"Arghhh!"
Nurin mengenggam erat selimut hingga paras pangkal hidung. Dia memandang orang di hadapannya dengan wajah keliru. Apa yang terjadi? Nurin tidak ingat apa-apa melainkan kali terakhir dia berada di pasaraya sebelum semuanya menjadi gelap.
"Woi! Agak-agak lah nak menjerit pun...pekak telinga aku ni haa" Sofea menegur. Dia yang asyik membuat kerja terkejut mendengar jeritan dari sepupunya.
"Pea, sejak bila kau ada kat sini? Macam mana aku tiba-tiba ada kat hospital" Nurin menyoal laju.
Sofea mengerut keningnya. Pipinya digaru menggunakan hujung pen.
"Kau tak ingat?"
Nurin laju mengeleng. Dia memandang ada masalah ingatan sejak kecil lagi. Bila dia pengsan, dia memang tidak ingat apa-apa. Padahal, Nurin tidak terhentak kepala pun.
"Ermm...kalau aku cakap ni kau jangan terkejut beruk pulak" Sofea bersuara perlahan. Maklumlah, mereka berada di hospital. Sofea pula baru saja pulang dari bertugas dan tiba-tiba diheret oleh dua orang lelaki tidak dikenali.
Sofea mahu melawan, namun apabila mereka menyebut nama Nurin...terus dia tidak jadi mahu melawan. Sofea akur dan ikut saja mereka dan dibawa ke sebuah hospital swasta.
"Kau jangan buat aku takut" Nurin mengenggam erat hujung selimut. Mata melilau memandang kiri kanan.
Sofea membuat wajah menyampah. Macam nampak hantu je gayanya. Melebih pulak.
"Kau kena culik. Lepastu-..."
"Apa!" Suara Nurin menjerit kuat. Sofea terperanjat dan pen di tangannya terpelanting masuk ke bawah katil.
Sofea mengurut dadanya. Kus semangat. Kan dah cakap, belum Sofea habis bercakap lagi...suara Nurin menjerit mendahuluinya. Beruk pun tak macam tu terkejutnya.
"Ish! Aku dah cakap kan...takyah nak act sangat terkejut kau tu. Macam beruk! Kau kenal beruk kan? Haa, kawan kau arr tu" bidas Sofea sedikit geram.
Nurin terkekeh perlahan. Sengaja.
"Alah kau, bukan senang kau nak tengok versi beruk aku ni haa" Nurin menunjuk wajahnya dengan senyuman lebar di bibir.
Sofea mencebik. Dah puas dia tengok, sampai lama-lama Sofea jadi menyampah. Bila lah si Nurin tingtong ni nak berubah.
"Aku kena culik? Siapa pula nak culik aku yang cantik meletop ni" Nurin menopang dagu di atas meja kecil.
"Siapa-siapa je lah. Aku harap sangat dorang culik kau pastu campak kau dalam hutan. Jumpa sekali dengan beruk-beruk kesayangan kau tu"
Nurin makin kuat ketawa. Emosi betul minah seorang tu. Tak boleh nak ajak gurau. Tawa Nurin terhenti apabila bunyi tombol pintu dipulas. Tidak lama itu, muncul Zafrael dan Zafuan. Zafrael meletakkan plastik berisi makanan bungkus di atas meja kopi di hadapan Sofea.
"Eh, Tuan tak kerja ke?" Nurin memandang Zafrael dengan dahi berkerutnya.
Zafrael tersenyum nipis. "Aku cuti"
Makin berkerut dahi Nurin. Kalah boleh kira, mungkin seribu kerutan di dahinya. "Cuti? Tuan buat apa cuti?" Soalan bodoh terpacul dari bibir Nurin.
Sofea malas melayan. Tangan dia laju membuka bungkusan nasi kukus ayam berempah yang dibawa oleh Zafrael. Panas-panas lagi. Peh, meleleh air liur.
"Aku ambil part time gali kubur orang" balas Zafrael sarkastik.
Nurin memandang Zafrael agak lama. Gali kubur? Biar betul!
"Ish, takkan Tuan gali kubur pakai smart macam ni. Tuan ni okay ke tak okay?"
Ktak! Tangan Nurin laju naik mengosok dahinya. Perit woi! Jentikkan dari jari besar Zafrael agak berbisa jugak. Zafrael bercekak pinggang. Geramnya! Ada saja jawapan nak menjawab. Tak leh nak diam.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...