▪︎🌹- 45▪︎

15.2K 1.3K 160
                                    

Nurin tersenyum lebar melihat Zyan yang memakai kain pelikat dan diajari cara pemakaian yang betul oleh adik lelakinya. Kelihatan lelaki itu agak terkial-kial kerana tidak pernah mengenakan kain pelikat selama ini. Kevin pula menyimpul senyum melihat ketuanya yang seperti orang lain apabila berpakaian sebegitu.

"Segak pun kamu pakai macam ni" tegur Puan Ramlah. Lengkap mengenakan telekung putih.

Nurin mengenakan telekung warna hitam. Mereka berkumpul di ruang tamu pada pukul 5.45 pagi. Perjalanan ke surau kampung hanya mengambil masa sepuluh minit jika berjalan kaki.

Zyan mengenakan songkok milik Amin dan dipakai di atas kepala. Melihat pantulan diri di cermin TV membuatkan Zyan berada itu adalah orang lain. Bukan dirinya. Pertama kali dia akan berjemaah di surau.

"Kamu dah bersedia?"

Lambat-lambat Zyan mengangguk. Kevin pula berbaring di atas sofa sambil memeluk kusyen. Dia melambai-lambai tangan ke arah Zyan yang ketika itu menjeling tajam ke arahnya.

Kevin membuat keputusan untuk menjadi penunggu di rumah   atau lebih tepat lagi penjaga tanpa bayaran. Kevin memilih untuk lanjutkan tidurnya sampai ke tengahari.

Mereka berempat berjalan kaki menuju ke surau kampung berhampiran. Zyan di hadapan berbual bersama Amin. Puan Ramlah dan Nurin hanya berdiam diri di belakang mereka. Mereka tiba di surau tepat azan subuh berkumandang.

Mereka berpisah halauan. Puan Ramlah dan Nurin sudah masuk ke bahagian perempuan. Turut ada beberapa warga kampung yang ikut serta berjemaah di surau itu. Ada juga anak muda yang baru sampai.

Amin dan Zyan duduk tenang di saf paling hadapan. Mereka menunggu kedatangan Pak Imam pada pagi itu. Semua jemaah mula memenuhi saf di dalam surau itu. Pak Imam datang bersama jemaah surau yang lain.

"Baiklah, hari ini saya mengundurkan diri dari jadi Imam ya. Kita ada volunteer dari anak muda kita untuk jadi imam kita nanti" ucap Pak Imam dalam nada sedikit lantang. Agar suaranya didengari oleh jemaah wanita.

"Siapa tu pak Imam?" Seorang pakcik bersuara. Memandang anak-anak muda di barisan belakang.

Kerana, kebanyakkan anak muda di kampung mereka sering mengelak untuk menjadi Imam. Ada saja alasan mereka. Kecuali Amin, yang banyak menjadi Imam secara bergilir dengan Pak Imam di surau itu.

"Kamu ke Amin?" Seorang pak Bilal bertanya kepada Amin yang duduk tenang di saf hadapan.

Amin tersenyum seraya mengeleng kepala. "Abang ni akan jadi Imam kita pak Bilal" ucap Amin dan menepuk lembut bahu Zyan.

Rata-rata jemaah lelaki tersenyum melihat kedatangan Zyan. Bukan warga kampung kerana mereka tidak pernah melihat wajah Zyan sebelum ini.

"Saudara kamu?"

Amin hanya mengangguk kecil. Pak Imam mengangguk dan menyediakan peralatan dan mic untuk dipakai oleh Zyan.

"Baiklah. Kamu akan jadi imam subuh. Semoga membawa berkat untuk kamu, keluarga dan orang sekeliling kamu" ucap Pak Bilal dengan senyuman manisnya.

Zyan menarik nafas dalam-dalam. Maju di saf paling hadapan, dimana saf untuk seorang Imam. Zyan memejam matanya sejenak. Jantung dia berdegup laju. Para jemaah mula berdiri, mengambil tempat dan merapatkan saf.

"Allahuakhbar!"

Alunan surah-surah Al-Fatihah dan Ar-Rahman beralun merdu di corong mic itu. Mengetarkan hati sesiapa saja mendengar alunan merdu dari Zyan. Nurin di saf wanita, terusik hati mendengar alunan suci al-quran dari bibir Zyan.

Selesai saja solat subuh pagi itu, Zyan menerima bertubi-tubi pujian dari jemaah surau. Zyan pula hanya mampu tersenyum dan mengangguk kecil. Dia masih tidak sangka, mulutnya masih boleh menyebut setiap kalimat arab itu dengan betul dan bertajwid.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now