagi. Bukannya nak fokus ke apa, tapi ke lain pulak..." Sofea tidak habis-habis memerli Nurin. Membuatkan sepupunya itu mula berasa geram.
Nurin yang geram, terus membaling bantal yang dipeluknya ke wajah Sofea yang jelas-jelas galak mengetawakan dia. Nurin terus naik ke tingkat atas dengan hati yang berdongkol rasa geram. Ingin saja dia mencekik Sofea tapi bila difikirkan balik, dia tidak mahu menyiakan masa mudanya di dalam sel besi.
Nurin menghenyak punggung di atas katil dan bersandar di kepala katil dengan kepala yang ligat memikirkan cara untuk mengelak dari bosnya. Siapa lagi kalau bukan Zafrael.
"Haih...memang tak lah aku nak pergi dengan dia. Elok-elok jantung aku stabil tiba-tiba boleh sakit jantung sebab terbayang muka kacak dia tu...hish! Tak sanggup aku mati muda"
Dia mengeleng kepala beberapa kali. Jika dia dan Zafrael berdua-duaan pada hari esok, mungkin Nurin akan mula memikir dan berangan dirinya naik dan Zafrael berada di kayangan. Hanya mereka berdua.
Susah betul Nurin nak hapuskan rasa suka dia kepada Zafrael. Bukan, Zafrael sahaja ramai lagi. Belum termasuk kawan-kawan lelaki itu. Semuanya kacak bergaya. Memang Nurin tak boleh kawal diri kalau berjumpa dengan jejaka malaya itu semua. Auto gelabah.
Nak selamat, Naufal harus ada bersamanya. Tak kira lah sesiapa pun, janji harus kena ada orang ketiga. Nurin dah fikir masak-masak. Esok jam enam tiga puluh pagi dia akan bertolak ke ZN Group menaiki bas atau teksi. Mana-mana yang cepat sebelum Zafrael.
Nurin tersentak apabila terdengar panggilan masuk di telefonnya. Tersenyum lebar melihat nama kesayangan dia naik di skrin telefonnya. Tanpa bertangguh, terus dia menjawab panggilan video itu dengan senyuman lebarnya.
"Assalamualaikum mak!"
Nurin menjerit teruja sebaik sahaja wajah Puan Ramlah keluar di skrin telefonnya. Rindu sungguh dia pada maknya di kampung.
"Waalaikumussalam anak mak. Kamu sihat Sarah? Okay ke kerja dekat sana?" Soal Puan Ramlah lembut. Penuh nada keibuaannya.
Nurin mengangguk laju. "Alhamdulillah, sihat mak. Sarah okay dekat sini. Pea jaga Sarah dengan baik mak. Mak jangan risaukan Sarah ya..."
Puan Ramlah lega mendengarnya. Dia jarang menghubungi anak gadisnya kerana bimbang Nurin sibuk dengan pekerjaannya. Mereka hanya berbalas WhatsApp sahaja setiap hari. Itu pun masih belum meleraikan kerinduan mereka.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romansa| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...